|
Wednesday, October 27, 2004
Harga Sebuah Persahabatan
Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku terasa benar kehilangannya. Mungkin sudah agak lama aku tidak mendengar kabar dari dia ataupun kerana komen mengenai keceriaan ku yang membuat aku rasa saperti ini. Kali terakhir kami touch base hanya sekadar aku bertanya padanya jika teman sepejabatnya masih memerlukan perkerjaan untuk satu jawatan kosong yang perlu diisikan dengan segera. Ermmm namun tak ada apa yang nak dihairankan kerana kami berada dilandasan yang berlainan apatah lagi sekarang. Pada dia aku tak pernah wujud sedangkan aku sangat menghargai persahabatannya.
Ermmm sebenarnya ini bukanlah satu perkara baru dalam persahabatan kami (err aku tak pasti samada kami masih lagi bersahabat namun pada aku dia tetap seorang sahabat saperti sahabat-sahabatku yang lain). Ia sudah lama berlaku - email id yang dia katakan pada aku sudah tak berfungsi tapi sebenarnya masih lagi, the long silences that greet my smses at times and chats on the phone that somehow ended quickly.
Aku tak pasti mengapa aku membiarkan ini berlaku pada aku sedangkan aku masih punya sahabat-sahabat yang lebih baik dari dia. Mungkin juga kerana apa yang pernah kami lalui bersama yang membuat aku masih menganggapnya sebagai seorang sahabat. Entahlah... aku benar-benar tak pasti.... cuma yang aku pasti the unresponsiveness and distance are getting to me and they seem to signal only one thing..... I am not as important a friend saperti dia pada aku. And that hurts.
Dulu kami pernah berjanji, walau apa pun terjadi, walaupun di satu waktu nanti kami mempunyai pasangan masing-masing, kami tetap bersahabat dan tidak akan undur walaupun selangkah. Ternyata sekarang ia, saperti janji-janjinya yang lain, hanya sebuah janji kosong yang terbiar usang bila wawasan diuji.
Selama ini aku biarkan dia datang dan pergi sesuka hatinya bila dia memerlukan aku. Pada aku mungkin itu cara dia bersahabat. Aku menghormati dan mengerti setiap orang berlainan rasa and cara namum sejujurnya layanannya terhadap aku doesn't quite make me feel like a cherished friend.
Walaupun dia selalu berbohong dan menafikan setiap apa yang telah dikatakan atau lakukannya, saperti yang aku katakan, dia tetap sahabatku dan aku menghargai persahabatannya. Ya, kau pasti akan mengatakan aku ini, walaupun berpelajaran, tapi bodoh dalam persahabatan kerana masih mahu lagi mengaku dia sebagai sahabat. Dan kalau kau berada di tempat aku sekarang ini, tentu sudah lama kau tidak menganggapnya sebagai seorang sahabat. Saperti yang aku katakan, aku masih menganggap dia seorang sahabat mungkin kerana apa yang pernah kami lalui bersama, walaupun lebih pahit dari manisnya, mendengar segala keluh resah dia, bersedia di setiap saat bila dia memerlukan aku dalam apa juga keadaan walaupun aku tahu dia berbohong pada waktu itu aku tetap membantunya.
Mungkin juga kerana sifat aku.... belum pernah walau sekali pun aku berpaling dari seseorang, tak kiralah sahabat ataupun orang yang tak aku kenal, walau seburuk mana seseorang itu mengata ataupun lakukan terhadapku, aku tak reti nak membencinya. Aku tetap membantu sejauh mana yang aku termampu bila bantuan aku diperlukan.
Oleh itu, dot that I am, aku tetap akan berada disini pada bila-bila masa dia memerlukan seseorang - tak kiralah untuk apa juga - listening ear or just a friendly face. If the situation is reversed though - by past experiences - I think I should count my blessings that I have other shoulders to cry on in times of need.
Pada aku, yang jelas... sebuah persahabatan itu takes more effort than you think. Aku tetap dengan janji aku padanya walaupun aku sedar janji dia tak pernah ada dan aku tetap mendoakan kebahagiannya didalam setiap solat ku saperti doaku pada semua sahabat-sahabatku yang lain.
