|
Tuesday, November 30, 2004
Temanku Zie... pengorbanan cinta itu tetap indah... walaupun sungguh menyakitkan....
Aku jatuh cinta untuk kesekian kali
Baru kali ini ku rasakan cinta sesungguhnya,
Tak seperti dulu
Kali ini ada pengorbanan
Cinta bukan sekedar kata-kata indah
Cinta bukan sekedar buaian belaian peraduan
Samudra cinta dari pulung hati
Tak terukur dalamnya
Hingga saat perpisahan tiba
Mengundang air mata
Atau hanya secuil penyesalan
Cinta adalah ruang dan waktu
Datang dan menghilang
Semua karunia sang pencipta
Mungkinkah kau sedang menatap bulan
Bulan sabit yang sedang kupandangi
Mungkinkah kamu menangis
Diatas bintang khayalku
Maafkanlah cinta
Atas kabut jiwa
Yang menutupi pandangan kalbu
Posted at 04:21 am by tiffydsickbear
Permalink
Monday, November 22, 2004
Puteri Gunung Lalang Kansel?
Uuuuarrrgh sedih aku hari ini.... dahlah kerja berlambak.... boss pula minta breakdown of unnecessary accounts... macam lah aku ini tak ada kerja nak buat..... dahlah itu, member aku pula telepon beritahu trip ke Gunung Ledang hujung minggu ini.... kansel! Uuuuuargh aku baru nak jadi puteri gunung lalang... nak gantikan si Tiara Jacquelina... trip dah kansel... ermmm potong stim saja.... Tak apalah harap-harap lain-lain trip yang sudah dirancang tak akan diubah jadualnya terutamanya horse-riding. Kalau tidak kesian Iqah... dia benar-benar nak cuba horse-riding.
Posted at 04:46 pm by tiffydsickbear
Permalink
Friday, November 19, 2004
Apa Yang Aku Lakukan Ini Betul
Enam bulan dulu, ketika aku mendapat surat pengesahan aplikasi ku mengenai anak angkat, hati ku mula berbelah bagi. Bukan kerana aku tak sayangkan mereka... aku sayang dan aku sebenarnya jatuh cinta pandang pertama dengan mereka cuma waktu itu aku tak pasti samada aku patut mempunyai anak dari seorang lelaki bernama suami ataupun sebaliknya.
Ramai yang menasihati. Kawin saja Tiff dan punya anak sendiri. Itu lebih senang untuk dijaga - tak banyak masaalah... darah daging kita. Tak kurang juga yang berkata mempunyai anak akan merubah segalanya dan dapatkah aku memikul tanggung jawab sebagai seorang ibu... lebih tepat lagi sebagai seorang ibu tunggal.
Waktu itu aku juga tertanya-tanya... Apakah aku tak bisa/mampu memberi kasih sayang pada mereka saperti anak-anak ku sendiri, menjaga/membesarkan mereka, merasa segala apa yang mereka rasa, memberi mereka jiwa untuk meneruskan kehidupan ini dan bermacam-macam persoalan yang melintas diminda.
Namun, teman, hari ini, aku dengan bangganya berteriak "APA YANG AKU LAKUKAN INI BETUL! APA YANG AKU LAKUKAN INI BETUL!"
Memang benar kata mereka. Mempunyai anak akan merubah kehidupan seseorang itu. Kehidupanku kini berkisar diantara mereka. Apa saja yang akan aku lakukan secara otomatis aku akan memikirkan keaadaan mereka. Aku bertambah peka dengan keadaan sekelilingku termasuk yang remeh temeh dan aku bahagia melakukan apa saja untuk mereka.
Inilah kurnia Illahi yang tak ternilai terhadapku. Aku temukan kebahagian bersama mereka. Kami saling memerlukan. Sejauh ini, alhamdullilah. Kami dapat melayari kehidupan yang penuh pancaroba ini dengan tenang dan dilimpahi dengan kasih sayang. Aku bersyukur kehadratNya yang memelihara aku dari kekeciwaan dan menggantikannya dengan sesuatu yang paling berharga. Aku pohon agar kami senantiasa didalam pemeliharaanNya, dirahmatiNya dan dapat mengharungi apa juga dugaanNya dimasa akan datang dengan tenang dan tabah.
Sesungguhnya benar kata orang.... "Pengorbanan Cinta itu Indah..." dan aku temukannya dengan cara yang unik. Terimah Kasih Ya Raab.
