Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, June 28, 2009
Mary Kay

Baru-baru ini aku telah mencuba produk-produk Mary Kay.  Sebenarnya aku bukanlah seorang yang selalu menjaga kulit muka ku ataupun bermekap.  Aku mencubanya atas rekemendasi Ruby.  Untuk pertama kalinya aku mengetahui yang aku mempunyai kulit combinasi kering.  Selama ini aku ingatkan kulit muka ku jenis normal.  Tertanya aku salah. 

Aku telah mencuba set satin hand dan set combinasi formula 1 dan 2.  Ternyata produk Mary Kay sungguh enak, menyegarkan dan hebat.  Kulit terasa segar dan lembut.  Oh dan mask... ternyata kesannya sungguh menakjubkan.  Muka ku "senget" sebelah :-D Mask itu benar-benar menegangkan!  Terasa seolah-olah aku telah menggunakan botok tapi tidak. 

Yang paling aku suka ia lah... produk-produk Mary Kay ini dibuat dari pati alam semulajadi. 

Kalau tak percaya... cubalah..

Posted at 01:55 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, September 11, 2007
Marhaban Yaa Ramadhan

MARHABAN YAA RAMADHAN
 

Assalaamu'alaikum wr.wb..

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

 

  Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

 

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a  Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
 
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

 

 

Posted at 01:06 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Friday, September 07, 2007
Aku kembali

Dah lama aku tidak mencoret di atas helaian lembut ini.  Aku rindukan teratak ku ini... dah terlalu lama aku tinggalkannya. Namun apakan dayaku... Sejak kebelakangan ini aku selalu sibuk... tidak sebagai isteri tetapi lebih pada kerja ku sendiri.  Dari satu projek ke satu projek yang lain sehingga masa untuk diri ku sendiri juga sangat berkurang.  Adakalanya terlintas difikiran ku menukar profil kerja ku kepada sesuatu yang tidak begitu mendesak tetapi aku seorang yang tak reti nak duduk diam... ada saja yang perlu aku lakukan... bak kata teman-teman ku "lupakan sajala Tiff... :-D"

Walau bagaimanapun, aku akan cuba untuk selalu menjenguk-jenguk teratak ku ini...

Posted at 12:51 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Thursday, March 08, 2007
Lubuk Hatiku

Seluruh lubuk hati ku
Terukir namamu disitu

Seluruh lubuk hati ku
Dipenuhi wajah mu

Seluruh lubuk hati ku
Aku sangat mencintai mu

Seluruh lubuk hati ku
Aku sangat merindui mu

Seluruh lubuk hati ku
Aku tersiksa berjauhan dari mu

Seluruh lubuk hati ku
Bila kah kita bisa bertemu

Seluruh lubuk hati ku
Mahu kau cepat habiskan kerja mu

Seluruh lubuk hati ku...

Posted at 05:29 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Sunday, March 04, 2007
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

Didalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?



 

Posted at 12:34 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Saturday, March 03, 2007
Kenduri Kecil-Kecilan

Pagi-pagi lagi jiran-jiran sekampong Kri dan saudara mara sudah memberi salam.  Mereka datang untuk memasak lauk pauk kenduri.  Sekejap saja semua lauk pauk sudah dimasak.  Menjelang tengah hari, semakin ramai tetamu yang hadir.  Aku diperkenalkan dengan jiran-jiran serta sanak saudara.  Walaupun aku tak dapat memahami loghat Kedah, aku seronok bersama mereka.  Aku sempat bergurau dengan mereka…. 'ermmm orang dah semakin ramai nie, jap lagi orang Masjid akan tibe.  Tiff nak tukar baju dan bersiap sket.  Ada apa-apa lagi yang nak Tiff buat? Klau Tiff dah tukar baju Tiff tak masuk shift tau..'  tergelak mereka.  Namun tak sampai hati aku nak membiarkan mereka bertungkus lumus menyiapkan hidang and melayan tetamu yang tak putus-putus hadir.  Aku tetap membantu walaupun aku dah bertukar pakaian. 

 

Kri juga sibuk melayan tetamu.  Dia tak sempat bertukar pakaian.  Seharian dia berT-shirt dan ber-Jeans saja.  Keadaan sibuk, hiruk pikuk itu akhirnya reda sedikit menjelang Maghrib.  Akhirnya hanya Kami anak beranak dan adik lekali Kri yang bongsu, Bazli serta isterinya saja yang tinggal.  Usai solat Maghrib, kami makan malam dan bersembang.  Aku sempat mengusik keluarga Kri.  

 

'Kata kenduri kecil-kecil jer… tapi nie rasernya dah satu kampong nie.  Siap ngan kemah lagi' ujar ku

 

'Nie baru sikit jer Mi,'  kata Reza, anak Kri yang sulong.  'Slalunyer lebih dari nie Tok buat'

 

'Ni memang ler sket jer.  Yang nampak ramai pasai depa bawa anak-anak' celah mak Kri.  'Satu rumah ada anak-anak yang masih tinggal serumah.  Tu yang Nampak banyak tu  Ni pon tak sumer yang dijemput.  Cuma jiran-jiran dekat rumah jer.  Banyak lagi tak jemput.'

 

Aku senyum jer.  'Wah klau camnie, nanti klau Ja (nama panggilan Reza) kawin tentu lebih ramai dan lebih meriah lagi nie.' Usik ku.

 

Mereka semua tergelak.

 

 

Posted at 11:49 am by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Friday, March 02, 2007
Masjid Sebagai Media

Setelah selesai bersarapan, aku, Kri dan mak ke pasar membeli keperluan untuk kenduri esok.  Jauh juga pasar itu.  Ia terletak di Merbok.  Sukar juga kalau tak ada kenderaan sendiri.  Kabarnya sejak ada jalan baru ke pasar itu, teksi dah berkurangkan dan ada yang tak mahu menghantar penumpang kesana.  Nak naik bas.. ermmm perkhidmatan bas agak lambat. 

 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar ke rumah Mak Tam.  Kami disajikan dengan mee hoon goreng serta milo panas.  Kami berbual kosong sebelum pulang ke rumah.

 

Mak Teh dan beberapa jiran Kri sudah pun berada di rumah bila kami sampai.  Mereka membantu apa yang patut.  Setelah menyimpan barang-barang yang di beli tadi, Kri mengajak aku ke rumah Tok Chik.  Dalam perjalanan kesana Kri singgah sekejap di gerai yang menjual nira.  Aku tak pernah minum@rasa nira.  Melihatnya saja cukup untuk aku tidak menyukai rasanya.  Kri bersungguh-sungguh menyuruh aku minum nira yang dibelinya tadi.  Baunya saja aku tak suka tapi demi Kri aku minum sedikit.  Dengan payah aku cuba menelan nira dengan muka ku yang berkerut-kerut.  Ish tak best langsung! Aku berikan gelas aku pada Kri untuk dia habiskannya.

 

Lama juga kami di rumah Tok Chik.  Tok Chik seorang yang peramah dan ada saja yang dibualkannya.  Aku senang dengan dia dan keluarganya.  Kami asyik berbual sehingga aku tak sedar yang hari sudah beransur senja.  Kami minta diri untuk pulang ke rumah.

 

Bila kami tiba dirumah, Adik Kri, Fauzi dan isteri serta anak-anak mereka sudah ada.  Aku terus ke dapur membantu emak menyediakan makan malam.  Seronok juga makan bersila ramai-ramai.  

 

Kedengaran suara azan berkumandang dari masjid yang terdekat untuk solat Isyak.  Sebahagian kami bersiap-siap untuk bersolat jemaah dimasjid.  Usai solat, imam masjid memberitahu jemaah-jemaah yang hadir akan kenduri yang akan diadakan di rumah Kri keesokkan harinya.  Menurut Kri, masjid digunakan sebagai media pemberitahuan pada semua untuk apa juga aktiviti.

 

Posted at 09:19 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Thursday, March 01, 2007
Tangga Seribu

Ish malunya aku….. aku lewat bangun.  Mak Kri dah bangun dan nasi lemak serta sambal sotong dah pun masak.  Hanya tungggu dihidangkan saja.  Sebenarnya aku tak lah bangun terlalu lewat pun…. Jam 7 lebih tapi tetap malu lah bila mertua bangun lebih awal dan menyiapkan sarapan pula.  Aku pun bergegas ke kamar mandi dan bersiap dengan pantas, membantu apa yang patut dan menyiapkan meja makan sementara menungggu Kri dan anak-anak bangun dari tidur.

 

Walaupun aku masih terasa letih dan tidur hanya untuk beberapa jam saja, aku tidak lepaskan peluang ke Tangga Seribu bila Kri mengajak aku dan anak-anak kesana.  Kami singgah dulu ke Tanjung Dawai untuk makan tengahari dan membeli air nira sebelum ke Tangga Seribu.  Dalam perjalanan, aku ternampak sebuah gerai menjual keropok lekor. Aku memang suka keropok lekor, meminta Kri berhenti sekejap.  Kami borong semua yang ada.  Ingatkan nak makan masa di Tangga Seribu tapi…. ermmm dalam kereta aku sudah pun menghabiskan setengah plastic bungkusan keropok lekor tu.  

