Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, April 25, 2006
Pahit dan Manis

Dari Hamka....

hidup ini terbina antara pahit dan manis

kalau selalu sahaja pahit

hati akan menjadi rawan

tetapi kalau selalu sahaja manis

hati akan menjadi bosan

 

betapa benarnya kata-kata ini...

Posted at 05:09 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, April 11, 2006
12 R'awal 1427

Tiada harapan selain Allah

Tiada idola selain Rasulullah

Tiada kata seindah Al Quran

Tiada jalan selurus As Sunnah

Tiada perjuangan selain Islam

SALAM MAULIDUR RASUL 12 R'AWAL 1427

UNTUK SEMUA

Posted at 10:51 am by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Saturday, April 01, 2006
Mahsuri Can Wait

Hari yang sungguh membosankan di ofis. Lalu aku sms Kri dan beremail dengannya. Kami berbalas-balas sms dan email. Kri yang cuba menghilangkan rasa bosanku memberitahu satu berita gembira. Dia telah dihubungi oleh Noble House, yang ingin menerbitkan puisi Kri, 'MAHSURI CAN WAIT' yang ditulisnya untuk ku sedikit masa dulu.

Sebenarnya, Kri ada memberitahu aku ada sedikit kontroversi berkenaan Noble House dan Poetry.com bila ramai penyajak membuat aduan terhadap mereka dan dia menghantar puisi ini hanya untuk suka-suka. Tak kisahlah sebab aku pun suka. Ini dia puisinya:

MAHSURI CAN WAIT

Mahsuri can wait

for another thousand years

as today the queen of my throbbing heart

have summoned for me in her royal court

and here I am

a loyal knight in shining armour, awaiting

for her every royal wish and bidding

at her majestic palace of love

Mahsuri can wait

for another thousand years

as today the high priestess has chosen

my throbbing heart as sacrificial token

and here I am

an abiding devotee before her altar

with my throbbing my heart on a platter

at her mystical temple of devotion

Mahsuri can wait

for another thousand years

as today you have held your hands out

and softly touched my throbbing heart

and here I am

locked in your eternal embrace I lay

forever and ever, come whatever may

in this historic city of surrender

Posted at 05:02 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Sunday, March 26, 2006
Bertambah Setahun Lagi

Hari ini bertambah setahun lagi umur ku. Tak ada majlis meraihkan aku. Tak kisah lah kerana aku juga tak berapa sihat. Mungkin terlalu penat bekerja dan menguruskan rumah. Kri masih di Kedah. Dia tak sempat pulang untuk bersamaku pada hari ini. Tepat jam 12 malam, talipon rumah ku berdering. Henfonku juga berbunyi menandakan aku menerima sms. Kedua-duanya dari Kri. Dia adalah insan yang pertama memberikan ucapan. Seronok juga ketika itu menerima ucapan darinya dan kami berbual hingga subuh sebelum aku menyambung tidur ku semula Smile

Posted at 11:59 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Friday, March 24, 2006
Tahniah SM

Menghadiri majlis perkawinan anak SM sungguh menyeronokkan.  Tambahan pula, ini adalah majlis yang pertama aku hadiri  bersama Kri sebagai......

Kami tiba di majlis pada jam 3ptg.  Walaupun petang itu hujan tapi suasana di rumah SM sungguh meriah.  SM nampak segak berbaju kurung melayu dan Rahimah, isteri SM sungguh anggun berkebaya.  Sanak saudara riang melayan tetamu.  Teman-teman Kri dan isteri mereka masih lagi menyerikan majlis itu sambil menunggu kami tiba kerana ini ialah pertama kali aku bertemu mereka dan mereka bertemu aku.  Setelah kenai suai dengan mereka kami menjamu selera yang dihidangkan. Makanan yang dihidangkan enak dan menyelerakan… bertambah Kri makan Smile Ketika kami sedang makan, pengantin keluar menemui tetamu ermmm dapat juga kami melihat mereka. Cantik pengantin perumpuan dan segak pula anak SM.. macam bapanya juga! Sungguh sepadan. Sempat juga Kri dan kawan-kawannya mengusik SM… tahun ini terima menantu tahun depan terima cucu pula. Berderai tawa kami semua.

