Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< September 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, September 29, 2004
Nifsu Sya'ban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 30hb September, 2004 (selepas magrib pada hari14 Sya'aban 1425H)

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban,  malam)
   Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
   Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
   Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban,  malam)

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam iman &  pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x     Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)


Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH

 

Posted at 10:35 am by tiffydsickbear

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry