|
Thursday, September 16, 2004
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
Posted at 05:09 pm by tiffydsickbear
Permalink
Tuesday, September 14, 2004
Analisa Sebuah Persahabatan
Allah Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia berpuak-puak dan pelbagai bangsa untuk mereka lebih kenal mengenali antara satu sama lain. Sudah menjadi fitrah alam, manusia tidak hidup sendirian. Mereka dikelilingi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dalam memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah" (mafhum al Quran). Islam telah menggariskan seseorang yang bersahabat dengan seseorang yang lain adalah kerana beberapa tujuan tertentu. Diantara tujuan-tujuan tersebut ialah :
a. Seseorang yang bersahabat kerana zat sahabatnya seperti cantik paras rupa. Persahabatan ini tidak akan menguntungkan dalam pembentukan peribadi kerana paras rupa suatu yang baru dan akan berubah mengikut peredaran masa.
b. Seseorang yang bersahabat kerana maslahat (kepentingan) di dunia.Persahabatan dalam kategori ini akan bersahabat semata-mata untuk mendapat nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat sahaja.
c. Seseorang yang bersahabat kerana maslahat (kepentingan) di akhirat. Persahabatan ini adalah untuk akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu untuk mendapatkan ilmunya supaya mudah beribadat kepada Allah dan mengikuti segala suruhan-Nya. Golongan ini akan mendapat keuntungan di dalam hidupnya dan golongan ini diibaratkan seperti orang yang menghadiri majlis ilmu. Walaupun tidak mendapatkan keseluruhan ilmunya tetapi sedikit ilmu yang didapatinya sudah mampu untuk dijadikan panduan hidupnya.
d. Seseorang yang bersahabat kerana Allah. Allah telah memerintahkan supaya di antara hamba-hambaNya hendaklah ada yang kasih mengasihi seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan sentiasa hampir dengan Allah. Bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak iaitu :
1. Pemerintah yang adil. 2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah. 3. Seorang lelaki yang hatinya sentiasa tergantung dengan masjid. 4. Dua orang yang bersahabat dan berbuat kebajikan kerana Allah. 5. Orang yang ingat kepada Allah di waktu sunyi hingga mengalir air matanya. 6. Lelaki yang menolak ajakan perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan untuk melakukan maksiat. 7. Lelaki yang bersedekah dengan tidak menghebahkannya kepada orang lain." (mafhum hadis).
Dan dalam memilih sahabat, Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu kerana seseorang itu akan dinilai melalui siapakah sahabatnya. Seterusnya sahabatnya dapat menjadi cermin bagi dirinya dan begitulah sebaliknya. Untuk mencari sahabat yang dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna, ikutilah syarat-syarat berikut :
a. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakal kerana bersahabat dengan orang yang jahil atau kurang akal akan menjerumuskan diri kearah keburukkan seperti seseorang yang sabar akan menjadi cepat marah atau sebagainya.
b. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia kerana sahabat yang berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya: "Jika engkau ingin bersahabat, carilah sahabat yang boleh membantu di waktu kesusahan, yang boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yang dilakukan, yang menolong di waktu kesempitan, yang akan membalas kebaikanmu dengan kebaikan juga, yang membenarkan katamu selagi engkau berkata benar dan yang akan menyebelahimu apabila berlaku perbalahan".(mafhum riwayah) Dan kerana itu jugalah Jaafar As-Siddiq r.a berkata : "Janganlah engkau bersahabat dengan lima golongan ini iaitu orang yang banyak berdusta, orang yang kurang akal, orang yang kedekut, orang yang penakut serta orang yang fasik. (mafhum riwayah)
c. Hendaklah bersahabat dengan orang yang baik hati dan beragama iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Islam menegah bersahabat dengan orang yang fasik kerana akan menyebabkan seseorang itu akan meringankan perbuatan maksiat dan tidak berusaha menegah perbuatan tersebut apabila berlaku di dalam masyarakat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang itu akan mengikut agama kekasihnya dan mengikut akhlak sahabatnya, maka tiliklah siapakah yang engkau akan jadikan sahabat dan kekasihmu itu". (mafhum hadis)
d. Hendaklah bersahabat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dilarang bersahabat dengan ahli bid`ah seperti ahli Muktazilah kerana ia merosakkan agama, sedangkan berpegang kepada ajaran agama adalah satu kemestian dan tiada tolak ansur dalam perkara menolak kerosakan agama ini.
