Menghadiri majlis perkawinan anak SM sungguh menyeronokkan. Tambahan pula, ini adalah majlis yang pertama aku hadiri bersama Kri sebagai......
Kami tiba di majlis pada jam 3ptg. Walaupun petang itu hujan tapi suasana di rumah SM sungguh meriah. SM nampak segak berbaju kurung melayu dan Rahimah, isteri SM sungguh anggun berkebaya. Sanak saudara riang melayan tetamu. Teman-teman Kri dan isteri mereka masih lagi menyerikan majlis itu sambil menunggu kami tiba kerana ini ialah pertama kali aku bertemu mereka dan mereka bertemu aku. Setelah kenai suai dengan mereka kami menjamu selera yang dihidangkan. Makanan yang dihidangkan enak dan menyelerakan… bertambah Kri makan
Ketika kami sedang makan, pengantin keluar menemui tetamu ermmm dapat juga kami melihat mereka. Cantik pengantin perumpuan dan segak pula anak SM.. macam bapanya juga! Sungguh sepadan. Sempat juga Kri dan kawan-kawannya mengusik SM… tahun ini terima menantu tahun depan terima cucu pula. Berderai tawa kami semua.
Sebelum kami pulang, Rahimah pula menghadiahkan kami sebuah beg (door gift) yang mengandungi cendramata perkawinan anaknya – fruit cake sebagai bunga telor, sebekas ceramic bunga rampai dan juga setangkai bunga paha. Cantik bunga pahanya… sedondon dengan warna tema majlis – cream and bronze. Begitu juga dengan bekas ceramic bunga rampai. Indah sekali.
Terimakasih SM di atas undangan mu dan TANIAH sekali lagi!