Posted at 01:05 am by tiffydsickbear
Permalink
Monday, October 25, 2004
Kurang Makan Atau Banyak Makan
Ramai wanita menantikan bulan ramadan kerana pada bulan inilah mereka dapat mengurangkan berat badan mereka. Untuk aku, ia sebaliknya. Pada bulan ramadan inilah berat badan aku bertambah. Mengapa? Aduh apa ke tidaknya..... di bulan inilah aku selalunya banyak menghadiri majlis iftar bersama keluarga dan teman-teman. Contohnya....
Hujung minggu pertama (Jumaat, sabtu, Ahad) kita berpuasa, aku berbuka bersama family di rumah grandma. Macam-macam makanan ada - yang dibuat dan juga yang dibeli. Antara juadah yang terhidang selain tamar ialah ayam mask merah, pudding roti, murtabak, mee goreng, steamboat, ikan bakar, nasi goreng, tiramisu, cheng teng, ice blended.
Weekdays pula, sejak berpuasa selama 10 hari ini, hanya dua kali saja aku berbuka sendiri. Selebihnya, aku berbuka di rumah keluarga anak angkat ku dan rumah dua orang teman. Ermm juadahnya juga... aduuuh yang berat-berat juga... nasi dan bee hoon briyani, roti jala, kari ayam.. arrrgh
Semalam aku ke majlis Iftar bersama assosciates di Copthorn Riverview Hotel. Setiap tahun mereka akan adakan iftar disini kerana buttered prawnsnyer enak. Sebenarnya hidangan buffetnya tak lah fantastic sangat tapi okay. Ada daging semur, ayam panggang, rojak, gado-gado, berbagai jenis kropok dengan sambal belacan, sup kambing, calamari, buttered prawns.... manisan pula bermacam-macam kuih termasuk buah-buahan, bubur pulut hitam dan pengat pisang.
Hari ini pula aku ada lagi satu majlis iftar bersama consulting associates pula. Aduuuh makan lagi.... Ini belum lagi sessi teh tarik selepas terawih... makan lagi.... dan minggu belum lagi berakhir dan ramadan masih ada 19 hari lagi.....
Hujung minggu ini pula, iftar bersama Ian and the gang pada hari sabtu dan selepas sahur aku akan memandu pulang ke KL kerana ada majlis iftar juga bersama associates disana... dan akan memandu pulang ke singapore selepas sahur pada hari isninnya... Ya, satu kerja gila tapi tak dapat aku elakkan.... pada mulanya memang aku dah beritahu mereka yang aku tak dapat hadir kali ini tapi bila dah ramai yang bertanya mengapa sukar untuk aku mengelak.... sedangkan mereka tahu yang aku ini memang dah biasa ulang alik sin/kl. Mereka kata aku kesin/kl ibarat pergi jurong/geylang.
Ini belum lagi dengan keluarga dan adik-adik di Lilbanat yang dah sibuk bertanya bila nak berbuka dengan mereka.... aduh macam mana aku nak bahagikan masa ku....
Nah sekarang tentu kau faham mengapa aku katakan yang aku tak dapat nak kuruskan badan pada bulan ramadan ini. Terlalu banyak makan dan exercise cuma solat terawih... Namun aku beryukur dengan rezeki Allah pada aku.
Tapi apa yang lebih penting ialah seakraban kami berbuka bersama. Kami sudah saperti satu keluarga yang besar dan setiap tahun kami pastikan yang kami akan berbuka bersama. Anak-anak kami juga dapat berinteraksi dengan satu sama lain dan kami seronok melihat perubahan anak-anak kami membesar. Sudah tentu tahun ini aku rasa lebih seronok kerana aku juga ada dua orang anak yang bisa aku bawa bersama.
Ermmmm selepas ini aku akan ceritakan pula persiapan hari raya pula.
Posted at 07:37 am by tiffydsickbear
Permalink
Sunday, October 24, 2004
Puasa Yang Sungguh mencabar
Aku ke uni tempatan pada tahun pertama. Selepas itu aku transfer points ke sebuah uni di luar negara. Ingat lagi pertama kali berpuasa di sana. Sungguh mencabar.... Mengapa? Kerana itu lah pertama kali aku berpuasa selama uuuuaaargh lebih dari 8 jam....
Pada mulanya aku sungguh excited kerana ini lah pertama kali aku berpuasa di rantuan... Sudah banyak cerita yang aku dengar sebelum aku bertukar uni tapi aku sangat yakin yang aku boleh menghadapi dan melakukannya tanpa masaalah. Ternyata aku silap.