e. Hendaklah bersahabat dengan orang yang tidak condong kepada kemewahan dunia yang berlebih-lebihan (zuhud). Bersahabat dengan orang yang hanya memikirkan dunia akan menyebabkan kita melupakan agama dan kehidupan akan datang di akhirat kelak. Akhirnya akan memberi kemuliaan di dunia yang tiada kesinambungannya dengan akhirat.
f. Hendaklah bersahabat dengan orang yang benar, cerdik, amanah dan banyak berzikir kepada Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Janganlah kamu ikuti orang yang kosong (lalai) hatinya daripada mengingati. Aku dan orang yang mengikut hawa nafsunya sahaja".(mafhum)
Adab-adab Bersahabat
a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.
b. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.
c. Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.
i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis. Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya : "Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama` kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumi subur apabila dibasahi hujan". (mafhum riwayah)
Mutiara Kata
" Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " (QS. 65:3)
Posted at 07:47 pm by tiffydsickbear
Permalink
Monday, September 13, 2004
Sebenarnya banyak yang ingin aku tulis tapi aku tak tahu dari mana nak mulakan. Semuanya, pada aku, penting cuma waktu tak ketepatan. Aku ingin bicarakan lagi tentang rajuk ku dengan mama dan baba, tentang abang dan kakak aku yang cuba membawa aku ke realiti, anak-anak angkatku, impianku, new york, anak kris - penyanyi/muezzin dan lagi, lagi, lagi termasuk juga pelangi. Ermmm aku rasa saat ini aku lebih senang membicarakan tentang pelangi....
Ketika memandu pulang ke Singapura, aku temukan pelangi ketika hampir di Air Keroh. Sungguh cantik sekali... aku berhenti sekejap untuk menikmati keindahan tuhan ini. Sudah lama aku tak melihat pelangi. Teringat pula salah satu posting kris tentang bintang-bintang yang berjuntaian dilangit dan kali ini giliran aku pula....
Pelangi mempunyai tujuh warna - merah, oren, biru, kuning, hijau, ungu, indigo dengan maknanya yang tersendiri. Tapi.... benarkah warnanya hanya tujuh? Angka tujuh dipercayai sebagai satu angka yang istimewa - tujuh hari didalam seminggu, tujuh lautan, tujuh benua dan banyak lagi......
Warna-warna pelangi seolah-olah tersusun rapi diatas satu sama lain jika dilihat dengan mata kasar saperti kuih lapis yang berwarna warni tetapi aku juga difahamkan bahwa warna pelangi ini sebenarnya banyak dan ia tergantung pada orang yang melihatnya. Ada orang hanya dapat melihat tiga warna saja sementara yang lain melihat lebih dari tujuh malah ada juga yang melihat warna pelangi ada berjuta-juta. Anehkan?
Sekali imbas bila kita melihat warna pelangi, ia selalunya bermula dengan warna merah dan diikuti oleh warna ungu. Cahaya, tebal lapisan dan saisnya tergantung pada sudut mana waktu seseorang itu melihatnya. Misalnya, jika seseorang itu melihatnya dari kaki langit, dia akan melihat warna merah dulu berbanding dengan orang yang melihatnya dari atas. Menarikkan cara pengerakkan mata kita melihat? Secara kasar, mata kita hanya melihat apa yang kita mahu lihat.