Posted at 06:36 pm by tiffydsickbear
Permalink
Thursday, November 18, 2004
Lewat malam Jumaat aku dan anak-anak sampai dirumah grandma setelah mengambil baju aku dan Iqah dari butik Kim. Baba dan mama belum sampai lagi. Begitu juga dengan adik beradik ku yang lain. Sabtu lepas sahur baru mereka bergerak dari kl.
Tanpa membuang masa, aku terus membasuh beras dan menganyam ketupat. Entah mengapa semangat aku untuk beraya kali ini berkobar-kobar. Semalaman aku tak tidur dan menganyam ketupat agar pagi Sabtu selepas sahur sudah boleh mula merebus ketupat.
Untuk pertama kalinya, aku memasak untuk raya. Semua orang terperanjat. Selalunya bab lauk pauk ini aku memang tak masuk buku... aku lebih suka berkemas dari memasak. Hanya ketupat saja department aku. Tapi kerana anak-anak aku sanggup bersingsing lengan kali ini memasak untuk raya. Kalau grandpa ada tentu dia gelakkan aku. Ermmm sudah lah tu... bukan satu lauk yang aku masak..... tiga err empat kot..... kuah lodeh, kari ayam dan ayam masak merah serta... satay goreng tapi lupa nak buat kuahnya kah kah kah
Nah sekarang tentu kamu juga, aku pasti, tertanya-tanya, mengapa aku terlampau "rajin" kali ini kan.... Memang betul kata orang... cinta akan membuat kita berbuat apa saja kerananya.... Nah kerana sayangku pada anak-anak... aku sanggup belajar (tanpa pengetahuan sesiapa) macam mana nak memasak lauk "ayam masak merah" ini. Tak pernah aku memasaknya. Yang pandai memasak lauk ini ialah kakak aku dan aku mesti buat sebaik dia... bak kata orang... kalau tak sesedap rasanya... nampak macam sama warna pun jadilah. Kalaulah kamu semua melihat aku memasak waktu itu, tentu kamu semua akan gelakkan aku. Bukan kerana satu dapur berselerak.... eh tidak.... dapur tetap bersih.... cuma aku tak reti nak buat kerja kalau ada yang memerhati.... aku gabra la.....
Aku tak benarkan grandma dan anak-anak masuk kedapur untuk melihat aku masak walaupun aku tahu mereka dok terintai-intai.... grandma pula takut nanti masakan aku tak menjadi dan tak ada apa yang boleh dibuat berbuka dan menyambut raya nanti. Dalam erti kata yang lain.... Tak sedapla.... Sebenarnya aku pun takut tak sedap..... takut terbuang pula daging ayam tu.... tapi aku gagahi juga dengan semangat yang berkobar-kobar..... nasib baik semuanya selesai dimasak sebaik saja keluarga aku tiba. Kalau tak.... habislah aku digelaknya. Ini pun mereka gelakkan aku..... bersopping sakan.... masak macam orang lain dah tak boleh masak.... mereka juga sempat mengusik.... nampak berselera..... warna pun sama... tapi rasa... kenalah tunggu sehingga azan bergema.....
Masa azan dah nak berbunyi.... hati aku dak duk dak duk saja.... keyakinan aku menurun dari 90% hingga ke sifar.... mana tidaknya... abang dan ipar-iparku menggelakkan aku. Memang aku tak nafikan yang aku memang tak pandai masak... tak saperti adik beradik aku yang lain. Kalau masak pun aku lebih suka makan salada ataupun sesuatu yang ringkas. Aku buat cecodok pun kadang-kadang keras (ish malu ler... ). Aku asyik tertanya-tanya pada anak-anak "sedap tak umi masak." Anak-anak mengangguk tapi aku masih lagi tak berpuas hati. Mungkin anak-anak hanya ingin menjaga hati aku saja tapi bila aku melihat ahli keluarga yang lain mula menambah hidangan dipinggan mereka... barulah aku berani mencuba masakan aku.
Rupanya kakak aku dari tadi dok perhatikan tingkah laku aku.... dia menghampiri dan berbisik... 'Boleh lah tue.... pandai pon masak.... sedap gak. klau tak sedap.... mesti abang tak tambah. yang lelain pon tambah gak. oklah tue. tak payah gabra. tahun depan bleh masak lagi. kurang sket keje kitarang... klau ko dah bleh masak." Mama senyum saja melihat aku. Aduuuuh, macam undang kena bakar muka aku ini.... merah sey. Rasanya tahun ini sajalah aku masak. Tahun depan belum tentu aku nak lalui stress saperti ini lagi.