Sebelum kami pulang, Rahimah pula menghadiahkan kami sebuah beg (door gift) yang mengandungi cendramata perkawinan anaknya – fruit cake sebagai bunga telor, sebekas ceramic bunga rampai dan juga setangkai bunga paha. Cantik bunga pahanya… sedondon dengan warna tema majlis – cream and bronze. Begitu juga dengan bekas ceramic bunga rampai. Indah sekali. 

Terimakasih SM di atas undangan mu dan TANIAH sekali lagi!

 

Posted at 11:53 pm by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Wednesday, March 22, 2006
Pengalaman Pertama

Tanggal 10 March - satu lagi haribulan yang tidak dapat aku lupakan.  Ia telah menjadi salah satu hari yang bermakna untuk ku.  Buat pertama kali aku telah merasakan satu pengalaman yang tak bisa aku lupakan.  Ia sungguh berbeza dan aku lakukannya bersama Kri.  Kri sangat perihatin dan memastikan bahawa aku merasa selesa kerana ini adalah kali pertama ku.

Kri telah menemui ku pada pagi itu setelah tidak bertemu beberapa minggu.  Kami bersarapan bersama dan setelah itu dia menemani ku membeli sehelai tudung untuk ku pakai ke hari persandingan anak SM.  Setelah pulang ke rumah kami cuba membuat tempahan tiket bas ke Kuala Lumpur.  Yep, benar tu... kami akan ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.  Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki bas ke Kuala Lumpur.  Selalunya aku memandu ataupun menaiki pesawat tapi kali ini aku telah memilih untuk menaiki bas.  Kri juga hairan dengan tindakan aku ini.  Malangnya, tiket sudah kehabisan dan dalam keadaan panik, aku mengajak Kri ke Johor Bahru untuk membeli tiket di sana. 

Pusat perhentian bas Larkin sangat sibuk saperti yang selalu aku dengar.   Olehkerana ini adalah kali pertama ku, Kri mencadangkan kami menaiki bas konsortium.  Dia mahu akau merasa selesa disepanjang perjalanan nanti.  Mendengar cadangan Kri aku terus melulu ke kaunter tiket yang tak aku tahu namanya tetapi memaparkan nama konsortium.  Kri mengejarku dan menghalang aku dari membeli tiket disitu.  Bukan apa cuma dia nak membeli tiket dari kaunter konsortium.  Rupa-rupanya kaunter itu bukanlah milik konsortium tetapi salah satu penjual tiket konsortium.  Terhenti aku sebentar sambil memerhati keadaan sekeliling.  Baru aku tersedar.  Selama ini aku fikir membeli tiket bas itu mudah.  Ternyata aku silap perhitungan.  Terdapat berbagai bas dan tiket yang dijual.  Harga pun berlainan.  Aku serahkan segalanya untuk Kri menguruskannya dan bersetuju dengan apa juga candangannya.

Kami menaiki bas jam 12 tengah malam.  Bas yang kami naiki itu penuh dengan penumpang.  Kerusinya besar dan aku dapat merendahkan kerusi bas dengan mudah dan selesa.  Sepanjang perjalanan aku tak dapat melelapkan mata dan liar memerhatikan keadaan luar dan dalam bas walaupun yang aku lihat hanyalah kegelapan.

Akhirnya kami tiba di perhentian Pudu Raya pada jam 6pagi.  Setelah melonggarkan otot-otot yang tegang kerana duduk terlalu lama, kami terus ke hotel dan aku tertidur dengan sepuas-puasnya sebelum kami ke majlis perkawinan anak SM.