Pada aku manusia dan kehidupan juga saperti warna pelangi. Selalunya kita hanya melihat seseorang ataupun sesuatu perkara dari satu sudut lantas membuat kesimpulan. Jarang sekali kita melihat dari berbagai sudut sebelum membuat keputusan. Walauapapun, terpulanglah pada kematangan seseorang itu ketika membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.
Posted at 07:35 pm by tiffydsickbear
Permalink
Saturday, September 11, 2004
Tak sangka siang tadi aku terserempak dengan Yen diBalai Seni Lukis Negara. Dia dengan girangnya mengajak aku makan siang dan menemaninya membeli belah. Memandangkan tak ada apa yang aku perlu buat, aku ikut saja cadangannya. Setelah dia membeli apa yang dia hajatkan, kami ke*****.
Tiba-tiba mata ku terpandang sesusuk tubuh yang sangat aku kenali - seorang teman. Kami jarang berjumpa hanya sekali sekala bertanyakan kabar masing-masing melalui sms ataupun talipon. Ermmm tak sangka akan terserempak dengannya disini. Ketika kami berbual ditalipon tadi, tidak pula dia menyebut akan kesini bersama seseorang. Sudah dua minggu berturut-turut aku terlihat dia bersama gadis itu. Ermmm nakalnya dia... dia sudah pandai berahsia dengan aku... Patutlah sejak kebelakangan ini dia sangat sibuk dan asyik bercerita tentang kawin. Rupa-rupanya..... Aku tersenyum. Aku gembira melihatnya bersama gadis itu. Cantik orangnya. Semoga apa yang dia impikan akan menjadi kenyataan. Insyaallah.
Entah mengapa, adakalanya idea aku untuk menulis datang bergolek selepas berbual/melihat dia. Pernah dulu aku menulis sebuah sajak yang agak lucu setelah berselisehan pendapat dengannya. Sajak itu aku hantar ke satu peraduan sajak dan tanpa aku duga, aku memenangi hadiah saguhati. Hadiah itu aku kongsi bersama dia.
Bertemu dia siang tadi, memberi aku idea untuk berkarya tapi agak jiwang sikit. Ermmm tak kisahlah. Ia hanya satu fragmen diantara fragmen-fragmen yang ada difikiranku. Aku tak tahu bagaimana nak dikategorikan fragmenku ini... cerpen? ermm rasanya tidak.... mungkin kalian boleh tolong aku mengategorikannya...
Bukan malam yang menghancurkan seluruhnya. Perasaan itu semakin mendalam dan seakan tidak mahu keluar dari jantung hatinya. Dia mahu membisikan sayang namun apa yang dapat dia luahkan cuma terdengar saperti angin yang menderu saja. Adakalanya dia sendiri tidak dapat menangkap suaranya sendiri.
Malam ini tetap saperti malam yang sering datang bertamu. Kalau dia menolak kedatangan malam, malam tetap datang juga.... berkunjung setelah penat siang menjelmakan diri.
Dia merenung jauh ke luar jendela kamar. Ada angin lembut yang membelai halus tubuh kurusnya... terasa saperti tangan seseorang yang mengusap pipinya dengan lembut dan merebahkan kepala kedadanya. Dia seakan sedang membelai wajah yang ingin bermanja dengannya sedangkan wajah itu sebenarnya adalah dirinya sendiri. Dia yang tetap keseorangan dalam menghitung saat yang datang dan pergi... membiarkan hatinya terpilir dengan segala keresahan yang semakin menampakkan wajah.
Masih terngiang-ngiang ditelinganya usikan teman-teman apabila mengetahui orang yang tegar hati tiba-tiba jatuh cinta.... terpanah oleh cinta yang sangat dalam... menusuk terus kejantung hati dan meninggalkan dia satu rasa yang begitu halus dan indah sekali walaupun kadang-kadang amat menyakitkan juga apabila teronar dengan karenah bunga-bunga cinta.
Dulu engkau mengejek orang yang bercinta. Katamu cinta itu buta dan cuma mainan rasa orang yang bodoh hatinya tetapi apabila diri sendiri sudah jatuh kedalam perangkap cinta.... Nah! Sekarang rasakan sendiri bertapa pantasnya gelombang cinta itu menderu. Itulah yang dibisikkan oleh teman-teman. Mereka mahu melihat sejauh mana aku bakal digegarkan oleh onah cinta yang baru melekat dihatiku. Kebenaran mereka memang amat menyentuh sekali kerana seusiaku aku tidak pernah jatuh cinta.... tidak pernah menagih cinta.... tidak pernah merayu cinta... Ada apa dengan cinta... itulah yang selalu aku bertanyakan pada teman-teman yang seringkali terikat dengan cinta yang silih berganti.
Kalau kau bercinta kau akan tahu bagaimana cinta itu dapat memutarkan seluruh kehidupanmu. Aneh! itulah yang aku rasakan sekarang. Walaupun malam semakin dingin dan sepi, aku mula merasakan hangatnya cinta berkumandang didalam dadaku.... membasahi seluruh hati dengan bisikan rindu yang amat dalam dan aku melambung tinggi didalamnya.
Setiap malam aku mula mengenangkan saat-saat manis yang dihabiskan bersama. Aku seolah-olah tidak pernah jemu dengan setiap minit yang berlalu itu dengan menyebut dan menyeru namanya.... rindu seakan menjadi teman yang semakin erat... mata itu aku tatap dengan penuh kasih dan sayang... bibir yang senantiasa menguntum senyum.... setiap kali mata bertentangan ia saling memberi harapan... hidup senantiasa terhidu bau wanginya kasih sayang itu sendiri... tangan seakan tidak pernah mahu berhenti membelai.... lebih-lebih lagi hati yang bermandikan darah dan air yang ada dalam urat-urat tubuh seakan-akan ikut bercinta dengan penuh harapan serta memberikan geteran-getaran yang amat kuat setiap kali berdekatan, bersentuhan.... seakan ada gendang yang senantiasa menarikan lagu debaran demi debaran.... menggetarkan kalbu seakan-akan membangkitkan keghairahan untuk terus berdekatan. Kadang-kadang ingin aku menjerit..... "mati pun aku rela demi cinta ini.... kalau aku benar-benar jatuh cinta... mati pun aku sanggup kerana cinta aku seakan hidup...." sudah lama jiwa aku mati dalam kepasrahan dalam memburu apa yang tak pernah pasti.
Memang aneh orang yang sedang dimabuk cinta. Segala yang dilakukan seakan tidak pernah mahu berhenti disitu saja dan malamlah yang menjadi mangsa keluh kesah menanti siang.
Ku pandang bulan diangkasa seakan purnama penuh. Sinarnya amat terang dan mendamaikan jiwa. Didepan ada sebatang pokok kenanga hutan yang sedang berbunga dengan lebat dan baunya seakan mencelah-celah berlari bersama bayu ribut, tiada petir, tiada angin kencang yang mahu mengacau... semuanya serba tenang dan mendamaikan rasa dan jiwa. Bintang-bintang berjuntaian diangkasa saperti lampu kelip-kelip yang dipasang ketika dimusim raya.
Aku teringat pada senyumanmu yang menggambang apabila pertama kali kita bersua. Matamu seakan malu untuk bertatapan, engkau seakan menyembunyikan seluruh rasamu kedalam hatimu sendiri namum mataku semakin nakal meratah apa yang ada dihadapanku.... aku adalah pencinta keindahan dan aku memang menyintai apa saja bentuk lukisan yang cantik.... lebih-lebih lagi satu-satunya yang kita cinta itu lakaran yang hidup dan tidak mati.