Pada masa itu aku rasakan sangat sukar... bukan sahaja terpaksa cope dengan kerinduan aku keluarga dan tanah air tapi aku juga perlu cope dengan jadual kuliah selain dari keadaan sekelilingku. Maklum lah inilah pertama kali aku berada di rantauan sendirian tanpa keluarga dan perlu belajar membuat semuanya sendiri... perlu berdikari selain dari menamatkan pengajianku. Initially I though it would be a breeze but certainly I was wrong.... I realised then it's different being away on hols..
Tempat tinggal aku agak jauh dari uni. Aku mengambil masa sejam dari rumah ke uni. Kalau di KL aku biasa berkereta atau dipandu, tapi disana aku menggunakan pengangkutan awam. Jadi aku perlu berjalan kaki ke lecture theatre.... ke sana kesini...
Hari pertama bersahur aku hanya minum segelas susu saja. Kalau di Malaysia, ini sudah memadai untuk ku tapi disana... aduuuuh aku rasa macam nak pengsan.... tapi belum lagi he he he Aku rasa sungguh tercabar.... benar-benar tercabar kerana inilah pertama kali aku berpuasa lebih dari 8 jam...
Selain dari waktu berpuasa yang panjang, entah lah tak tahu mengapa aku juga terasa saperti cuaca panas sangat.. aku tak tahan berpuasa dalam keadaan begitu. Aku ingat lagi, aku pulang ke rumah in between kuliah walaupun aku tahu aku akan menagmbil masa satu jam setiap perjalanan hanya untuk shower untuk segarkan badan agar aku tak terasa terlalu letih dan kemudian ke kuliah semula. Ah satu perbuatan bodohkan? Tapi itulah kenyataannya.
Teman-teman bersimpati dengan aku. Mereka faham dengan keadaan aku dan menasihatkan aku supaya berbuka saja jika aku benar-benar tak tahan dengan keadaan itu tapi aku terasa sayang sekali nak tinggalkan puasaku. Selain itu, aku terasa sungguh disayangi waktu itu walaupun aku jauh dari keluarga tapi aku temukan "keluarga" yang lain. Abang dan kakak yang dah berkeluarga juga mengambil berat tentang diriku. Adakalanya aku teresa dilayan saperti seorang anak kecil oleh mereka... but I enjoyed every minute of it.. apa tidaknya.. hari-hari mereka bertanya pada aku nak makan apa dan mereka cuba buat atau adakan. Keadaan kami waktu itu saperti satu keluarga yang besar dan rapat. Best juga dimanja saperti itu he he he dan tahun itu, alhamdullilah aku dapat meneruskan puasaku (selain itu aku juga segan pada anak-anak mereka yang dapat menunaikan puasa mereka he he he).
Posted at 07:07 am by tiffydsickbear
Permalink
Wednesday, October 20, 2004
Puasa tapi nasi lemak habis sepinggan
Ramai yang tak percaya bila aku mengatakan yang aku benar-benar berpuasa pada umur ku 13 tahun. Tentu kau juga terkejut bukan? Mana mungkin si Tiff tu berpuasa pada umur 13 tahun... tak kan ibubapa dia tak mendidik dia. Dia kan dilahirkan muslim bukan muaalaf. Maaf, teman. Tapi itulah kebenarannya.
Bukan mama dan baba tidak mengajar dan mendidik aku tapi dalam bab puasa ini mereka agak rilek denganku. Mungkin kerana jurang diantara aku dan kakak serta abang agak jauh (lebih dari 10 tahun) jadi kawalan mereka mengenai puasa terhadap aku tidak terlalu ketat. Ah aku rasa hanya kawalan itu saja yang tidak ketat sedangkan yang lain..... aduh bisa mati gue lebih ketat dari kedua-dua adik-adikku sehingga ramai yang menyangka aku ini anak bongsu didalam keluarga terutama dengan status single aku....
Mama dan baba mula mengajar aku berpuasa bertahap-tahap pada umur 5 tahun. Aku ingat lagi masa itu.... Aku hanya berpuasa 1/4 of the day.... pukul 10 lebih atau 11 pagi aku dah tak tahan untuk berbuka. Pada usia 6 hingga 8 tahun juga aku berpuasa hingga 11 pagi atau 12 tengahari. Agak lewatkan untuk anak-anak seusia ku... betul tak?
Aku mula berpuasa 1/2 hari pada usia 9 hingga 10 tahun barulah aku berpuasa hingga 1 ataupun 2 petang. Pada umur 11-12 tahun kadang-kadang aku berpuasa penuh sehari tapi selalunya hingga 5 atau 6 petang. Sukar nak percaya kan?