Posted at 03:51 pm by tiffydsickbear
Permalink
Wednesday, November 10, 2004
Semalam aku membawa anak-anak berbelanja untuk raya. Kami ke Geylang Serai untuk mencari baju kurung dan keperluan raya. Sebelum itu, ada juga rakan dan keluarga bertanya mengapa aku tak membawa anak-anak berbelanja di JB saja. Itu lebih menjimatkan kerana pertukaran matawang. Aduh.... tak sanggup aku nak bersesak-sesak di causeway tu.... Kalau dah jam.... ermmm sekurang-kurangnya mesti satu atau dua jam masa kami akan terbuang begitu saja dan belum tentu apa yang kami cari akan kami temui disana.
Aku bercadang membawa anak ke Geylang Serai dulu. Kalau tak ada yang berkenan, barula aku membawa mereka ke JB. Perhentian pertama kami ialah Joo Chiat Komplex. Setelah memakir kereta, kami pun melangkah masuk ke bagunanan tu. Alhamdulillah, kedai pertama, Jihad Closet, ada warna yang kami inginkan. Rekaan pakaianya juga menarik. Tahun ini, anak-anak memilih warna putih dan jingga (oren). Aku memang bercadang nak membeli dua helai baju melayu untuk mereka setiap seorang untuk dipakai masa raya pertama dan kedua nanti. Maklumlah tahun ini kami akan beraya di kampong dan Singapura. Amirul mencuba baju kurung berwarna putih campuran silk dengan.... ermmm aku tak berapa pasti dengan apa... sementara Iqah pula mencuba baju kurung oren dari songket. Kedua-dua mereka nampak cantik cuma.... ermmm saizya ok cuma aku tak berapa puas hati. Rasanya mereka cuma akan dapat memakai baju ini untuk sekali dua saja. Tak ada room untuk growth. Sayang kalau itu yang terjadi. Lalu kami pun bercadang untuk melihat ke lain-lain kedai dan jika tak berjumpa apa yang kami ingin, kami akan datang semula ke Jihan Closet. Kami pun beredar dan mula menyelusuri kedai-kedai di Joo Chiat Komplex. Dapat juga Amirul sepasang baju kurung di salah sebuah kedai di situ (tak ingat pula nama kedai itu...).
Setelah itu kami ke bazaar pula. Menyelusuri dari satu kedai ke satu kedai dan akhirnya dapat satu lagi baju kurung dan samping untuk Amirul. Alhamdullilah. Capal juga ada untuk Amirul. Aku dah tak perlu pening kepala untuk Amirul tapi sejauh ini tak ada satu pun yang aku dan Iqah berkenan. Kami menyelusuri pula Tanjong Katong Komplex. Juga tak ada yang berkenan. Lalu kami ke pakir kereta dan terus memandu ke... jeng jeng jeng
JB. kah kah kah iya ke JB.... tempat yang aku tak nak masuk. Kami ke City Square dahulu... Aku ke bank untuk transfer dan keluarkan RM (he he aku tak ada RM la masa tu). Ermmm biasalah kalau ke CS aku mesti ke Somerset Bay, Nike, Adidas, Levi, Living Quarters dan yang paling aku gemari... MNG. Malangnya hanya barang-barang keperluan aku dan Amirul saja yang ada. Untuk Iqah belum lagi. Tapi aku belum berputus asa lagi. Tentu ada untuk Iqah cuma kami belum temukannya. Lalu aku terpandang kedai Padini. Kami masuk kedalamnya... melihat kasut.... dan viola..... ader kasut yang sesuai untuk Iqah... saiz juga ada dan tanpa berlengah lagi aku terus membayarnya.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul lima petang. Aku mengajak anak-anak ke Plaza Angsana. Aku suka ke Plaza Angsana terutama sekali Lagenda. Aku memang sudah biasa dengan butik tu. Maklumlah pelanggan tetap butik tu.. he he. Ia menggantikan butik-butik yang selalu aku kunjungi diKL. Kerana persahabatan yang dah lama terjalin antara aku dengan Kim, pemilik butik tu, dia sedia membantu menjahitkan baju Iqah walaupun sudah kesuntukkan masa. Tapi dia hanya boleh siapkan baju tu pada petang raya. Perfect! Gembiranya aku. Petang raya pun Ok kerana kami memang pulang ke kampong dan boleh singgah sekejap untuk mengambil baju Iqah. Aku juga membeli sehelai lagi samping untuk Amirul dan klip rambut untuk Iqah dibutik Kim. Ermmm sempat Kim mengusikku....
