Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, December 20, 2005
Kalut

Aku tak pandai menilainya.... aku banyak membuat kesilapan namun rasa itu tak pernah berubah malah semakin kuat... tapi masih pantas kah aku.... jika ya... mengapa aku semakin takut... kalutkah aku...

Posted at 07:07 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Monday, December 19, 2005
Ketika Rasa Itu Hadir

Dia tidak indah

Tidak juga menggetarkan

Tapi dia wujud

Ketika rasa itu hadir...

Posted at 06:51 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Sunday, December 18, 2005
Hebat!

Aku pernah ditanya apa yang ada pada Kri yang buat aku tertarik padanya.  Jawapan ku hanya satu perkataan saja.... HEBAT!

Posted at 12:42 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Friday, December 16, 2005
Minggu Yang Hektik

ermmm sudah seminggu aku penat berkemas dan menguruskan kontraktor agar kerja-kerja renovasi dapat dihabiskan dan agku dapat berpindah dengan segara. 

Banyak yang terjadi seminggu ini.  Aku baru saja selesai mengadakan lawatan menteri dan VIP ke Lower Submersible Platform.  Sepanjang minggu ini aku tak dapat rehat langsung kerana terpaksa menyediakan/membuat apa yang perlu dan memastikan semuanya berjalan lancar.  Alhamdullillah semuanya ok.  Begitu juga dengan press conference.  Tapi kerja-kerja pejabat yang tertunggak masih belum dapat dibereskan lagi.  

Aduh belum sempat aku dapat bernafas, minggu depan pula syarikat kami akan mengadakan jamuan Krimas dan minggu terakhir bulan December ini pula jamuan Year-End.  Semua ini aku perlu uruskannya.   Ini belum lagi termasuk aku berpindah ke rumah baru ku pada 23 December nanti.  Aduh... Aku harap semua ini dapat aku lakukan sebaik mungkin dan tidak stress... tapi... uuuuuaaargh aku dah stress ni.... Kri... mana hang pi ni... meh ler toloooong

 

Posted at 09:16 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Wednesday, December 14, 2005
Merpati Putih

Merpati Putih

seputih hati ini
semurni cinta ini
mekar mewangi kasih

kuharapkan balasmu
ulur tangan peluk diriku
kekasih dekaplah aku

perasaan cintaku ini
tak bisa kubendung lagi
dimanakah waktu kan berkata
menyetujui cinta ini

merpati putih saksi kita
dalam malam kita berjanji
apa yang kan menghalangi
tentang cinta ini kan terjalin
seputih hati ini

Posted at 12:15 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Sunday, November 20, 2005
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini adalah hari yang istimewa buat aku.  Hari ini telah merubah segalanya tentang aku.  Aku harap mentari akan terus menyinar tanpa henti.  Walaupun ada rintik hujan tetapi aku akan terus menari di pelangi indah dan berwarna-warni.

Posted at 12:11 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Thursday, November 10, 2005
Merindu Kepastian

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah kau menjadi bunga
Menghiasi dada ku


 

 

Posted at 06:17 pm by tiffydsickbear
(3) Warna Pelangi  

Friday, November 04, 2005
Sabtu Yang Lemau

Hari ini aku tak berapa sihat.... mungkin kerana aku terlalu penat bekerja selain dari tak cukup rehat masa ramadan kelmarin ataupun aku asyik terkena hujan jer beberapa hari ini.  Tapi... masih tetap ke office juga pagi tadi. 

Berdenyut sangat kepala aku ini dari semalam tak henti-henti dan suhu badan pula naik tak menentu... tambahan pula terasa sengal diseluruh badan.... ish flu ini tak bagi can langsung... kalau nak menyerang pun janganlah waktu raya begini...  Tak jadi nak berhari raya.  Sebaliknya aku duduk di rumah, makan ubat dan tidur.  Ermmmm penat juga tidur saja... aku rasa bertambah sakit aku ini... ish betul kah apa yang aku buat ini


 

Posted at 08:02 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Thursday, November 03, 2005
Salam Lebaran

Hari ini ku bekerja lagi.... ish tak ada mood dan sungguh membosankan....  inilah pertama kali aku bekerja pada Hari Raya.   Rasa macam nak menangis tapi aku tahan dan tabahkan hatiku.  Harap-harap ini juga adalah kali terakhir aku bekerja pada Hari Raya.  Tak sanggup nak ulangi lagi rasa hati ini.

Raya kali ini mengingatkan aku pada seorang teman yang jauh (bukan Kri ya)...  Banyak yang telah diharunginya bersama anak-anak.  Aku harap dia akan lebih tabah menghadapi segala dugaan.


Pada yang mengirimkan kad raya dan email maaf ya aku tak sempat nak balasnya... insyaallah aku akan cuba dilain kali

Walau bagaimana pun, di hari yang penuh syahdu ini, aku ucapkan


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


diatas segala keterlanjuran kata, kekasaran bahasa yang mengguriskan hati... halalkan yang apa juga yang telah diberi.... yang termakan dan terminum...

Posted at 10:44 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, November 01, 2005
Deepavali

Hari ini cuti umum tapi aku bekerja... Boring sey...  sana sini dah holiday mood... begitu juga dengan aku...

Posted at 01:17 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Previous Page Next Page