Warna-Warna Pelangi dari Lensa Tiffy





KEJUJURAN adalah kerja hati - ia tidak dapat dinilai secara mutlak oleh orang lain. KETENANGAN dan KEDAMAIAN hati akan berkocak apabila kita BERBOHONG. Satu pembohongan akan membuahkan KERESAHAN


Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan kata anda tidak diberi peluang


Jangan terbang tinggi
Nanti sayapmu akan patah
Jangan takut untuk menari
Menari saperti tidak akan mati



HIDUP adalah...
menghargai manusia
mencintai luka
meraih mimpi
adalah...
menghidupi hidup itu sendiri


Setia hati yang pengasih mendapat pahala....
Ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat...


Pandangan mata selalu menimpa....
Pandangan akal selalu terserlah....
Pandangan nafsu selalu melulu....
dan....
Pandangan hati lah yang hakiki....
kalau hati itu bersih


Adakalanya dalam kehidupan kita terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain....
bulan tak akan menyinarkan cahaya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya disiang hari


   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


Favorit
*ian cute*
*kata kris*
*kri rocks*
*eva rulz*
*sweetie zie*
*tasmania max*

*e-sastera*
*setiaku korbankan*
Bhg 1 | Bhg 2 | Bhg 3 | Bhg 4 | Bhg 5 | Bhg 6 | Bhg 7 | Bhg 8 | Bhg 9 | Bhg 10 | Bhg 11 | Bhg 12 | Bhg 13 |




SIRNA oleh Fathullah Luqman


Dan telah kunyatakan segala rahsia jiwa

Hanya untuk mu

Hanya kaulah yg satu bagi ku

Dan hanya engkau yg memahami diriku

Dulu kini pasti ku bersaksi

Dan hanya untuk mu

Dulu kini dan selamanya

Dan telah ku berjanji.... Setia



Suaramu sejelas mimpi ku yg semalam

Bagaikan baru sekejap tadi kita bersama

Dan ku tengelam lebih dalam

Dari mimpiku yang semalam

Telah ku nanti saat ini

Saat mula bersua...

Dua jiwa... Dua jiwa



Tiada lagi rasa sunyi sepi

Kerna kini ku tahu

Kau senantiasa disisi

Tiada lagi rasa sunyi sepi....

Kerna kini ku tahu....

Ku milik mu



Sirna

Segala rasa gelisah

Pastikan hari kan cerah kembali....

Pasti

Dan sirna segala resah

Sirna segala rasa yang ada

Sedalam dasar jiwa luka

Yang sekian kalinya......

Telah terubat jiwa ku kini

Pasti







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, October 29, 2004
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sudah lama aku nak letakkan wawancara ini tapi tak berkesempatan.  pada aku ia adalah satu wawancara yang menarik dan boleh dijadikan tauladan.....


JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.

Isu yang dibincangkan hanya satu - tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

``Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.

Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.

``Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,'' katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.

``Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,'' katanya.

Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: ``Saya mahu membela diri.''

``Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.''

MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.

Pada tahun 1970, arwah bapa saudara bayar seringgit suruh saya masuk UMNO. Saya menjadi ahli biasa saja, tidak aktif kerana fokus saya ialah kepada perniagaan. Bagaimanapun saya percaya kepada UMNO kerana ia parti yang mendukung dasar itu.

Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Tetapi saya juga anak UMNO. Saya percaya kepada UMNO dan DEB. Dasar itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri - dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha.

Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.

Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.

Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.

Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.

Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam - 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam.

Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi.

Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya.

Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa?

Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja.

Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.

Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita.

Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri - syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang.

Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga - bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu.

Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.

Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini.

Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya.

Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang.

Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi.

Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumbang semula kepada masyarakat.

Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa.

Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan.

Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju.

Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa.

Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.

Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.

Posted at 07:35 am by tiffydsickbear
(77) Warna Pelangi  

Wednesday, October 27, 2004
Harga Sebuah Persahabatan

Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku terasa benar kehilangannya.  Mungkin sudah agak lama aku tidak mendengar kabar dari dia ataupun kerana komen mengenai keceriaan ku yang membuat aku rasa saperti ini.  Kali terakhir kami touch base hanya sekadar aku bertanya padanya jika teman sepejabatnya masih memerlukan perkerjaan untuk satu jawatan kosong yang perlu diisikan dengan segera.  Ermmm namun tak ada apa yang nak dihairankan kerana  kami berada dilandasan yang berlainan apatah lagi sekarang.  Pada dia aku tak pernah wujud sedangkan aku sangat menghargai persahabatannya.