Kim: emak tak beli baju raya ker....
Aku senyum dan mengusiknya kembali...
Aku: kalau kau boleh siapkan... tentu saja aku mahu... tapi kalau tak.... ermmm aku pakailah semula baju yang Melinda designed untuk aku tu...
Tergelak bila dia mendengar usikkan ku.
Kim: Baju Melinda Looi yang hijau/coklat tu? kah kah kah kesian dia....
Aku juga turut tergelak. Terus terang dia katakan yang dia tak boleh nak siapkan tapi kerana persahabatan yang sudah lama terjalin antara kami, dia akan siapkan satu saja khas untuk ku. Bak kata pepatah... pucuk dicita ulam mendatang.... Aduuuuh apalagi aku terus saja ke kereta dan mengeluarkan kain yang ku beli dari Pucuk Rebung semasa aku balik KL minggu lepas dan terus memberinya pada Kim untuk dijahit. Aku juga memilih sehelai kain dibutiknya dan memberinya rekaanku.
Jam menunjukkan pukul 6.10 petang. Kami ke Vivo untuk tempahan berbuka puasa. Setelah itu, kami berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai mencari sehelai lagi baju untuk Iqah. Tiba-tiba, aku terpandang manequin memakai baju kurung warna sedondon untuk sekeluarga seramai empat orang. Cantik rekaannya. Aku bertanya pemilik kedai itu samada aku boleh membeli baju kurung hanya untuk Iqah saja. Mereka kata boleh dan mencari saiz untuk dia. Alhamdullilah ada.
Kami terus menyelusuri kedai-kedai disitu. Aku terpandang pula butang baju kurung kristal. Aduh cantiknya.... simple saja designnya... rasanya sama saperti yang dipakai oleh baba dan abang.... kerana kecantikannya aku terus saja membeli dua pasang - satu untuk Amirul dan satu lagi ermmm untuk siapa..... aku nak berikannya pada siapa ya.... kalau ada bf mungkin aku boleh berikan padanya tapi tak ada kah kah kah. Tak apala... mungkin aku boleh berikanya pada seseorang.... tengoklah nanti siapa yang bertuah kah kah kah
Ermmm just in time untuk kami berbuka puasa. kami ke Vivo semula dan mengambil tempat kami. Sedang berbuka, kami ditegur oleh ibu dan kawan Iqah, Nita. Mereka juga berbelanja. Mereka menggunakan pengangkutan awam ke JB dan ayah Nita akan menjemput mereka di Woodlands checkpoint nanti. Aku menawarkan diri untuk menumpangkan mereka pulang tapi mereka hanya mahu menumpang hingga ke McD Woodlands saja.
Setelah menurunkan Nita dan ibunya, aku memandang anak-anak yang sudah terlena. Walaupun jam baru menunjukkan jam 9.30 malam, seharian kami keluar berbelanja. Tentu mereka kepenatan sehingga tertidur. Aku tersenyum sendirian. Whooooa rasanya sudah lengkap untuk aku dan anak-anak. Aku rasa seronok sekali dan aku percaya anak-anak juga rasa seronok.
Semoga raya kali ini lebih bermakna untuk kami. Insyaallah.
Posted at 11:18 am by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, November 09, 2004
Sepinya suasana disini. Sepi setelah ditinggalkan untuk sekian kali. Hati rasa teringin sekali nak mewarnai halaman ini dengan kata-kata - Bahasa Jiwa. Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan. Banyak sangat yang nak aku luahkan tapi bagaimana.... dimana harus aku mulakan? Apakah ayat-ayat yang sesuai untuk aku susunkan.... untuk aku memulakannya
Kata-kata ini pernah aku post di blog aku ini dulu dan aku ingin postkannya untuk kali kedua.... ermmmm sukar untuk aku menceritakan segalanya disini. Bukan aku tak mahu tapi aku malu sebenarnya. Malu pada mata-mata yang menatap. Malu pada hati-hati yang turut sama membaca isi yang diluahkan dari segumpual daging didalam diri ini. Malu pada teman-teman yang mengenali. Tapi.... hari ini... berikanlah aku kebebasan itu teman. Berikanlah aku peluang itu.... kesempatan ini... kerana hari ini, 27 Ramadan 1425H datang hanya sekali. Sekali saja.