Kau tinggi kurus... memang sederhana tetapi entah kenapa nampak terlalu indah dimataku. Ajaibnya rasa itu... Engkau pemalu tetapi peramah. Katamu engkau tidak saperti apa yang aku inginkan tetapi bagi ku engkau adalah segala-galanya untukku. Mati pun aku rela kerana aku benar-benar mencintaimu.
Teman-taman mengejekku... mengapa kau yang aku pilih sedangkan aku punya banyak pilihan dihadapanku yang lebih indah dan menarik dari mu. Itulah kuasa cinta yang tidak mengenal erti batasan rasa. Aku beruntung kerana engkau pilih dan engkau beruntung kerana aku yang memilih. Kita tidak pernah terpilih, memang aku tahu engkau pernah jatuh cinta dan seringkali engkau tersungkur dan ditinggalkan dalam luka yang parah... dan orang saperti akulah yang seringkali melukakan dan meninggalkan orang yang jatuh cinta dengan aku. Kita tidak pernah menjanjikan jalan untuk hidup bersama kerana orang saperti aku sukar untuk dirantai dengan satu ikatan. Aku suka bebas dan lepas dari belenggu tanggung jawab tetapi engkau tetap menurut. Katamu biar masa yang menentukan perhubungan kita. Masa bukan musuh kerana cinta adalah kebenaran dan ketulusan. Kita tidak perlukan janji manis... tidak perlukan ikatan kerana cinta sejati tidak dibicarakan dibibir hanya dihati dan ia hanya boleh didengar oleh hati yang tertentu.... kita yakin malam adalah saksi akan cinta dan kasih sayang ini... tetapi sampai bila engkau mahu mengikut arus ku? Aku sendiri pun tidak tahu.
Dan malam ini aku tertinggal dengan janji.... engkau tiba-tiba pergi tanpa salam dan pamit untuk pergi.... dan malam itulah permulaannya aku membiarkan hatiku... menghambakan diri pada laut rindu yang tidak bertepi... pada angin sayang yang tidak henti berhembus.... pada ribut cinta yang senantiasa garang meratah kesepian hati yang tertinggal sendiri.....
Posted at 11:55 am by tiffydsickbear
Permalink
Friday, September 10, 2004
Selepas solat zohor, aku terus memandu keKL. Ermmmm tak sabar rasanya nak tengok dejavu. Semasa memandu di lebuhraya, hujan turun dengan lebatnya setelah perhentian Machap. Agak sukar untuk memandu.... tak dapat melihat apa-apa dihadapan.... hanya curahan air hujan saja.
Alhamdullilah, cuaca sebelum diNilai tak hujan. Dapatlah aku memandu dengan jelas sehingga sampai ke rumah orang tua ku. Mama terperanjat melihat aku balik. Baba tak pula kelihatan. Dia tak sangka aku pulang hari itu kerana aku baru saja pulang minggu lepas. Aku pun beritahu mama yang aku pulang semata-mata nak menonton dejavu. Aku juga beritahu mama minggu hadapan aku akan pulang sekali lagi kerana menghadiri seminar di... ermmmm Cameron Highlands ataupun Fraser Hills. Aku tak berapa ingat tempat seminar itu akan diadakan.
Mama: Kan elok klau minta tukar semula keKL nie. Tak susah nak balik klau ader aper-aper
Aku: Alaaah ma. Sama jer... KL ngan Singapore tue bukanler jauh sangat... klau dulu pilih New York.. haah lagi jauh... lagila tak dapat nak balik slalu camnie...
Mama: Iyerla... tapi klau kat sini kan lagi elok... tak penat nak memandu ulang alik ke sini...
Aku: Tapikan ma, tahun depan ataupun lagi satu mungkin kena gak tukar ke New York kot. Si Elke nak behenti... nak ikut husband dier... mungkin husband dier kena gi Dubai. Soooo, klau tak der sapa yang nak pegi New York, mungkin David akan tanyer orang lagi. Kali nie bolehla orang pegi ya ma
Mama: Macam maner kau kat sana nanti... sapa nak tengok-tengokkan kau...