Ermmm sebenarnya ini bukanlah satu perkara baru dalam persahabatan kami (err aku tak pasti samada kami masih lagi bersahabat namun pada aku dia tetap seorang sahabat saperti sahabat-sahabatku yang lain).  Ia sudah lama berlaku -  email id yang dia katakan pada aku sudah tak berfungsi tapi sebenarnya masih lagi, the long silences that greet my smses at times and chats on the phone that somehow ended quickly.

Aku tak pasti mengapa aku membiarkan ini berlaku pada aku sedangkan aku masih punya sahabat-sahabat yang lebih baik dari dia.  Mungkin juga kerana apa yang pernah kami lalui bersama yang membuat aku masih menganggapnya sebagai seorang sahabat.  Entahlah... aku benar-benar tak pasti.... cuma yang aku pasti the unresponsiveness and distance are getting to me and they seem to signal only one thing..... I am not as important a friend saperti dia pada aku.  And that hurts.

Dulu kami pernah berjanji, walau apa pun terjadi, walaupun di satu waktu nanti kami mempunyai pasangan masing-masing, kami tetap bersahabat dan tidak akan undur walaupun selangkah.  Ternyata sekarang ia, saperti janji-janjinya yang lain, hanya sebuah janji kosong yang terbiar usang bila wawasan diuji. 

Selama ini aku biarkan dia datang dan pergi sesuka hatinya bila dia memerlukan aku.  Pada aku mungkin itu cara dia bersahabat.  Aku menghormati dan mengerti setiap orang berlainan rasa and cara namum sejujurnya layanannya terhadap aku doesn't quite make me feel like a cherished friend. 

Walaupun dia selalu berbohong dan menafikan setiap apa yang telah dikatakan atau lakukannya, saperti yang aku katakan, dia tetap sahabatku dan aku menghargai persahabatannya.  Ya, kau pasti akan mengatakan aku ini, walaupun berpelajaran, tapi bodoh dalam persahabatan kerana masih mahu lagi mengaku dia sebagai sahabat.  Dan kalau kau berada di tempat aku sekarang ini, tentu sudah lama kau tidak menganggapnya sebagai seorang sahabat.  Saperti yang aku katakan, aku masih menganggap dia seorang sahabat mungkin kerana apa yang pernah kami lalui bersama, walaupun lebih pahit dari manisnya, mendengar segala keluh resah dia, bersedia di setiap saat bila dia memerlukan aku dalam apa juga keadaan walaupun aku tahu dia berbohong pada waktu itu aku tetap membantunya. 

Mungkin juga kerana sifat aku.... belum pernah walau sekali pun aku berpaling dari seseorang, tak kiralah sahabat ataupun orang yang tak aku kenal, walau seburuk mana seseorang itu mengata ataupun lakukan terhadapku, aku tak reti nak membencinya.   Aku tetap membantu sejauh mana yang aku termampu bila bantuan aku diperlukan.

Oleh itu, dot that I am, aku tetap akan berada disini pada bila-bila masa dia memerlukan seseorang - tak kiralah untuk apa juga - listening ear or just a friendly face.  If the situation is reversed though - by past experiences - I think I should count my blessings that I have other shoulders to cry on in times of need. 

Pada aku, yang jelas... sebuah persahabatan itu takes more effort than you think.  Aku tetap dengan janji aku padanya walaupun aku sedar janji dia tak pernah ada dan aku tetap mendoakan kebahagiannya didalam setiap solat ku saperti doaku pada semua sahabat-sahabatku yang lain.


 

Posted at 01:05 am by tiffydsickbear
(4) Warna Pelangi  

Monday, October 25, 2004
Kurang Makan Atau Banyak Makan

Ramai wanita menantikan bulan ramadan kerana pada bulan inilah mereka dapat mengurangkan berat badan mereka.  Untuk aku, ia sebaliknya.  Pada bulan ramadan inilah berat badan aku bertambah.  Mengapa?  Aduh apa ke tidaknya..... di bulan inilah aku selalunya banyak menghadiri majlis iftar bersama keluarga dan teman-teman.  Contohnya....

Hujung minggu pertama (Jumaat, sabtu, Ahad) kita berpuasa, aku berbuka bersama family di rumah grandma.  Macam-macam makanan ada - yang dibuat dan juga yang dibeli.  Antara juadah yang  terhidang selain tamar ialah ayam mask merah, pudding roti, murtabak, mee goreng, steamboat, ikan bakar, nasi goreng, tiramisu, cheng teng, ice blended.

Weekdays pula, sejak berpuasa selama 10 hari ini, hanya dua kali saja aku berbuka sendiri.  Selebihnya, aku berbuka di rumah keluarga anak angkat ku dan rumah dua orang teman.  Ermm juadahnya juga... aduuuh yang berat-berat juga... nasi dan bee hoon briyani, roti jala, kari ayam.. arrrgh

Semalam aku ke majlis Iftar bersama assosciates di Copthorn Riverview Hotel.  Setiap tahun mereka akan adakan iftar disini kerana buttered prawnsnyer enak.  Sebenarnya hidangan buffetnya tak lah fantastic sangat tapi okay.  Ada daging semur, ayam panggang, rojak, gado-gado, berbagai jenis kropok dengan sambal belacan, sup kambing, calamari, buttered prawns.... manisan pula bermacam-macam kuih termasuk buah-buahan, bubur pulut hitam dan pengat pisang. 

Hari ini pula aku ada lagi satu majlis iftar bersama consulting associates pula.  Aduuuh makan lagi.... Ini belum lagi sessi teh tarik selepas terawih... makan lagi....  dan minggu belum lagi berakhir dan ramadan masih ada 19 hari lagi.....

Hujung minggu ini pula, iftar bersama Ian and the gang pada hari sabtu dan selepas sahur aku akan memandu pulang ke KL kerana ada majlis iftar juga bersama associates disana... dan akan memandu pulang ke singapore selepas sahur pada hari isninnya... Ya, satu kerja gila tapi tak dapat aku elakkan.... pada mulanya memang aku dah beritahu mereka yang aku tak dapat hadir kali ini tapi bila dah ramai yang bertanya mengapa sukar untuk aku mengelak.... sedangkan mereka tahu yang aku ini memang dah biasa ulang alik sin/kl. Mereka kata aku kesin/kl ibarat pergi jurong/geylang. 

Ini belum lagi dengan keluarga dan adik-adik di Lilbanat yang dah sibuk bertanya bila nak berbuka dengan mereka.... aduh macam mana aku nak bahagikan masa ku....

Nah sekarang tentu kau faham mengapa aku katakan yang aku tak dapat nak kuruskan badan pada bulan ramadan ini.  Terlalu banyak makan dan exercise cuma solat terawih...  Namun aku beryukur dengan rezeki Allah pada aku.

Tapi apa yang lebih penting ialah seakraban kami berbuka bersama.  Kami sudah saperti satu keluarga yang besar dan setiap tahun kami pastikan yang kami akan berbuka bersama.  Anak-anak kami juga dapat berinteraksi dengan satu sama lain dan kami seronok melihat perubahan anak-anak kami membesar.  Sudah tentu tahun ini aku rasa lebih seronok kerana aku juga ada dua orang anak yang bisa aku bawa bersama. 

Ermmmm selepas ini aku akan ceritakan pula persiapan hari raya pula.


 

Posted at 07:37 am by tiffydsickbear
(3) Warna Pelangi  

Sunday, October 24, 2004
Puasa Yang Sungguh mencabar

Aku ke uni tempatan pada tahun pertama.  Selepas itu aku transfer points ke sebuah uni di luar negara.  Ingat lagi pertama kali berpuasa di sana.  Sungguh mencabar.... Mengapa?  Kerana itu lah pertama kali aku berpuasa selama uuuuaaargh lebih dari 8 jam....

Pada mulanya aku sungguh excited kerana ini lah pertama kali aku berpuasa di rantuan... Sudah banyak cerita yang aku dengar sebelum aku bertukar uni tapi aku sangat yakin yang aku boleh menghadapi dan melakukannya tanpa masaalah.  Ternyata aku silap.

Pada masa itu aku rasakan sangat sukar... bukan sahaja terpaksa cope dengan kerinduan aku keluarga dan tanah air tapi aku juga perlu cope dengan jadual kuliah selain dari keadaan sekelilingku.  Maklum lah inilah pertama kali aku berada di rantauan sendirian tanpa keluarga dan perlu belajar membuat semuanya sendiri... perlu berdikari selain dari menamatkan pengajianku.  Initially I though it would be a breeze but certainly I was wrong.... I  realised then it's different being away on hols..

Tempat tinggal aku agak jauh dari uni. Aku mengambil masa sejam dari rumah ke uni.  Kalau di KL aku biasa berkereta atau dipandu, tapi disana aku menggunakan pengangkutan awam.  Jadi aku perlu berjalan kaki ke lecture theatre.... ke sana kesini...

Hari pertama bersahur aku hanya minum segelas susu saja.  Kalau di Malaysia, ini sudah memadai untuk ku tapi disana... aduuuuh aku rasa macam nak pengsan.... tapi belum lagi he he he  Aku rasa sungguh tercabar.... benar-benar tercabar kerana inilah pertama kali aku berpuasa lebih dari 8 jam...

Selain dari waktu berpuasa yang panjang, entah lah tak tahu mengapa aku juga terasa saperti cuaca panas sangat.. aku tak tahan berpuasa dalam keadaan begitu. Aku ingat lagi, aku pulang ke rumah in between kuliah walaupun aku tahu aku akan menagmbil masa satu jam setiap perjalanan hanya untuk shower untuk segarkan badan agar aku tak terasa terlalu letih dan kemudian ke kuliah semula.  Ah satu perbuatan bodohkan? Tapi itulah kenyataannya. 

Teman-teman bersimpati dengan aku.  Mereka faham dengan keadaan aku dan menasihatkan aku supaya berbuka saja jika aku benar-benar tak tahan dengan keadaan itu tapi aku terasa sayang sekali nak tinggalkan puasaku.  Selain itu, aku terasa sungguh disayangi waktu itu walaupun aku jauh dari keluarga tapi aku temukan "keluarga" yang lain.  Abang dan kakak yang dah berkeluarga juga mengambil berat tentang diriku.  Adakalanya aku teresa dilayan saperti seorang anak kecil oleh mereka... but I enjoyed every minute of it.. apa tidaknya.. hari-hari mereka bertanya pada aku nak makan apa dan mereka cuba buat atau adakan.  Keadaan kami waktu itu saperti satu keluarga yang besar dan rapat.  Best juga dimanja saperti itu he he he dan tahun itu, alhamdullilah aku dapat meneruskan puasaku (selain itu aku juga segan pada anak-anak mereka yang dapat menunaikan puasa mereka he he he).

Posted at 07:07 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Wednesday, October 20, 2004
Puasa tapi nasi lemak habis sepinggan

Ramai yang tak percaya bila aku mengatakan yang aku benar-benar berpuasa pada umur ku 13 tahun.  Tentu kau juga terkejut bukan?  Mana mungkin si Tiff tu berpuasa pada umur 13 tahun... tak kan ibubapa dia tak mendidik dia.  Dia kan dilahirkan muslim bukan muaalaf.  Maaf, teman.  Tapi itulah kebenarannya. 

Bukan mama dan baba tidak mengajar dan mendidik aku tapi dalam bab puasa ini mereka agak rilek denganku.  Mungkin kerana jurang diantara aku dan kakak serta abang agak jauh (lebih dari 10 tahun) jadi kawalan mereka mengenai puasa terhadap aku tidak terlalu ketat.  Ah aku rasa hanya kawalan itu saja yang tidak ketat sedangkan yang lain..... aduh bisa mati gue lebih ketat dari kedua-dua adik-adikku sehingga ramai yang menyangka aku ini anak bongsu didalam keluarga terutama dengan status single aku....

Mama dan baba mula mengajar aku berpuasa bertahap-tahap pada umur 5 tahun.  Aku ingat lagi masa itu.... Aku hanya berpuasa 1/4 of the day.... pukul 10 lebih atau 11 pagi aku dah tak tahan untuk berbuka.  Pada usia 6 hingga 8 tahun juga aku berpuasa hingga 11 pagi atau 12 tengahari.  Agak lewatkan untuk anak-anak seusia ku... betul tak?

Aku mula berpuasa 1/2 hari  pada usia 9 hingga 10 tahun barulah aku berpuasa hingga 1 ataupun 2 petang.  Pada umur 11-12 tahun kadang-kadang aku berpuasa penuh sehari tapi selalunya hingga 5 atau 6 petang.  Sukar nak percaya kan?

Aku mula berpuasa penuh sehari untuk sebulan pada usia 13 tahun.  Itupun pada hari pertama berpuasa aku terlupa.  AWaktu rehat aku ke kantin sekolah dan makan sepinggan nasi lemak hingga habis.  Pada mulanya memanglah aku tertanya-tanya mengapa mereka memandang aku semacam saja.  Tapi aku buat muka sardin sehingga eorang teman sekelas menghampiri dan bertanya mengapa aku makan sedangkan aku berpuasa.  Baru aku teringat tapi nasi lemak dah habis sepinggan aku bedal he he.  Tak pasti samada puasa aku dah batal ataupun tidak, kami berjumpa ustazah. 


"ermmm dah Allah nak beri awak rezeki Tiff, terima saja lah." kata ustazah sambil tersenyum.  "puasa awak tak batal sebab awak tak sengaja.  Tapi lain kali ingat... jangan buat lagi."

Phew!   Leganya aku pada waktu itu.  Nasib baik ada temanku yang sorang tu "vouch"  untuk aku bila murid-murid lain mengatakan aku tak puasa ataupun puasa aku dah batal. 

Dean, terimakasih kerana berdiri dibelakang aku pada waktu itu.


Posted at 06:34 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, October 19, 2004
5 Perkara

Assalamualaikum semua

Sempena Ramadan Al Mubarak ini, aku ingin berkongsi bersama teman-teman ceramah Ramdan yang aku dengar dari sebuah masjid.  Ceramah itu menyentuh tentang 5 perkara yang elok disebut yang pernah diingatkan oleh Nabi Muhammad kepada umatnya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut mahluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahwa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.  Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-menyebut nama Allah.

Mahluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat.  Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika  bukan ucapan Alhamdullillah hanya apabila sudah kekenyangan sehingga sendawa.  Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelerakan hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat.  1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.  Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat.  Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat.  Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat.  Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia hingga terlupa Wawasan Akhirat.

Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya.  Saham Amanah Dunia tak penting tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat yang tak pernah rugi dan merundum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda.  Oleh itu perbanyakkanlah menyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memimirkan bekalan hidup semasa mati.  Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perly dibawa kesana.  Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak.  Bekalan itu hendaklah di kumpulkan semasa hidup di dunia ini.

Dunia ibarat akhirat.  Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali di contohi.  Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.  Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada kita supaya mengingat atay menyebut tentang kebaikan yang kita lakukan samada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya.  Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam resmi ayam "bertelur sebiji riuh sekampung".

Kita terlupa bahwa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.  Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat.  Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riak atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (riak) tidak akan mencium bau syurga.  Riak adalah satu unsur dari syirik (khafi).

Oleh itu, eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain.  Kita perlu sedar bahwa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah.  Allah yang menyuruh kita buat baik.  Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik.  Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut dan nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan ransangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain.  Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri.  Bak kata orang tua-tua "kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tak kelihatan".

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara ity kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.  Menunding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahwa diri kita sendiri tidak betul.  Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, 1 jari ke arah orang itu tapi 4 jari lagi menunding ke arah diri kita.  Bermakna bukan orang itu yang buruk malahan diri kita lebih buruk daripadanya.

Oleh itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukan keburukan orang lain.  Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.  Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya.

Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang senantiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Posted at 01:01 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Friday, October 15, 2004
Ramadan Yang Bermakna

Ini adalah kali kedua aku berpuasa tanpa grandpa.  Semalam aku balik kerumah grandma.  Kesian grandma jika bersahur seorang diri... kalau berpuasa tanpa grandpa sukar untuk ku tentu ia lebih sukar untuk grandma. 

Ramadan tahun ini juga amat istimewa untuk aku.  Buat pertama kalinya aku berpuasa bersama anak-anak angkat ku.  Seronok betul pagi tadi kami bersahur bersama.  Rasa sedih dan kehilangan grandpa tidak begitu terasa oleh ku dan aku juga percaya grandma juga terhibur dengan telatah anak-anakku.  Mereka juga, aku lihat, tidak terlalu terasa kehilangan umi dan abah mereka.  Insyaallah, hari ini, kami akan berbuka bersama-sama dan merasakan keriuhan berbuka dan berterawih bersama. 

Aku masih ingat lagi, Ramadan tahun lepas amat sukar untuk aku, grandma dan ahli keluarga yang lain hadapi terutama sekali pada minggu pertama.  Kami tak bertelan apa juga hidangan dihadapan kami sewaktu bersahur apatah lagi berbuka.  Grandpa kalau bersahur mesti ada sup sayur dan kalau berbuka mesti ada manisan selain dari tamar.  Ini adalah hidangan "wajib" dimeja kami.  Walaupun hidangan ini kami "lenyapkan" dari juadah bersahur dan berbuka, kami masih lagi tak dapat melupakan grandpa ketika bersahur dan berbuka sehingga akhirnya kami hanya bersahur bijiran ataupun minum susu saja dan berbuka dengan makanan yang pedas (spicy) disepanjang Ramadan.  Itu pun tak dapat menghilangkan rasa rindu dan sedih kami sekeluarga.  Bukan kami tak redha dengan pemergiannya cuma kami terlalu rapat dengannya terutama aku. 

Ramadan kali ini, aku mengharapkan kelainan agar ia lebih bermakna untuk aku, anak-anakku, grandma, ahli keluarga ku yang lain dan juga teman-teman.  Insyaallah.



Posted at 08:41 am by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Thursday, October 14, 2004
Fadilat Solat Terawih

Assalamualaikum dan selamat berpuasa


Aku paste fadilat solat terawih untuk kita sama ingatkan semula kelebihan2 solat terawih ini... oleh itu kita rajin-rajin lah ke masjid atau sembahyang terawih. 

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Posted at 11:09 pm by tiffydsickbear
Warnakan Pelangiku  

Tuesday, October 12, 2004
Bahagiakah Anda

Hanya ingin berkongsi rencana ini...



"Terkuncup bahagia untuk seorang teman yang telah mengajarkan saya arti sebuah kebahagiaan. Terima kasih Tuhan telah mempertemukan saya dengannya."

Kebahagiaan Ada di Hati

Dulu sewaktu saya masih kecil, saya senang sekali mendengarkan cerita ataupun dongeng-dongeng yang diceritakan oleh guru maupun orang-orang yang lebih tua dari saya. Salah satunya yang saya ingat adalah, cerita tentang seseorang yang mencari kemana-mana sebuah kebahagiaan.

Dalam salah satu cerita tersebut dikisahkan, ada seorang sufi yang sedang mencari siapa orang yang paling berbahagia didunia ini. Suatu waktu, sang sufi bertemu dengan seseorang yang ia jumpai di pasar. Dari penampilan & pakaiannya yang terlihat rapi & mentereng (tak tau apa maksudnya ni... ), sang sufi menduga tentunya ia termasuk orang yang berbahagia. Lalu sang sufi pun bertanya pada orang tersebut apakah dia berbahagia. Dan orang tersebut pun menjawab, bagaimana dia dapat berbahagia kalau setiap hari dia masih pusing memikirkan harus makan apa hari itu dan dengan uang yang dia miliki apa yg dapat ia beli untuk memenuhi kebutuhannya hari itu. Lalu sang sufi pun bertanya kembali padanya, Siapakah yang dianggap berbahagia oleh orang tersebut, dan orang tersebut menjawab, "Tentulah si pedagang karena ia tidak perlu memikirkan harus makan apa hari itu, toch dia sudah berdagang & memiliki apa yang dibutuhkan oleh orang tesebut setiap harinya. Selain itu setiap hari si pedagang juga memiliki pembeli yang cukup banyak yang tentunya banyak juga keuntungan yang dia peroleh."

Kemudian sang sufi pun berjalan mendekati si pedagang & menanyakan hal yang sama padanya. Sang pedagang menjawab, bagaimana dia bisa berbahagia kalau setiap hari yang difikirkannya hanya bagaimana caranya memajukan usahanya, bagaimana mencari modal yang lebih besar, bagaimana caranya membayar sewa toko atau bagaimana caranya melunasi hutang-hutangnya pada sang pengusaha yang telah meminjamkan modal padanya. Lalu sang sufi pun bertanya pada si pedagang, siapakah yang dianggap berbahagia oleh si pedagang, dan si pedagang pun menjawab "Tentulah sang pengusaha karena ia memiliki harta yang berlimpah, ia memiliki modal yang besar & bisa meminjamkan uang kepada orang lain. Dia tidak perlu memikirkan bagaimana mencari modal, bagaimana membayar sewa toko atau bagaimana melunasi hutang-hutangnya karena harta yang dimilikinya memang sangat banyak."

Sang Sufi pun kemudian keesokan harinya menemui sang pengusaha dan kembali menanyakan hal yang sama seperti yang dilakukannya pada orang dipasar yang dia temui dan si pedagang yaitu apakah dia berbahagia dengan hidupnya. Lalu sang pengusaha pun menjawab, bagaiman mungkin dia dapat bahagia kalau setiap hari hidupnya hanya dihabiskan untuk mengurusi perdagangan. Urusan yang harus ditanganinya sangat banyak, dari mulai urusan mengurus semua usahanya, memperluas jaringan bisnisnya, sampai keurusan bagaimana ia harus menyenangkan pejabat setempat agar usahanya dapat terus berjalan. Setiap hari dia selalu sibuk dan sibuk hingga kadang justru lupa mengurus dirinya sendiri & keluarganya. Lalu sang sufi pun bertanya kembali pada si pengusaha tersebut, siapakah orang yang menurutnya bahagia. Sang pengusaha pun menjawab, "Tentunya pastilah bapak mentri karena dia terlihat hanya menangani sebuah urusan tapi hartanya berlimpah. Hidupnya penuh dengan kesenangan, tidak perlu memikirkan perniagaan, mempunyai anak buah yang banyak dan semua pengusaha hormat padanya serta senantiasa berusaha menyenangkan dan membuatnya bahagia. Pendek kata, hidupnya penuh dengan kesenangan."

Begitulah seterusnya, Bapak mentri pun menunjuk pimpinannya lebih bahagia dari dirinya dan pimpinannya menunjuk orang lain yang menurutnya juga lebih berbahagia seakan-akan tidak ada habisnya. Semuanya menunjuk orang lain lebih bahagia dari dirinya. Dan semuanya kebanyakan hanyalah diukur dengan sebuah kesuksesan semata & kelimpahan harta bukan dengan sebuah ketenangan dan kedamaian jiwa.

Benar sekali, terkadang ketika kita menghadapi hanya sebuah ujian kecil sekali pun lantas kitapun dapat langsung merasa bahwa kitalah orang yang paling tidak berbahagia didunia ini. Kita mulai menganggap bahwa orang lain lebih berbahagia & lebih beruntung dibandingkan diri kita. Kita lupa bahwa sebenarnya letak kebahagiaan itu justru terdapat didalam diri kita. Didalam hati dan fikiran kita.

Seringkali kita mencari sebuah kebahagiaan ataupun `obat' kesedihan diluar diri kita tanpa kita sadari bahwa dalam diri kita ini, dalam hati kita, terkandung sebuah keagungan dari Sang Pencipta yang dapat membuat diri kita bahagia. Sebuah hati yang bersih dan hati yang sentiasa bersyukur atas karunia yang diberikan Tuhan padanya. Seperti perkataan Mahatma Gandhi, "Yang bisa menyakiti dan membuat diri kita tidak bahagia adalah diri kita sendiri, hanyalah hati kita sendiri".

Jadi, semuanya ada didalam diri, didalam hati kita. Begitu pula kebahagiaan yang hanya ada dihati, yang hanya bisa dibagi pada hati yang terbuka & hati yang senantiasa bersyukur, pada orang-orang yang mau membuka hatinya akan kebesaran Tuhan. Ingatlah selalu karunia dan keberkahan yang dikaruniakan pada kita setiap hari. Janganlah mengukur kebahagiaan hanya dengan kelimpahan materi ataupun kesuksesan semata tapi pertimbangkanlah juga sebuah ketenangan & kedamaian jiwa. Berbahagialah & tersenyumlah untuk semua yang kita miliki tersebut.

Selamat berbahagia dengan semua yang kita miliki. Salam Kebahagiaan



P/S: 
Bagaimana dgn hati anda...bahagia atau sentiasa terluka?????? Atau hati anda telah habis kerana makan hati berulam jantung?