Dimalam yang tenang dan syahdu ini... diatas sejadah ku, aku tertidur dan bermimpi akan hari bahagianya. Apabila aku tersedar, aku rasa gembira. Aku percaya inilah petunjuk dariNya untuk ku. Kebahagiaan akan terus menjadi miliknya. Aku ingin sekali dia gembira. Kurniakan padanya kesejahteraan yang berpanjangan. Kekalkan nikmat kasih sayang yang dikecapinya. Hari ini juga hadir untuk sekali dalam hidupnya. Begitu juga aku. Biar aku yang menjadi bulan membakar diri disiang hari asalkan aku bisa menyinar dimalamnya demi kebahagiannya. Semoga kegembiraan, kebahagian, ketabahan dan keluasan rezeki akan tetap mengiringi setiap langkah perjalanan hidupnya.
Akhir sekali, aku ingin menyatakan....
" Setiap orang mempunyai impian.... dan impian itu.... samada menjadi nyata ataupun tidak adalah hak kita sendiri yang bisa membuatkan kita meneruskan kehidupan...."
Posted at 09:29 am by tiffydsickbear
Permalink
Sunday, November 07, 2004
Semalam aku telah menghadiri Ball di Siloso Beach, Sentosa. Tentu kalian tertanya-tanya mengapa aku menghadiri ball.... bukankah lebih elok jika aku menghadiri Qiyamulalil.. dapat pahala terutama di bulan yang mulia ini, bulan Ramadan terutama sekali kita sekarang berada di penghujungnya.
Aduh, teman-temanku.... kamu benar.... tapi ball yang aku hadiri ini bukan ball saperti yang aku selalu hadiri. Ball ini aku dan rakan-rakan adakan untuk mengutip derma untuk kanak-kanak malang dan yang tak berkemampuan. Yup, it is a charity ball. Sesiapa yang ingin menghadirinya kami kenakan bayaran tiket sebanyak SGD240 seorang dan majlis itu dihadiri oleh seratus orang.
Kami juga adakan auction untuk 15 tiket percutian untuk 2 orang. Kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak SGD125,000 dari hasil auction itu.
Tambahan pula, cuaca menyebelahi kami. Cuaca sungguh baik sekali malam tadi. Tidak hujan dan angin yang berhembus dari laut juga tidaklah terlalu panas ataupun dingin kerana aku tak tahan dengan cuaca yang dingin. Kira-kira best lah cuaca semalam.
Kami, yang perumpuan mengenakan ball gown dan lelaki dengan tuxedo dan black tie. Ermmm itu lah juga salah satu sebab mengapa aku balik kl hari minggu yang lepas.... ambil ball gown aku... selain dari menghadiri iftar dan appointments bersama teman-teman. Aku tak nak membazir wang membeli gown yang baru. Lagipun aku suka gown yang ku beli dari Kim yang pernah aku post diblog aku ini suatu ketika dulu. Gown itu belum aku pakai lagi. Jadi bila lagi aku nak tayangkannya.... betul tak..... kerana designnya masih ada ciri-ciri ketimuran, pada mulanya aku bercadang untuk memakainya masa raya nanti tapi tak kesampaian. Nah, sekarang aku ada alasan untuk beli baju raya he he he.... best juga kan... kan... lebih-lebih lagi aku akan bershopping sakan dengan kedua-dua anak-anak ku. Tentu seronok.
Walaupun kepenatan, aku gembira sekali dengan pencapaian kami kali ini. Sekurang-kurangya segala usaha dan penat lelah kami berbaloi dan mudah-mudahan tahun ini ramai kanak-kanak yang akan mendapat manfaatnya. Insyaallah, tahun depan akan kami adakan lagi.
Posted at 06:04 am by tiffydsickbear
Permalink
Saturday, November 06, 2004
Ini adalah petikkan dari blog Krismann, seorang rakan siber yang ku kenali hanya melalu tulisan-tulisannya selain dari photo yang terdapat dialbum sibernya, yang telah memberi aku Anugerah Suhaimi Othman (ASO). Terimahkasih, Mie. Accepted it graciously (I don't take compliments well... and if you kat depan I sekarang nie.... muka merah padam tau... :-)) and THANK YOU for lending me your broad shoulders whenever I need it. You, too, have a great soothing voice and I enjoyed talking to you.
Oops, btw Mie, the kids said "'hi"
| Hello Tiffy |
| Thursday 11.04.04 [3:35 pm] |
Aku menerima SMS lucu ini dari Tiffy semalam:
"Penyimpan mohor Besar Raja-raja telah mengisytiharkan bahawa mereka yang selalu ponteng puasa bolehlah berhari raya pada 11 Nov 04 bersamaan dengan Hari Deepavali!"
Lucu siot, kan?
Aku pun membalas: "Aduh! Tahun ini belum lagi, setakat ini masih bertahan."
Biarlah deepa raya dulu, aku bercadang nak raya dengan orang-orang berpuasa.
Kemudian aku forwardkan mesej itu kepada beberapa orang kawan yang mempunyai langganan tetap kepada apa sahaja maklumat dari aku, benar atau palsu, lawak atau serius. Baru jer hantar pada seorang, ada panggilan masuk dan nama Tiffy terpampang di skrin telefon aku.
Alamak, aku telah mengguris perasaan seseorang ke? Mesej ini ada kod anti-forward-moward atau anti-spam ke? Ini mesti serius kerana ia panggilan jarak jauh, aku di pendalaman Kedahdah dan dia di Singapurapura! Sebelum memicit butang telefon itu aku merancang plan B: kalau apa-apa hal, pura-pura tak dengar dan tutup telefon. Lagi pun aku sedang berada di dalam bas yang bising.
Bismillah! *picit butang* Hello? Hello! Hellooo!
*bunyi bising dalam telefon*
Hel-LO!
*bising luar telefon*
Ada bunyi balasan dari Singapurapura tetapi tidak berapa jelas, jadi aku fikir tutup jer lah telefon ni. Tiba-tiba keluar suara yang lemak merdu:
Miee! Tiff sini. Did you call me just now?
Sedapnya suara dia! Accentnya pun menyenangkan.
Tiffy ini ialah salah seorang rakan siber aku, aku tak tengok batang hidung dia, aku tak pernah dengar suara dia, kami hanya berhubung menggunakan huruf-huruf elektronik. Aku terpegun sebentar sebelum dapat menjawab Tidak; dan aku hanya membalas SMSnya dan sedang mencuba untuk sebarkan kepada orang lain.
Suara lunak merdu itu menjawab:
Oh really? There's something funny going on with our connection then... (or something like det-lah)
Kemudian aku teringat yang ini adalah panggilan jarak jauh. Walaupun ia adalah tersalah sambung oleh kerana masalah teknikal, dan kami belum mengetahui panggilan itu dari siapa kepada siapa; seseorang akan terpaksa membayarnya. Jadi satu langkah drastik terpaksa dilakukan dan aku menjawab:
Yeah but it's OK. Selamat Berpuasa, Tiff!
*bunyi bising dalam telefon*
Tiff?
Ya!
Selamat Berpuasa!
Ya!
Bye!
Bye!
Dan suara lunak merdu dengan accent yang menyenangkan milik Tiffy itu pun lenyap digantikan bunyi enjin dan gegaran bas yang meneruskan perjalanan ke bandar.
We'll talk again sometime, Tiff.
|
| posted by: krismann |
Posted at 08:31 am by tiffydsickbear
Permalink
Thursday, November 04, 2004
Sekadar renungan bersama.....
15 Pintu Syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan Allah
- putus asa daripada rahmat Allah
15 Senjata Menghalang Syaitan
- membaca Bismillah (mejadi kunci pada perbuatan baik)
- banyakkan berzikir
- banyakkan beristigfar
- baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- jangan tidur berseorangan
- baca doa pagi dan petang
- bersugi
- berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- membaca doa masuk tandas
- banyak berselawat pada hati
- bertaubat, beristigfar
- banyakkan baca Al Quran
- membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah Yang Tidak DiMasuki Syaitan
- rumah yang bersih
- penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- senantiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- penghuninya megekalkan silaturahim (senantiasa mesra)
- rumah yang penghuninya berbakti kepada ibubapa
Posted at 07:28 am by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, November 02, 2004
Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan mengongsi bersama sahabat-sahabat dari karangan Ibnu Muhammad "Puasa bersama Rasullah"...
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiam dan membaca kitabNya
Angkatlah tangan-tangan untuk berdoa pada waktu solatmy kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih, Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepadaNya
Wahai manusia, sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada TuhanMu agar tidak pernah menutupkannya bagimu, pintu-pintu neraka ditutup maka phononlah kepada TuhanMu agar tidak pernah dibukakannya bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu maka pintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaiMu.
Posted at 07:27 am by tiffydsickbear
Permalink
|
|