 

'Ish I think I'd better stop muching or we don't have any when we reach there'

 

'You suka keropok lekor? Tanya Kri.

 

'Yep I suka.  Sedap.  I like'

 

'k, next time I ajak you pi Trengganu.  My friend jual keropok lekor.  Sedap.  It's authentic tak macam yang you makan tu.'

 

'Iyer ker? Bestnyer.  Nak la pi sana.'

 

'K, next time we'll go.  I'm sure you'll enjoy yourself'

 

Tersenyum aku dengan janji Kri.  Ermm bila lah agaknya aku boleh kesana.  Masaalahnya bukan jadual Kri yang sibuk selalu tapi jadual aku :-D

 

Cuaca agak panas dan aku yang sememangnya tak tahan panas (ehem ehem aku ni memang puteri lilin :-D) menyapukan moisturizer ke muka.  Sebenarnya aku ini bukanlah takut kulit ku yang putih melepak ini menjadi gelap tapi aku memang tak tahan dengan cuaca panas.  Aku terasa seolah-olah kulit ku terbakar.  Perit sekali rasanya.  Sebab itulah didalam bag aku senantiasa ada handy size moisturizer ataupun losyen.  For emergency lah katakan :p

 

Sebelum kami mendaki tangga seribu, aku juga membeli air mineral dan kacang rebus. Tangga seribu sesak dengan kenderaan dan orang ramai.  Masing-masing mengambil kesempaan hari cuti ini untuk membawa keluarga/teman-teman berkelah. Kami mendaki agak tinggi juga sebelum mendapat tempat yang redup dan air yang agak dalam untuk melabuhkan punggung. 

 

Keadaan sekeliling sungguh tenang dan nyaman.  Anak-anak seronok dapat mandi-manda di sini.  Aku juga seronok melihat telatah mereka.

 

Senja sudah mula berlabuh dan kami berkemas untuk pulang kerumah.  Walaupun kami hanya menghabiskan beberapa jam saja disana, kami seronok sekali dan aku harap akan dapat kesana lagi.

Posted at 08:30 pm by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Perjalanan ke Utara

Gara-gara paspot Kri dicuci, Kri hampir-hampir tidak dapat meninggalkan Singapura walaupun telah di berikan paspot sementara.  

Aku cuak juga kalau-kalau Kri di tahan.  Bila tiba di Link Kedua, banyak kereta sudah berada dihadapan.  Aku pun turut beratur sama.  Dengan tangan yang sedikit gementar aku menghulurkan paspot kami bila giliran kami tiba. .  Pegawai immigrasi asyik membelek-belek.  Aku menjadi sedikit cuak.

 

'This passport can't be used.  You need a new passport,' katanya padaku

 

'Ya, that's why we submit the temporary passport so that he can travel out,' kata ku.

 

'Yes, I know but this passport is spoilt and cannot be used,' sambungnya

 

'Yes, we know that.  That's why we gave you both documents.  Malaysian High Comm confirmed that he will be able to go out of Sin using both documents.  Can you check with your superior please.'  rayu ku.

 

Dia memanggil seorang pegawai senior ke kaunternya.  Setelah menunggu selama setengah jam, akhir, seorang pegawai senior membantu menyelesaikan masaalah kami.  Dia mengesahkan bahwa tiada halangan bagi Kri untk keluar dari Sin tetapi dia mesti menggunakan paspot yang baru untuk masuk semula ke Sin dan bukan paspot sementara.  Betapa leganya aku bila mendengar penjelasannya dan kami meneruskan perjalanan kami balik kampong.

 

Sejurus kami melepasi immigrasi Malaysia, Kri mengambil alih tempat duduk pemandu.  Walaupun sudah lewat malam, kami singgah sekejap di rumah adik Kri di Simpang Renggam untuk mengambil barangan yang ingin di titipnya.  Tepat jam dua belas tengah malam kami beredar menuju ke Kedah.  

 

Kri memandu dengan berhati-hati.  Banyak kenderaan malam itu tetapi lebuh raya utara/selatan menghala ke Kuala Lumpur tenang saja.  Namun keadaan berlainan pula bila kami melepasi tol Sungai Besi.  Kenderaan bertambah banyak dan kelajuan kereta juga tidak boleh melebihi 80km/j.  Hampir di semua R&R penuh dengan kenderaan.  Banyak juga kereta yang terlibat dalam kemalangan.  Tak kurang juga kumpulan kereta dan motorsikal yang berhenti di tepi-tepi lebuh raya untuk berehat/tidur sebelum meneruskan perjalanan.  Tak kurang juga bas-bas yang rosak dan tersidai di tepi lebuh raya. 