Ermmm itu baru perjalanan pergi... pulang pula... kami ke perhentian bas Pudu Raya sekali.  Aduh kali ini aku rasa keadaan lebih teruk dan lebih hiruk pikuk dari di perhentian bas Larkin.  Membeli tiket bas saja disitu aku sudah rasa sungguh stress.  Semuanya aku serahkan pada Kri untuk mengaturkanya.  Lebih stress lagi ketika hendak pulang ke Singapura.  Jalan raya sesak and kami terlewat.  Aku pula takut ketinggalan bas tetapi Kri tenang saja.   Apabila tiba di perhentian bas Pudu Raya pula, aku terpisah dari Kri didalam lautan orang.  Aku nekad ketika itu.  Jika aku tidak berjumpa Kri, aku akan menaiki pesawat pulang ke Singapura walaupun aku tahu semua penerbangan penuh. 

Didalam kelautan itu aku menemui kri semula.  Aku agak lega tapi masih gelisah kerana bas yang akan kami naiki tidak muncul.  Sedang kami menunggu, sekali lagi aku terpisah dengan Kri.  Rupa-rupanya Kri cuba mendapatkan tempat didalam bas yang lain untuk kami pulang ke Singapura.  Alhamdullillah akhirnya kami dapat menaiki bas yang Kri cuba dapatkan.  Bas dipandu dengan laju dan hanya membuat sekali perhentian di Yong Peng.  Aku terasa sangat lapar dan sempat menghabiskan 2 biji burger.  Kami sampai di Singapura jam 10 malam.  Sampai saja dirumah tanpa membuang masa aku terus tidur.  Terasa penat sangat.  memandu pong tak terasa sebegini penal.  Mungkin bus lag kot...

Kesimpulannya.... pengalaman pertama membeli tike bas - di Larkin... ermmm ok... di Pudu Raya... aduuuuh nasib baik ada Kri.. :-) pengalaman pertama dalam bas (pergi dan balik) - sangat selesa...  dan keseluruhan pengalaman ini..... ermmm 7 daripada 10 markah...

 

Posted at 06:26 pm by tiffydsickbear
(2) Warna Pelangi  

Thursday, January 19, 2006
Adakah...

Adakalanya kita merasakan hidup ini terlalu sukar.... dan kita tertanya-tanya mengapa sukar atau mengapa menjadi sukar..... terutama jika perkara itu kita yang mulakan... banyak perkara yang perlu kita jaga....  banyak hati yang perlu kita jaga... tak boleh diguriskan hati dan perasaan mereka.... hanya kerana kita yang mulakan....  mereka pula mengatakan apa yang mereka buat itu adalah kerana mereka perihatin terhadap kita... tapi... adakah mereka benar-benar perihatin terhadap kita?  adakah mereka benar-benar menjaga hati dan perasaan kita? dan perlukah kita puaskan hati semua orang? Hati kita pula bagaimana?

Posted at 07:18 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Saturday, January 14, 2006
Apa Nak Tulis...

Banyak yang nak aku tulis tapi aku tak au dari mana aku nak mula... terlalu banyak yang terjadi akhir-akhir ini...

Ermmm mungkin aku boleh mulakan dari entry aku yang lalu....

Alhamdullillah aku telah selamat berpindah keapartment baru... tak aku sangka banyak betul barang-barang aku... yang dikumpul dan dikutip selama aku tinggal diapartment lama.... jenuh juga berkemas.... nasib baik kri datang membantu... seronok sekali dia ada bersama.  Harap apartment ini akan menjadi syurga buat kami kelak. amin.

Kerja dipejabat semakin bertambah.  Maklumlah projek sudah hampir dipenghujungnya.  Sekarang aku pula dilanda dilema... nak terima tawaran ke Brazil ataupun tidak. 

 

Posted at 02:20 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, December 20, 2005
Kalut

Aku tak pandai menilainya.... aku banyak membuat kesilapan namun rasa itu tak pernah berubah malah semakin kuat... tapi masih pantas kah aku.... jika ya... mengapa aku semakin takut... kalutkah aku...

Posted at 07:07 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Monday, December 19, 2005
Ketika Rasa Itu Hadir

Dia tidak indah

Tidak juga menggetarkan

Tapi dia wujud

Ketika rasa itu hadir...

Posted at 06:51 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Next Page