Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< November 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, November 18, 2004
Stress Raya

Lewat malam Jumaat aku dan anak-anak sampai dirumah grandma setelah mengambil baju aku dan Iqah dari butik Kim.  Baba dan mama belum sampai lagi.  Begitu juga dengan adik beradik ku yang lain.  Sabtu lepas sahur baru mereka bergerak dari kl.

Tanpa membuang masa, aku terus membasuh beras dan menganyam ketupat.  Entah mengapa semangat aku untuk beraya kali ini berkobar-kobar.  Semalaman aku tak tidur dan menganyam ketupat agar pagi Sabtu selepas sahur sudah boleh mula merebus ketupat. 

Untuk pertama kalinya, aku memasak untuk raya.  Semua orang terperanjat.  Selalunya bab lauk pauk ini aku memang tak masuk buku... aku lebih suka berkemas dari memasak.  Hanya ketupat saja department aku.  Tapi kerana anak-anak aku sanggup bersingsing lengan kali ini memasak untuk raya.  Kalau grandpa ada tentu dia gelakkan aku.  Ermmm sudah lah tu... bukan satu lauk yang aku masak..... tiga err empat kot..... kuah lodeh, kari ayam dan ayam masak merah serta... satay goreng tapi lupa nak buat kuahnya kah kah kah 

Nah sekarang tentu kamu juga, aku pasti, tertanya-tanya, mengapa aku terlampau "rajin" kali ini kan.... Memang betul kata orang... cinta akan membuat kita berbuat apa saja kerananya.... Nah kerana sayangku pada anak-anak... aku sanggup belajar (tanpa pengetahuan sesiapa) macam mana nak memasak lauk "ayam masak merah" ini.  Tak pernah aku memasaknya.  Yang pandai memasak lauk ini ialah kakak aku dan aku mesti buat sebaik dia... bak kata orang... kalau tak sesedap rasanya... nampak macam sama warna pun jadilah.  Kalaulah kamu semua melihat aku memasak waktu itu, tentu kamu semua akan gelakkan aku.  Bukan kerana satu dapur berselerak.... eh tidak.... dapur tetap bersih.... cuma aku tak reti nak buat kerja kalau ada yang memerhati.... aku gabra la.....

Aku tak benarkan grandma dan anak-anak masuk kedapur untuk melihat aku masak walaupun aku tahu mereka dok terintai-intai.... grandma pula takut nanti masakan aku tak menjadi dan tak ada apa yang boleh dibuat berbuka dan menyambut raya nanti.  Dalam erti kata yang lain.... Tak sedapla.... Sebenarnya aku pun takut tak sedap..... takut terbuang pula daging ayam tu.... tapi aku gagahi juga dengan semangat yang berkobar-kobar..... nasib baik semuanya selesai dimasak sebaik saja keluarga aku tiba.  Kalau tak.... habislah aku digelaknya.  Ini pun mereka gelakkan aku..... bersopping sakan.... masak macam orang lain dah tak boleh masak.... mereka juga sempat mengusik.... nampak berselera..... warna pun sama... tapi rasa... kenalah tunggu sehingga azan  bergema.....

Masa azan dah nak berbunyi.... hati aku dak duk dak duk saja.... keyakinan aku menurun dari 90% hingga ke sifar.... mana tidaknya... abang dan ipar-iparku menggelakkan aku.  Memang aku tak nafikan yang aku memang tak pandai masak... tak saperti adik beradik aku yang lain.  Kalau masak pun aku lebih suka makan salada ataupun sesuatu yang ringkas.  Aku buat cecodok pun kadang-kadang keras (ish malu ler... ).  Aku asyik tertanya-tanya pada anak-anak "sedap tak umi masak."  Anak-anak mengangguk tapi aku masih lagi tak berpuas hati.  Mungkin anak-anak hanya ingin menjaga hati aku saja tapi bila aku melihat ahli keluarga yang lain mula menambah hidangan dipinggan mereka... barulah aku berani mencuba masakan aku.

Rupanya kakak aku dari tadi dok perhatikan tingkah laku aku.... dia menghampiri dan berbisik... 'Boleh lah tue.... pandai pon masak.... sedap gak.  klau tak sedap.... mesti abang tak tambah. yang lelain pon tambah gak.  oklah tue. tak payah gabra. tahun depan bleh masak lagi.  kurang sket keje kitarang... klau ko dah bleh masak."  Mama senyum saja melihat aku.  Aduuuuh, macam undang kena bakar muka aku ini.... merah sey.  Rasanya tahun ini sajalah aku masak.  Tahun depan belum tentu aku nak lalui stress saperti ini lagi.



Posted at 03:51 pm by tiffydsickbear

tiff
November 22, 2004   05:45 PM PST
 
aduuh nak raser kari? takmo arh... tiff tak pandai masak ler... nnti sakit perut.... dun wanna have sessi soal jawab ngan ur kids... takuuuut
krismann
November 21, 2004   05:26 PM PST
 
:) wah wah wah! bila nak boleh rasa kari tu?
tiff
November 19, 2004   05:04 PM PST
 
zie, terlampau best sampaikan stress n flu.. kah kah kah
zie
November 19, 2004   02:01 PM PST
 
woww tiff.. hehe.. next year mesti buat lagi best ek? tambah menu ke.. hehe.. anak2 punya hal.. semua boleh, kan tiff? ;)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry