Sejak kebelangkangan ini, topik Cinta timbul beberapa kali didalam perbualan aku dan beberapa orang teman. Menarik juga apa yang dibualkan. Masing-masing mempunyai pendapat/pendirian yang tersendiri...
Cinta tak pernah akan begitu indah jika tanpa persahabatan... yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah irreversible
Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat
Jika kau mencintai seseorang, jangan mengharapkan dia akan mencintai kau sama saperti kau mencintainya kerana salah satu diantara kamu akan memberikan lebih dan yang lain akan dirasakan kurang
Jika kau sedang mencari... yang lain sedang menanti
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta.... ia mungkin akan begitu menyakitkan dan mungkin akan menyebabkan kau sakit dan menderita.... tapi jika kau tidak mengikut kata hati, pada akhirnya kau akan menangis... jauh lebih pedih... kerana saat itu kau akan menyedari bahwa kau tidak pernah memberi
Cinta itu sebuah jalan... bukan sekadar perasaan tapi sebuah komitmen.... perasaan itu bisa datang dan pergi begitu saja
Cinta tak harus berakhir dengan kebahagiaan kerana cinta tidak harus berakhir
Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI
Ketika kau mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan/balasan kerana jika demikian... kau bukan mencintai tetapi investasi
Jika kau mencintai kau harus siap untuk menerima penderitaan kerana jika kau mengharapkan kebahagiaan, kau bukan mencintai tetapi menfaatkan
Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kau cintai daripada kehilangan seseorang yang kau cintai kerana egomu yang tak berguna itu
Bagaimana aku akan berkata "SELAMAT TINGGAL" kepada seseorang yang tidak pernah aku miliki?
Mengapa titis airmata jatuh untuk seseorang yang tidak pernah menjadi kepunyaanku? Mengapa aku rindukan seseorang yang tidak pernah bersamaku dan aku bertanya.... Mengapa aku mencintai seseorang yang cintanya tidak pernah untukku?
Sukar bagi dua orang yang saling mencintai tinggal didalam dua dunia yang berbeza tapi ketika dua dunia yang berbeza ini melebur dan menjadi satu.... itulah KEAJAIBAN
Jangan mencintai seseorang saperti bunga kerana bunga mati ketika musim berganti.... cintailah dia saperti sungai kerana sungai mengalir selamanya
Cinta mungkin akan meninggalkan hatimu bagai kepingan-kepingan kaca tapi tanamkanlah difikiranmu bahwa ada seseorang yang akan membebat lukamu dengan mencantumkan semulai serpihan-serpihan kaca itu sehingga kau menjadi utuh kembali
sekiranya kau mendapati dirimu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih.... tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih untuk singgah dihati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah juga kamu mengurusi diri mu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba inta memilih untuk pergi, tiada sapa yang harus dipersalahkan... relakanlah cinta itu pergi... kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti
Ingatlah jangan terlalu memilih cinta kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihatimu
Last but not least....
cinta adalah anugerah
yang bisa....
membuat kita ketawa
membuat kita bernyanyi
membuat kita sedih, menangis
bila ia berlalu pergi
dan bertanya "mengapa?"
membuat kita menerima dan memberi
dan yang penting sekali....
membuat kita hidup
kerana hidup ini adalah
menghagai manusia
mencintai luka dan
meraih mimpi.....
Posted at 03:08 am by tiffydsickbear
Permalink