Aku mula berpuasa penuh sehari untuk sebulan pada usia 13 tahun. Itupun pada hari pertama berpuasa aku terlupa. AWaktu rehat aku ke kantin sekolah dan makan sepinggan nasi lemak hingga habis. Pada mulanya memanglah aku tertanya-tanya mengapa mereka memandang aku semacam saja. Tapi aku buat muka sardin sehingga eorang teman sekelas menghampiri dan bertanya mengapa aku makan sedangkan aku berpuasa. Baru aku teringat tapi nasi lemak dah habis sepinggan aku bedal he he. Tak pasti samada puasa aku dah batal ataupun tidak, kami berjumpa ustazah.
"ermmm dah Allah nak beri awak rezeki Tiff, terima saja lah." kata ustazah sambil tersenyum. "puasa awak tak batal sebab awak tak sengaja. Tapi lain kali ingat... jangan buat lagi."
Phew! Leganya aku pada waktu itu. Nasib baik ada temanku yang sorang tu "vouch" untuk aku bila murid-murid lain mengatakan aku tak puasa ataupun puasa aku dah batal.
Dean, terimakasih kerana berdiri dibelakang aku pada waktu itu.
Posted at 06:34 am by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, October 19, 2004
Assalamualaikum semua
Sempena Ramadan Al Mubarak ini, aku ingin berkongsi bersama teman-teman ceramah Ramdan yang aku dengar dari sebuah masjid. Ceramah itu menyentuh tentang 5 perkara yang elok disebut yang pernah diingatkan oleh Nabi Muhammad kepada umatnya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut mahluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahwa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-menyebut nama Allah.
Mahluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika bukan ucapan Alhamdullillah hanya apabila sudah kekenyangan sehingga sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelerakan hingga ke hati.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia hingga terlupa Wawasan Akhirat.
Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia tak penting tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat yang tak pernah rugi dan merundum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
Perbanyakan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memimirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perly dibawa kesana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah di kumpulkan semasa hidup di dunia ini.
Dunia ibarat akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali di contohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
Jangan menyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada kita supaya mengingat atay menyebut tentang kebaikan yang kita lakukan samada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam resmi ayam "bertelur sebiji riuh sekampung".
Kita terlupa bahwa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riak atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (riak) tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu, eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahwa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Jangan sebut dan nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan ransangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua "kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tak kelihatan".
Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara ity kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menunding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahwa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, 1 jari ke arah orang itu tapi 4 jari lagi menunding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk malahan diri kita lebih buruk daripadanya.
Oleh itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya.
Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang senantiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Posted at 01:01 pm by tiffydsickbear
Permalink
Friday, October 15, 2004
Ini adalah kali kedua aku berpuasa tanpa grandpa. Semalam aku balik kerumah grandma. Kesian grandma jika bersahur seorang diri... kalau berpuasa tanpa grandpa sukar untuk ku tentu ia lebih sukar untuk grandma.
Ramadan tahun ini juga amat istimewa untuk aku. Buat pertama kalinya aku berpuasa bersama anak-anak angkat ku. Seronok betul pagi tadi kami bersahur bersama. Rasa sedih dan kehilangan grandpa tidak begitu terasa oleh ku dan aku juga percaya grandma juga terhibur dengan telatah anak-anakku. Mereka juga, aku lihat, tidak terlalu terasa kehilangan umi dan abah mereka. Insyaallah, hari ini, kami akan berbuka bersama-sama dan merasakan keriuhan berbuka dan berterawih bersama.
Aku masih ingat lagi, Ramadan tahun lepas amat sukar untuk aku, grandma dan ahli keluarga yang lain hadapi terutama sekali pada minggu pertama. Kami tak bertelan apa juga hidangan dihadapan kami sewaktu bersahur apatah lagi berbuka. Grandpa kalau bersahur mesti ada sup sayur dan kalau berbuka mesti ada manisan selain dari tamar. Ini adalah hidangan "wajib" dimeja kami. Walaupun hidangan ini kami "lenyapkan" dari juadah bersahur dan berbuka, kami masih lagi tak dapat melupakan grandpa ketika bersahur dan berbuka sehingga akhirnya kami hanya bersahur bijiran ataupun minum susu saja dan berbuka dengan makanan yang pedas (spicy) disepanjang Ramadan. Itu pun tak dapat menghilangkan rasa rindu dan sedih kami sekeluarga. Bukan kami tak redha dengan pemergiannya cuma kami terlalu rapat dengannya terutama aku.
