Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< September 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, September 28, 2004
Langkah Mencapai Kejayaan

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya saperti berikut:

1.  WUJUDKAN KEINGINAN ANDA SETINGGI MUNGKIN
Keinginan tersebut mestilah yang benar-nebar anda perlukan.  Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?  Duduk dan tulis semua sebab mengapa anda mesti mencapai matlamat anda itu.  Nyatakan juga faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai matlamat anda itu.  Apabila senarai anda itu menjangkau 50 hingga 100, anda akan mula menjadi lebih bersemangat.  Jika anda terus menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala!

2.    TULISKAN MATLAMAT-MATLAMAT ANDA
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas.  Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja.  Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda.  ini penting kerana dengan berbuat demikian ia akan menjadi perkara yang lebih penting pada anda.  Dengan berbuat demikian, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3.  TETAPKAN BILA DAN DAD MASA PENCAPAIAN MATLAMAT ANDA
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.  Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanging dengan apa yang anda inginkan dan kira berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4.   TANGANI HALANGAN
a)   Kenal pasti halangan-halangan yang perlu anda atasi
b)   Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan-bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

5.   BUAT PERANCANGAN
Anda mesti melihat kehadapan untuk bergerak maju!  Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4 - RANCANGKAN tindakan-tindakan anda.  Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya.   Perbaiki senarai anda, optimumkannya, sempurnakannya.

Ingatlah pesanan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata:  "The best way to predict the fture is to create it".  Tidak ada siapa manusia yang akan mampu menghalang usaha anda untuk berjaya melainkan diri anda sendiri.

6.   GAMBARKAN PADA MINDA ANDA
Letakkan satu studio filem di minda anda! Bayangkan satu gambaran mental yang anda telah berjaya mencapainya.  Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda.  Mainkan gambaran itu berulang-ulang, berkali-kali difikiran anda.  "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" - Cecil B DeMille

7.    BAKI 90% ADALAH USAHA DAN KEAZAMAN
Sokong rancangan anda dengan keazaman (resolve) dan semangat tidak mengenal putus asa (persistence).  Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.  Janan berangan-angan sahaja tetapi lakukanlah tindakan-tindakan saperti yang dijelaskan.  Insyaallah, dengan keazaman dan disiplin yang tinggi anda akan lebih berjaya.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu - peribahasa Cina

KESIMPULAN
Anda adalah pengemudi kehidupan anda.  Tiada siapa yan lebih bertanggung jawab terhadap diri anda kecuali diri anda sendiri.  Andalah yahng mencorakkan nasib hidup anda.  Anda telah diberi oleh Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha berkuasa satu alat yang tidak ternilai harganya iaity minda anda.  Tidak ada siapa yang boleh menghalang keinginan anda untuk berjaya kecuali anda sendiri.

 

Posted at 11:39 pm by tiffydsickbear

iansuryani
September 29, 2004   09:02 AM PDT
 
bagus..keep it up..a good artikel..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry