|
Friday, October 01, 2004
Adakalanya sesuatu perkara yang berlaku itu tak dapat di terima secara logik oleh akal manusia. Terutama sekali bila perkara yang terjadi itu dapat mengaburi banyak mata yang melihat walaupun kebohongan jelas kelihatan.
Sukarkah kita untuk berlaku jujur didalam hidup ini? Dan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan kita sanggup melakukan apa saja walaupun ia akan menjejaskan maruah orang lain? Apa yang boleh kita lakukan bila perkara saperti itu terjadi? Patutkah kita berdiam diri saja dan menyerahkah segalanya pada takdir? Adakalanya, itulah yang terbaik. Pasrah dan redha walaupun ia sungguh menyakit.
Disaat-saat inilah kita mula bersahabat dengan masaalah itu sendiri. Didalam proses itu juga, kita dapat melihat sejauh mana keikhlasan seseorang itu terhadap kita. Dengan serta merta, topeng yang selama ini menutup wajahnya jatuh dan kita akan dapat melihat dengan jelas satu lakonan yang terunggul. Walaupun dia dengan keras menafikan segala yang telah ditaburkan keatas kita, dia sempat mengakhiri tabir lakonanya itu dengan "what is s.......?" dan bersorak girang meraikan kemenangannya. Tapi sebenarnya... siapa yang menang?
Posted at 11:45 pm by tiffydsickbear
Permalink
Thursday, September 30, 2004
Akhirnya blog e-sastera ian, krismann dan aku siap. Pada mulanya, aku mengalami banyak juga masaalah - tak boleh register... dah itu tak boleh login, bila dah boleh login, post entry tak cantik.... banyak ruang kosong.... aduuuh dan macam-macam lagi. Alhamdullilah... semua masaalah ini dapat diatasi berkat kerjasama kami bertiga. Dan aku bangga mengumumkan yang setakat ini blog kami dah ada tiga entries. Harap kalian akan berkunjung ke blog kami dan seronok membaca e-novel kami yang pertama. Kami harap di masa akan datang kami akan dapat menghasilkan karya-karya kami tak kiralah dapat bentuk apa saja.
Kepada sesiapa yang ingin mengunjungi e-sastera kami, ini linknya....
http://creativity.tblog.com/
Oops, lupa pula aku nak cerita.... sedang aku bengang mencuba dan mengexplor tblog, lagu "Selagi Ada" nyanyian Ning berkumandang di speaker aku. Secara tak langsung lagu ini telah membakar semangat aku untuk terus mencuba dan mencuba tblog sampai aku boleh post entry aku yang pertama. Jadi sekarang aku dendangkan lagu ini (walaupun suara aku macam katak panggil hujan kah kah kah) untuk kalian.... enjoy....
Telah ku lakukan semuanya kasih
Telah ku korbankan segalanya
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan
Ku tahu kay tak pernah sedia
Ku tahu diriku tak bererti
Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engjau inginkan
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
selagi ada airmata ini mengalir
Kau tetap dihati ini
Cinta mu tetap dihati
Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi
Jika memang cinta tiada lagi (kasih)
Tinggalkan aku sendiri
Tinggalkan cintamu kasih
Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi ku mampu bertahan kasih
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana
Posted at 08:23 pm by tiffydsickbear
Permalink
Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali
Sempena bulan Syaaban ini, aku post wasiat Rasulullah kepada Saidina Alli untuk kita renungkan bersama. Semoga kita dapat manfaatnya...Amin
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
Posted at 12:35 am by tiffydsickbear
Permalink
Wednesday, September 29, 2004
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 30hb September, 2004 (selepas magrib pada hari14 Sya'aban 1425H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH
Posted at 10:35 am by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, September 28, 2004
Langkah Mencapai Kejayaan
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya saperti berikut:
1. WUJUDKAN KEINGINAN ANDA SETINGGI MUNGKIN
Keinginan tersebut mestilah yang benar-nebar anda perlukan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua sebab mengapa anda mesti mencapai matlamat anda itu. Nyatakan juga faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai matlamat anda itu. Apabila senarai anda itu menjangkau 50 hingga 100, anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala!
2. TULISKAN MATLAMAT-MATLAMAT ANDA
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. ini penting kerana dengan berbuat demikian ia akan menjadi perkara yang lebih penting pada anda. Dengan berbuat demikian, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.
3. TETAPKAN BILA DAN DAD MASA PENCAPAIAN MATLAMAT ANDA
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanging dengan apa yang anda inginkan dan kira berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.
4. TANGANI HALANGAN
a) Kenal pasti halangan-halangan yang perlu anda atasi
b) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan-bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
5. BUAT PERANCANGAN
Anda mesti melihat kehadapan untuk bergerak maju! Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4 - RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda, optimumkannya, sempurnakannya.
Ingatlah pesanan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: "The best way to predict the fture is to create it". Tidak ada siapa manusia yang akan mampu menghalang usaha anda untuk berjaya melainkan diri anda sendiri.
6. GAMBARKAN PADA MINDA ANDA
Letakkan satu studio filem di minda anda! Bayangkan satu gambaran mental yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang, berkali-kali difikiran anda. "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" - Cecil B DeMille
7. BAKI 90% ADALAH USAHA DAN KEAZAMAN
Sokong rancangan anda dengan keazaman (resolve) dan semangat tidak mengenal putus asa (persistence). Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Janan berangan-angan sahaja tetapi lakukanlah tindakan-tindakan saperti yang dijelaskan. Insyaallah, dengan keazaman dan disiplin yang tinggi anda akan lebih berjaya.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu - peribahasa Cina
KESIMPULAN
Anda adalah pengemudi kehidupan anda. Tiada siapa yan lebih bertanggung jawab terhadap diri anda kecuali diri anda sendiri. Andalah yahng mencorakkan nasib hidup anda. Anda telah diberi oleh Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha berkuasa satu alat yang tidak ternilai harganya iaity minda anda. Tidak ada siapa yang boleh menghalang keinginan anda untuk berjaya kecuali anda sendiri.