Ramadan kali ini, aku mengharapkan kelainan agar ia lebih bermakna untuk aku, anak-anakku, grandma, ahli keluarga ku yang lain dan juga teman-teman. Insyaallah.
Posted at 08:41 am by tiffydsickbear
Permalink
Thursday, October 14, 2004
Assalamualaikum dan selamat berpuasa
Aku paste fadilat solat terawih untuk kita sama ingatkan semula kelebihan2 solat terawih ini... oleh itu kita rajin-rajin lah ke masjid atau sembahyang terawih.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Posted at 11:09 pm by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, October 12, 2004
Hanya ingin berkongsi rencana ini...
"Terkuncup bahagia untuk seorang teman yang telah mengajarkan saya arti sebuah kebahagiaan. Terima kasih Tuhan telah mempertemukan saya dengannya."
Kebahagiaan Ada di Hati
Dulu sewaktu saya masih kecil, saya senang sekali mendengarkan cerita ataupun dongeng-dongeng yang diceritakan oleh guru maupun orang-orang yang lebih tua dari saya. Salah satunya yang saya ingat adalah, cerita tentang seseorang yang mencari kemana-mana sebuah kebahagiaan.
Dalam salah satu cerita tersebut dikisahkan, ada seorang sufi yang sedang mencari siapa orang yang paling berbahagia didunia ini. Suatu waktu, sang sufi bertemu dengan seseorang yang ia jumpai di pasar. Dari penampilan & pakaiannya yang terlihat rapi & mentereng (tak tau apa maksudnya ni... ), sang sufi menduga tentunya ia termasuk orang yang berbahagia. Lalu sang sufi pun bertanya pada orang tersebut apakah dia berbahagia. Dan orang tersebut pun menjawab, bagaimana dia dapat berbahagia kalau setiap hari dia masih pusing memikirkan harus makan apa hari itu dan dengan uang yang dia miliki apa yg dapat ia beli untuk memenuhi kebutuhannya hari itu. Lalu sang sufi pun bertanya kembali padanya, Siapakah yang dianggap berbahagia oleh orang tersebut, dan orang tersebut menjawab, "Tentulah si pedagang karena ia tidak perlu memikirkan harus makan apa hari itu, toch dia sudah berdagang & memiliki apa yang dibutuhkan oleh orang tesebut setiap harinya. Selain itu setiap hari si pedagang juga memiliki pembeli yang cukup banyak yang tentunya banyak juga keuntungan yang dia peroleh."
Kemudian sang sufi pun berjalan mendekati si pedagang & menanyakan hal yang sama padanya. Sang pedagang menjawab, bagaimana dia bisa berbahagia kalau setiap hari yang difikirkannya hanya bagaimana caranya memajukan usahanya, bagaimana mencari modal yang lebih besar, bagaimana caranya membayar sewa toko atau bagaimana caranya melunasi hutang-hutangnya pada sang pengusaha yang telah meminjamkan modal padanya. Lalu sang sufi pun bertanya pada si pedagang, siapakah yang dianggap berbahagia oleh si pedagang, dan si pedagang pun menjawab "Tentulah sang pengusaha karena ia memiliki harta yang berlimpah, ia memiliki modal yang besar & bisa meminjamkan uang kepada orang lain. Dia tidak perlu memikirkan bagaimana mencari modal, bagaimana membayar sewa toko atau bagaimana melunasi hutang-hutangnya karena harta yang dimilikinya memang sangat banyak."
Sang Sufi pun kemudian keesokan harinya menemui sang pengusaha dan kembali menanyakan hal yang sama seperti yang dilakukannya pada orang dipasar yang dia temui dan si pedagang yaitu apakah dia berbahagia dengan hidupnya. Lalu sang pengusaha pun menjawab, bagaiman mungkin dia dapat bahagia kalau setiap hari hidupnya hanya dihabiskan untuk mengurusi perdagangan. Urusan yang harus ditanganinya sangat banyak, dari mulai urusan mengurus semua usahanya, memperluas jaringan bisnisnya, sampai keurusan bagaimana ia harus menyenangkan pejabat setempat agar usahanya dapat terus berjalan. Setiap hari dia selalu sibuk dan sibuk hingga kadang justru lupa mengurus dirinya sendiri & keluarganya. Lalu sang sufi pun bertanya kembali pada si pengusaha tersebut, siapakah orang yang menurutnya bahagia. Sang pengusaha pun menjawab, "Tentunya pastilah bapak mentri karena dia terlihat hanya menangani sebuah urusan tapi hartanya berlimpah. Hidupnya penuh dengan kesenangan, tidak perlu memikirkan perniagaan, mempunyai anak buah yang banyak dan semua pengusaha hormat padanya serta senantiasa berusaha menyenangkan dan membuatnya bahagia. Pendek kata, hidupnya penuh dengan kesenangan."