Posted at 10:17 am by tiffydsickbear
(5) Warna Pelangi  

Saturday, October 02, 2004
Mencari Bahagia

Aku ingin berkongsi rencana yang indah ini bersama kalian.  Aku dapatkanmya dari sebuah blog.


~Mencari Bahgia~


Suatu hari di sebuah sungai yang cukup jernih, hiduplah seekor ikan kecil muda usia. Saat itu, siang sangat terik, Sang Ikan mencari bagian sungai yang ternaungi pohon yang rindang. Sesekali dipukulkannya ekornya pada air di sekelilingnya.

Saat Sang Ikan sibuk dengan air yang menciprati tubuhnya, tiba-tiba terdengarlah suara dari balik rimbun pepohonan, “Ayah, indah sekali pemandangan di sini, yach! Pepohonan begitu rimbun, dan air sungai ini begitu jernih,” seru seorang anak kecil pada ayahnya. “Yach … Alhamdulillah … itulah kebesaran Allah, Nak! Ia menciptakan sesuatu tanpa cela, hanya manusia saja yang kurang bersyukur” kata Sang Ayah sambil mengelus kepala anak kecil itu dengan lembut.

“Katanya air itu sangat penting, ya, Yah? Dan … tanpanya kita semua akan mati?” tanya anak kecil itu pada ayahnya.

“Ya, benar! Air itu sangat penting bagi kita. Setiap makhluk hidup membutuhkan air dan oleh karena itu kita bisa mati tanpa ada air dalam kehidupan kita, seperti juga ikan kecil itu!” seru Sang Ayah sambil menunjuk ikan kecil.

Si ikan kecil yang mengikuti percakapan antara ayah dan anak itu mendadak menjadi gelisah. “Air, apa itu air? Di mana dapat kutemukan air? Bagaimana juka aku mati bila aku tak dapat menemukan air secepat mungkin? tanya si ikan dalam hatinya sambil berenang dengan panik. Si ikan kecil berenang tanpa kenal henti. Ketika ikan kecil mendekati hulu sungai, bertemulah ikan kecil tersebut dengan seekor ikan “sepuh”. Setelah menyampaikan salam kemudian ikan kecil itu bertanya, “Wahai ikan sepuh, dapatkah kau tunjukkan padaku, di mana air? Aku mendengar percakapan manusia bahwa tanpa air kita akan mati!” seru Si ikan kecil.

Ikan sepuh tersenyum bijak, kemudian berkata, “Anakku, tentu saja aku tahu di mana air, sekarang coba kau lihat samping kanan dan kirimu, lihat sekelilingmu, apa yang kau lihat?” “Ya, ada benda yang mengelilingiku tiap waktu, kadang ia tenang dan bergelombang, dia membantuku untuk berenang, dia yang membasahi tubuhku, menghilangkan dahagaku, dan aku bisa mati kekeringan tanpa kehadirannya,” gumam Si ikan kecil. Ikan sepuh tersenyum lagi, “Ya, itulah air yang kau cari selama ini, anakku. Itulah air yang membuat kita semua dapat mati bila hidup tanpa kehadirannya.

Si ikan kecil tertegun, kemudian tersenyum, “Terimakasih, ikan sepuh. Sekarang aku bisa menghentikan proses pencarianku. Aku bahagia bisa menemukan apa yang aku cari. Ternyata benda yang sangat penting yang selama ini aku cari sudah berada bersamaku sejak dulu tapi aku tidak menyadarinya,” ucap Si ikan kecil. Si ikan kecil kemudian memutar siripnya setelah sebelumnya berpamitan kepada ikan sepuh.

KITA MANUSIA, SERINGKALI TAK KUNJUNG MERASA PUAS AKAN PENEMPATAN YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA. Dan kita seringkali tak sadar bahwa mungkin sebenarnya saat kita melakukan pencarian, ketika kita sedang letih … sebenarnya kita justru sedang menjalani kebahagiaan tersebut. Karena kita seringkali tertipu, dengan arus air yang tidak selamanya tenang, karena kebahagiaan pun seringkali tidak mesti berwujud ketenangan. Karena kebahagiaan pun seringkali berwujud “riak-riak ombak” dalam kehidupan kita…. Tapi kita akan merasa bahagia bila kita nikmati dan lalui dengan sabar.
 

Posted at 03:21 pm by tiffydsickbear
(1) Warna Pelangi  

Previous Page Next Page