 

Walaupun lebuh raya sibuk, kami dapat bertemu dengan anak-anak Kri dan kita berconvoy pulang.  Akhirnya kami selamat tiba di kampong jam 4 pagi.  Setelah membersihkan diri dan mengatur rancangan untuk hari esok, kami tidur dalam keletihan.

Posted at 04:28 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Friday, February 16, 2007
Paspot Di Cuci?

Kami akan balik ke kampong Kri di Singkir Darat, Kedah pada cuti Tahun Baru Cina.  Ini adalah kepulangan ku yang pertama.  Emak Kri juga telah menjemput seluruh keluarga dan orang kampong serta masjid ke majlis kenduri menyambut kepulangan ku yang pertama ini. 

 

Didalam keghairahan untuk pulang ke kampong, aku telah mengutip semua pakaian kotor dan memasukkan ke dalam mesin pencuci walaupun aku pulang lewat dari pejabat malam tadi.  Memandangkan kami akan bercuti hampir seminggu, walaupun keletihan, aku seronok mengemas rumah sambil menunggu cucianku.  Setelah kerja rumah ku siap, pakaian dimesin cuci juga sudah menunggu ku untuk di sidai atau di keringkan.  Tanpa berlengah lagi aku terus memasukkannya ke dalam mesin pengering dan menggemas beg pakaian kami.  Kami sudah bercadang untuk berangkat dari Singapura sebaik saja waktu kerja ku tamat kerana tambak Johor akan sesak dengan kereta-kereta mereka yang akan bercuti sempena Tahun Baru Cina.

 

Jam didinding menunjukkan 5 pagi.  Aku sedikit pun tidak rasa mengantuk.  Mungkin aku terlalu ghairah untuk pulang ke kampong Kri.  Sambil bernyanyi, aku membuka pintu mesin pengering baju ku…. 'ish Kri nie… lalai sungguh! Naper kertas putih nie dier tak letakkan bersama paspot dier.  Ermmmm' bebel ku.  Aku mengutip potongan kertas putih immigrasi tue dan mengeluarkan pakaian dari mesin.  Tiba-tiba… 'ish buku aper nie?' kataku sambil membelek kulit buku kecil. 'YA ALLAH! OH MY GOD! Mati aku' pekik ku.  'ish maner pages nie… ' kataku lagi.  Dengan tangan yang menggeletar aku menarik keluar semua pakaian.  Tiba-tiba... mataku tertumpu pada sebuah buku kecil.  Aku mengutip buku itu dan berlari ke bilik tidur kami.

 

'Mie bangun, Mie.  Bangun sayang. Please…' aku mengejutkan Kri dari tidurnya yang lena.  Dengan mata terpisat-pisat, Kri tersenyum memandangku dan bertanya, 'ader aper sayang'. 

 

Secepat kilat Kri bangit dari pembaringannya bila aku menunjukkan kulit dan buku kecil itu serta cebisan kertas putih itu padanya.  

 

'I'm soooo sorry sayang.  I tak sengaja'

 

'I letakkannya dalam kocek jeans I.  You tak check ker?'

 

'I dah check... I tak perasan pong.  I don't know how I could have missed it.  I'm sooo sorry.  I've glue the cover to the pages but it doesn't look OK'

 

Dia melihat pasportnya yang rosak itu lalu ke ironing board.  Dia menggosok helaian paspot satu persatu.  'I've to report this to the High Comm.  I'm not sure if we can leave tonight,' katanya dengan tenang.  'Nanti I ke High Comm.  Hopefully they are able to give me a new one.  Klau tak, ermmm tak dapatla kiter balik kampong,' sambungnya lagi.

 

'I'll accompany you, babe.'

 

'Tak yah la.  You pi keje k.  Habiskan keje you and hopefully I'll be given a replacement passport.'

 

'Pleaase sayang.  Let me accompany you.  It's the least I could do.  I'll drive you there.  Please sayang.'

 

'It's OK.  Tak per.  You pi la keje.  I'll find my way there.'   Kri berkeras dengan lembut.

 

Dia tenang sekali.  Aku pula yang menggelebah.  Dengan hati yang berat dan bercelaru, aku ke pejabat.  Seharian aku resah dan tak dapat menumpukan perhatian pada kerja ku.  Tambahan pula, aku tak dapat menghubungi Kri untuk mengetahui perkembangan paspotnya.  Aku benar-benar kalut.

 

Posted at 05:55 pm by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Next Page