Posted at 11:39 pm by tiffydsickbear
Permalink
Sunday, September 26, 2004
Manfaat Surah Yassin...
RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin karena ia mengandung keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13.Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Posted at 05:00 pm by tiffydsickbear
Permalink
Saturday, September 25, 2004
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak mendengar
Namun senantiasa bergetar
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak buta
Namun senantiasa melihat dan merasa
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak menyeksa
Namun senantiasa diuji
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak memaksa
Namun senantiasa berusaha
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak cantik
Namun senantiasa menarik
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak datang dengan kata-kata
Namun senantiasa menghampiri dengan hati
Jika ia sebuah cinta
Ia tak terucap dengan kata
Namun senantiasa hadir dengan sinar mata
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hanya berjanji
Namun senantiasa cuba memenangi
Jika ia sebuah cinta
Ia mungkin tidak suci
Namun senantiasa harmoni
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir kerana permintaan
Namun hadir kerana ketentuan
Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Posted at 01:11 pm by tiffydsickbear
Permalink
Friday, September 24, 2004
Dari posting aku yang lalu, ramai yang tertanya-tanya Tiff dah ada anak? Yep, aku dah ada anak - 2 orang. Aku telah mengambil anak angkat. Mereka dua orang adik beradik dan yatim. Kehilangan ibubapa.
Pertama kali berjumpa mereka, satu perasaan yang tak pernah aku rasakan melonjak-lonjak dalam diri. Suka sekali dengan mereka dan ingin bersama mereka selalu. Setiap kali aku ke Singapore, aku mesti nak jumpa mereka. Aku rasa senang sekali menghabiskan masa dengan dua beradik ini sehinggakan aku mengambil keputusan untuk adopt mereka. Keluarga aku tak berapa setuju dengan tindakan aku. Bukan kerana mereka tak suka pada budak-budak tapi mereka lebih bimbangkan aku - samada aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal sedangkan aku belum lagi berumahtangga. Lagipun kerja aku memerlukan aku kesana sini berhari-hari dan kadang-kadang berminggu-minggu. Mereka bimbangkan keadaan anak-anak aku nanti. Mereka juga lebih suka kalau aku kawin saja dan punya anak sendiri. Tapi aku belum mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan naluri aku lebih kuat untuk mengambil mereka sebagai anak-anak ku.
Setahun aku berulang alik ke Singapore untuk menguruskan pengambilan anak angkat ini. Berbagai-bagai persoalan timbul termasuklah keluarga dari pihak anak-anak ku tapi aku tetap yakin dan lebih berdegil dengan keputusan aku. Akhirnya, aku berjaya mendapatkan hak keatas mereka. Aku benar-benar bersyukur pada Ilahi keatas kurnianya. Bukan itu saja, aku juga secara tak langsung mengeratkan silaturahim antara keluarga aku dan keluarga mereka. Best kan?
Posted at 11:55 pm by tiffydsickbear
Permalink
Wednesday, September 22, 2004
Sepinya suasana malam ini. Hati rasa teringin sekali hendak mewarnai halaman ini dengan kata-kata. Bahasa jiwa. Banyak sebenarnya yang hendak aku ceritakan. Sangat banyak yang hendak diluahkan. Tapi aku semacam hilang punca. Ayat yang bagaimana yang mesti aku susun sebenarnya.
Aku tahu bukan mudah untuk menceritakan segalanya di sini. Bukan aku tak mahu tapi aku tak tahu bagaimana dan dari mana harus aku mulakan. Tapi hari ini akan aku luahkan rasa itu teman agar aku dapat memberikan mereka sedikit kegembiraan. Kurniakan pada mereka kesejahteraan yang berpanjangan. Kekalkan nikmat kasih sayang yang dikecapi mereka sekali pun adakalanya mungkin payah untuk mereka mendapatkannya. Semoga untuk tahun-tahun yang akan datang, ketabahan tetap mengiringi setiap langkah perjalanan kehidupan mereka. Anak-anakku, Muhammad Amirul Hayat dan Nur Haziqah.... engkaulah kekuatan ku.... umi sayang pada mu...
Dia
Biarkan dia tahu erti hidup
Biarkan dia kecap nikmat hidup
Berikan peluang dia terus menghirup
Udara kegembiraan dan kasih sayang
Meski tanpa pipi ibu dan ayah untuk terus dikucup
Dia
Biar dia tahu ertinya susah
Kelak dia akan belajar makna tabah
Tidak nanti dia mudah melatah
Bila sesekali dirinya rebah
Menyembah tanah
Menelan sumpah seranah
Dulu
Dia masih belum tahu
Dia masih cetek ilmu
Nanti
Moga suatu hari
Akan ada yang bisa
Memberinya kasih sayang
Melimpahi dirinya kebahagiaan berpanjangan
Menabur dirinya dengan cinta dan keikhlasan
"hargailah kasih sayang ini kerana ikatan hati ini cuma kita yang mengerti..."
Posted at 06:27 pm by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, September 21, 2004
Setelah apa yang terjadi pada hujung minggu lepas, aku terasa sangat di sayangi oleh Yang Mana Kuasa. Terasa seolah-olah malaikat perambang maut telah melindungi aku dari terus dimakan oleh gaung yang dalam itu.....

Aku ingin sekali bersayap dan terbang bebas di angakasa luas ciptaan Yang Maha Kuasa agar aku juga dapat melindungi yang memerlukan....
Posted at 11:28 pm by tiffydsickbear
Permalink
|
|