Begitulah seterusnya, Bapak mentri pun menunjuk pimpinannya lebih bahagia dari dirinya dan pimpinannya menunjuk orang lain yang menurutnya juga lebih berbahagia seakan-akan tidak ada habisnya. Semuanya menunjuk orang lain lebih bahagia dari dirinya. Dan semuanya kebanyakan hanyalah diukur dengan sebuah kesuksesan semata & kelimpahan harta bukan dengan sebuah ketenangan dan kedamaian jiwa.
Benar sekali, terkadang ketika kita menghadapi hanya sebuah ujian kecil sekali pun lantas kitapun dapat langsung merasa bahwa kitalah orang yang paling tidak berbahagia didunia ini. Kita mulai menganggap bahwa orang lain lebih berbahagia & lebih beruntung dibandingkan diri kita. Kita lupa bahwa sebenarnya letak kebahagiaan itu justru terdapat didalam diri kita. Didalam hati dan fikiran kita.
Seringkali kita mencari sebuah kebahagiaan ataupun `obat' kesedihan diluar diri kita tanpa kita sadari bahwa dalam diri kita ini, dalam hati kita, terkandung sebuah keagungan dari Sang Pencipta yang dapat membuat diri kita bahagia. Sebuah hati yang bersih dan hati yang sentiasa bersyukur atas karunia yang diberikan Tuhan padanya. Seperti perkataan Mahatma Gandhi, "Yang bisa menyakiti dan membuat diri kita tidak bahagia adalah diri kita sendiri, hanyalah hati kita sendiri".
Jadi, semuanya ada didalam diri, didalam hati kita. Begitu pula kebahagiaan yang hanya ada dihati, yang hanya bisa dibagi pada hati yang terbuka & hati yang senantiasa bersyukur, pada orang-orang yang mau membuka hatinya akan kebesaran Tuhan. Ingatlah selalu karunia dan keberkahan yang dikaruniakan pada kita setiap hari. Janganlah mengukur kebahagiaan hanya dengan kelimpahan materi ataupun kesuksesan semata tapi pertimbangkanlah juga sebuah ketenangan & kedamaian jiwa. Berbahagialah & tersenyumlah untuk semua yang kita miliki tersebut.
Selamat berbahagia dengan semua yang kita miliki. Salam Kebahagiaan
P/S:
Bagaimana dgn hati anda...bahagia atau sentiasa terluka?????? Atau hati anda telah habis kerana makan hati berulam jantung? 
Posted at 10:17 am by tiffydsickbear
Permalink
Saturday, October 02, 2004
Aku ingin berkongsi rencana yang indah ini bersama kalian. Aku dapatkanmya dari sebuah blog.
~Mencari Bahgia~
Suatu hari di sebuah sungai yang cukup jernih, hiduplah seekor ikan kecil muda usia. Saat itu, siang sangat terik, Sang Ikan mencari bagian sungai yang ternaungi pohon yang rindang. Sesekali dipukulkannya ekornya pada air di sekelilingnya.
Saat Sang Ikan sibuk dengan air yang menciprati tubuhnya, tiba-tiba terdengarlah suara dari balik rimbun pepohonan, “Ayah, indah sekali pemandangan di sini, yach! Pepohonan begitu rimbun, dan air sungai ini begitu jernih,” seru seorang anak kecil pada ayahnya. “Yach … Alhamdulillah … itulah kebesaran Allah, Nak! Ia menciptakan sesuatu tanpa cela, hanya manusia saja yang kurang bersyukur” kata Sang Ayah sambil mengelus kepala anak kecil itu dengan lembut.
“Katanya air itu sangat penting, ya, Yah? Dan … tanpanya kita semua akan mati?” tanya anak kecil itu pada ayahnya.
