Aku suka dengan lirik lagu terbaru Siti Nurhaliza yang di tulis oleh Melly Goeslaw. Aku saperti dapat memahami apa yang cuba Siti sampaikan kepada semua tentang percintaannya yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Luahan hati Siti dapat dihayati pada rangkap pertama yang menggambarkan rasa terkilannya terhadap seseorang yang tidak pernah memahami perasaannya. Dia mengharapkan orang yang menghalang percintaannya itu untuk cuba berada di tempatnya dan menyelami hati dan perasaannya untuk memahami apa sebenar yang dirasainya
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
Lirik di atas jelas menggambarkan rayuan Siti yang mengharapkan pertimbangan orang yang menghalang cintanya. Yang dibawah ini pula memberi gambaran hati Siti yang merajuk kerana orang itu tidak memahami perasaannya. Dia juga seolah-olah nekad dengan pilihannya dan tiada sapa yang dapat menghalang cinta agungnya.
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
Saperti yang aku katakan diatas, Biarlah Rahsia banyak menyembunyikan rahsia yang tersirat dalam hati Siti. Siapakah yang agaknya yang menghalang percintaannya dan mengapa? Adakah orang itu sangat dekat dengannya? Ermm hanya Siti saja yang dapat menjawab soalan-soalan itu.
Dan inilah lirik lagu Biarlah Rahsia sepenuhnya. Nikmatilah....
Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata yang menyesakkan
Takkan tugumu tebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Kuputuskan biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku