Kami akan balik ke kampong Kri di Singkir Darat, Kedah pada cuti Tahun Baru Cina. Ini adalah kepulangan ku yang pertama. Emak Kri juga telah menjemput seluruh keluarga dan orang kampong serta masjid ke majlis kenduri menyambut kepulangan ku yang pertama ini.
Didalam keghairahan untuk pulang ke kampong, aku telah mengutip semua pakaian kotor dan memasukkan ke dalam mesin pencuci walaupun aku pulang lewat dari pejabat malam tadi. Memandangkan kami akan bercuti hampir seminggu, walaupun keletihan, aku seronok mengemas rumah sambil menunggu cucianku. Setelah kerja rumah ku siap, pakaian dimesin cuci juga sudah menunggu ku untuk di sidai atau di keringkan. Tanpa berlengah lagi aku terus memasukkannya ke dalam mesin pengering dan menggemas beg pakaian kami. Kami sudah bercadang untuk berangkat dari Singapura sebaik saja waktu kerja ku tamat kerana tambak Johor akan sesak dengan kereta-kereta mereka yang akan bercuti sempena Tahun Baru Cina.
Jam didinding menunjukkan 5 pagi. Aku sedikit pun tidak rasa mengantuk. Mungkin aku terlalu ghairah untuk pulang ke kampong Kri. Sambil bernyanyi, aku membuka pintu mesin pengering baju ku…. 'ish Kri nie… lalai sungguh! Naper kertas putih nie dier tak letakkan bersama paspot dier. Ermmmm' bebel ku. Aku mengutip potongan kertas putih immigrasi tue dan mengeluarkan pakaian dari mesin. Tiba-tiba… 'ish buku aper nie?' kataku sambil membelek kulit buku kecil. 'YA ALLAH! OH MY GOD! Mati aku' pekik ku. 'ish maner pages nie… ' kataku lagi. Dengan tangan yang menggeletar aku menarik keluar semua pakaian. Tiba-tiba... mataku tertumpu pada sebuah buku kecil. Aku mengutip buku itu dan berlari ke bilik tidur kami.
'Mie bangun, Mie. Bangun sayang. Please…' aku mengejutkan Kri dari tidurnya yang lena. Dengan mata terpisat-pisat, Kri tersenyum memandangku dan bertanya, 'ader aper sayang'.
Secepat kilat Kri bangit dari pembaringannya bila aku menunjukkan kulit dan buku kecil itu serta cebisan kertas putih itu padanya.
'I'm soooo sorry sayang. I tak sengaja'
'I letakkannya dalam kocek jeans I. You tak check ker?'
'I dah check... I tak perasan pong. I don't know how I could have missed it. I'm sooo sorry. I've glue the cover to the pages but it doesn't look OK'
Dia melihat pasportnya yang rosak itu lalu ke ironing board. Dia menggosok helaian paspot satu persatu. 'I've to report this to the High Comm. I'm not sure if we can leave tonight,' katanya dengan tenang. 'Nanti I ke High Comm. Hopefully they are able to give me a new one. Klau tak, ermmm tak dapatla kiter balik kampong,' sambungnya lagi.
'I'll accompany you, babe.'
'Tak yah la. You pi keje k. Habiskan keje you and hopefully I'll be given a replacement passport.'
'Pleaase sayang. Let me accompany you. It's the least I could do. I'll drive you there. Please sayang.'
'It's OK. Tak per. You pi la keje. I'll find my way there.' Kri berkeras dengan lembut.
Dia tenang sekali. Aku pula yang menggelebah. Dengan hati yang berat dan bercelaru, aku ke pejabat. Seharian aku resah dan tak dapat menumpukan perhatian pada kerja ku. Tambahan pula, aku tak dapat menghubungi Kri untuk mengetahui perkembangan paspotnya. Aku benar-benar kalut.