“Ya, benar! Air itu sangat penting bagi kita. Setiap makhluk hidup membutuhkan air dan oleh karena itu kita bisa mati tanpa ada air dalam kehidupan kita, seperti juga ikan kecil itu!” seru Sang Ayah sambil menunjuk ikan kecil.
Si ikan kecil yang mengikuti percakapan antara ayah dan anak itu mendadak menjadi gelisah. “Air, apa itu air? Di mana dapat kutemukan air? Bagaimana juka aku mati bila aku tak dapat menemukan air secepat mungkin? tanya si ikan dalam hatinya sambil berenang dengan panik. Si ikan kecil berenang tanpa kenal henti. Ketika ikan kecil mendekati hulu sungai, bertemulah ikan kecil tersebut dengan seekor ikan “sepuh”. Setelah menyampaikan salam kemudian ikan kecil itu bertanya, “Wahai ikan sepuh, dapatkah kau tunjukkan padaku, di mana air? Aku mendengar percakapan manusia bahwa tanpa air kita akan mati!” seru Si ikan kecil.
Ikan sepuh tersenyum bijak, kemudian berkata, “Anakku, tentu saja aku tahu di mana air, sekarang coba kau lihat samping kanan dan kirimu, lihat sekelilingmu, apa yang kau lihat?” “Ya, ada benda yang mengelilingiku tiap waktu, kadang ia tenang dan bergelombang, dia membantuku untuk berenang, dia yang membasahi tubuhku, menghilangkan dahagaku, dan aku bisa mati kekeringan tanpa kehadirannya,” gumam Si ikan kecil. Ikan sepuh tersenyum lagi, “Ya, itulah air yang kau cari selama ini, anakku. Itulah air yang membuat kita semua dapat mati bila hidup tanpa kehadirannya.
Si ikan kecil tertegun, kemudian tersenyum, “Terimakasih, ikan sepuh. Sekarang aku bisa menghentikan proses pencarianku. Aku bahagia bisa menemukan apa yang aku cari. Ternyata benda yang sangat penting yang selama ini aku cari sudah berada bersamaku sejak dulu tapi aku tidak menyadarinya,” ucap Si ikan kecil. Si ikan kecil kemudian memutar siripnya setelah sebelumnya berpamitan kepada ikan sepuh. KITA MANUSIA, SERINGKALI TAK KUNJUNG MERASA PUAS AKAN PENEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA. Dan kita seringkali tak sadar bahwa mungkin sebenarnya saat kita melakukan pencarian, ketika kita sedang letih … sebenarnya kita justru sedang menjalani kebahagiaan tersebut. Karena kita seringkali tertipu, dengan arus air yang tidak selamanya tenang, karena kebahagiaan pun seringkali tidak mesti berwujud ketenangan. Karena kebahagiaan pun seringkali berwujud “riak-riak ombak” dalam kehidupan kita…. Tapi kita akan merasa bahagia bila kita nikmati dan lalui dengan sabar.
Posted at 03:21 pm by tiffydsickbear
Permalink
Friday, October 01, 2004
Adakalanya sesuatu perkara yang berlaku itu tak dapat di terima secara logik oleh akal manusia. Terutama sekali bila perkara yang terjadi itu dapat mengaburi banyak mata yang melihat walaupun kebohongan jelas kelihatan.
Sukarkah kita untuk berlaku jujur didalam hidup ini? Dan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan kita sanggup melakukan apa saja walaupun ia akan menjejaskan maruah orang lain? Apa yang boleh kita lakukan bila perkara saperti itu terjadi? Patutkah kita berdiam diri saja dan menyerahkah segalanya pada takdir? Adakalanya, itulah yang terbaik. Pasrah dan redha walaupun ia sungguh menyakit.
Disaat-saat inilah kita mula bersahabat dengan masaalah itu sendiri. Didalam proses itu juga, kita dapat melihat sejauh mana keikhlasan seseorang itu terhadap kita. Dengan serta merta, topeng yang selama ini menutup wajahnya jatuh dan kita akan dapat melihat dengan jelas satu lakonan yang terunggul. Walaupun dia dengan keras menafikan segala yang telah ditaburkan keatas kita, dia sempat mengakhiri tabir lakonanya itu dengan "what is s.......?" dan bersorak girang meraikan kemenangannya. Tapi sebenarnya... siapa yang menang?
Posted at 11:45 pm by tiffydsickbear
Permalink
|
|