Aku: Alaaah ma... taulah orang jaga diri sendiri...
Baba (tak tahu dari mana): ermmm sudahla tue tak payah nak pegi.. dari nak tukar ke New York lebih baik minta jer tukar kat KL nie.. sekarang nie dok kat Singapore jer dah pening pala mama ngan baba pikirkan pasal kau... keje dahla busy ngan projects/seminar, blajar blum abis... dah ambik course lain... nak anak, nak buka klink... ermmm macam-macam kau nak... jangan plak nanti sumer terabai... tak terpikul... mendatangkan masaalah lagi ader...
Dengan serta merta suhu darahku memuncak... Aku terus mencapai kunci kereta dan memandu tanpa tujuan. Entahla..... Aku tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini aku mudah tersentuh padahal aku adalah seorang anak yang agak menurut kata walaupun keras hati. Aku tak tahu mengapa aku jadi begini. Mereka hanya menegurku. Semua yang mereka katakan itu memang ada kebenarannya. Tapi mereka juga perlu faham kehendak hatiku.... aspirasiku... selama ini aku selalu menurut kehendak mereka kecuali.... kawin. Yang itu aku belum boleh lakukan kerana aku belum bersedia.
Walaupun aku diberikan kebebasan, pengerakkan aku selalu diawasi... bukan saja dari mama dan baba tapi dari adik beradik aku yang lain juga. Itu tidak boleh, ini tidak boleh... mengambil bidang yang aku tak minat semasa di uni dulu tapi terpaksa dan belajar mencintai bidang itu... Aarghhhh bosannya.... Mengapa tiba-tiba jiwa aku memberontak?
Tanpa aku sedari, sudah tiga kali aku mengelilingi pusat bandar. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bermalam dihotel saja. Aku menghantar pesanan ringkas pada kakak agar mama dan baba tidak risaukan aku.
Posted at 11:54 pm by tiffydsickbear
Permalink
Wednesday, September 08, 2004
Whoaaa.... Gembiranya aku.... Tadi pensyarah aku sms - praktikal hujung minggu nie dibatalkan. Yeeeaaah! Ermmm macam dia tahu saja aku nak tengok "Dejavu". Aku harap aku dapat tiket untuk pementasan hujung minggu ini. Tak sabar rasanya nak balik....
Dejavu here I come....
Posted at 11:47 am by tiffydsickbear
Permalink
Sunday, September 05, 2004
| Title: |
Dejavu |
|
| Venue: |
Istana Budaya |
|
Jalan Tun Razak, 50694, Kuala Lumpur |
|
Mon–Thu: 9am-7pm, Fri: 9am-12pm, 3pm-7pm, Alt. Sat: 9am-7pm, Sunday/Public Holidays: 2pm-7pm |
| Date & Time: |
Sept 10 - 19, 2004 (8.30pm) |
| Tickets: |
RM20, 30, 50, 70, 100. 20 % discount for students, pensioners & disabled |
| Ticket Contact: |
03-40255932 |
| Synopsis: |
Dejavu showcases the outcasts of Malaysian society; the immigrants, hookers and homosexuals. The main character, Narti, an Indonesian maid, is played by Ogy Ahmad Daud. Serina Redzuawan plays Rohana, a woman who has had dejavu experiences, while Rozie Rashid plays Ustazah Salmi, Nora's deeply religious friend. Then appears Safura Ya'acob, who plays Nora, a GRO. Directed by Siti Rohayah Attan. |
Uaargh sedih aku... awal tahun ini aku tak dapat tiket untuk menyaksikan pementasan ini sebab tiket dah habis. Kali ini pementasan diadakan di Istana Budaya dari 10 - 19 Sept dan sekali lagi aku tak dapat menyaksikannya. Mengapa? Timing is not right...... Aku tak dapat balik sebab sibuk dengan praktikal. Inilah yang tak bestnya kalau menjadi "Malaysian Abroad" missing little things that you love to do.
Pementasan awal tahun ini diadakan di Malaysian Tourism Centre dari 24 - 29 Jan. Aku ingat betul sebab aku balik hujung minggu itu hanya untuk menyaksikannya selain dari ingin melihat Ogy Ahmad Daud berlakon semula setelah bersara. Tapi hampa.... tak dapat tiket - sudah habis dijual. Aku juga difahamkan oleh member aku yang pementasannya "sold out" setiap malam. Wah! Hebatkan?
Biar aku cerita sedikit tentang "Dejavu" ini agar kau tahu mengapa aku ingin sekali mennyaksikannya.
Dejavu mengisahkan sebuah daerah tempat pesalah dibuang daerah. Lokasi tempat kejadian adalah penghujung rumah murah berhampiran rumah kongsi yang sudah tidak digunakan lagi.
Rumah kongsi itu dihuni oleh sepasang suami isteri pendatang Indonesia yang cerdik pemikirannya kerana mereka bekas lulusan universiti iaitu Narti dan Yanto. Pasangan ini sebenarnya rindukan kampung halaman mereka dan berasa amat rendah diri sebagai pendatang. Jiran mereka pula adalah tiga wanita dari pelbagai status sosial - Nora (GRO), Salmi (Ustazah) dan Rohana (pelajar universiti).
Rohana sering dihantui mimpi yang menjadi dejavu kepada dirinya. Dia mendapat isyarat yang agak buruk mengenai tempat itu tetapi tidak dapat mentafsirkannya. Sebaliknya, ia menjadikan Rohana emosional dan tidak ketentuan.
Rohana juga sering memandang rendah kepada Nora dan selalu menghinanya. Penghinaan itu tidak dipedulikan Nora. Hubungan mereka saperti biasa sehingga mereka didatangi perompak yang cuba memperkosa mereka.
Pada aku "Dejavu" ini menampilkan isu-isu semasa yang tiada kesudahanya (rindu pada kampong halaman, konflik penyesuaian diri, imej GRO, perompak) yang dihadapi oleh semua orang, masyarakat dan negara. Isu-isu yang kita anggap biasa tapi masih tetap relevan dan kita masih lagi boleh mempelajari sesuatu darinya.
Posted at 09:08 pm by tiffydsickbear
Permalink
Liza: Alaaah kak tiff klau tengok dia mesti kak tiff jatuh cinta. tengok dulu, ok.
Aku: Akak tak nak la Liza. Liza sendiri pon tahukan... akak klau berkenan tak per klau tak... ish susahler...
Liza: Alah tengok jer dulu. kim dan miss wong pon stuju ngan liza. yang nie memang your taste. kak tiff datang ya... tengok dulu lah. klau tak berkenan tak per tapi klau berkenan... arh lagi best! datang tau. kitarang tunggu ok.
Liza begitu yakin yang "dia" itu memenuhi citarasa ku dan aku akan jatuh cinta dengannya. ermmm Liza memang begitu... tak pernah lupakan aku walaupun aku jauh diselatan. Dia sanggup menalipon aku dan mengabarkan kepada ku setiap kali dia bertemu dengan yang dirasanya memenuhi citarasaku. Tapi tidak dinafikan yang dia, wong dan kim juga pernah tersilapdidalam penilaian mereka.
Hari itu aku memenuhi permintaan Liza. Aku berjanji untuk bertemunya di**** bersama Wong, Kim dan "dia". Aku sekadar memenuhi permintaan mereka dan yakin sekali pertemuaan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepadaku. Lagipun, aku free hari itu... tak ada apa yang perlu aku lakukan selain dari makan malam bersama Siti dan Januri.
Liza sangat gembira bertemu aku. Biasalah aku ini memang "kakak" kesayangan dia. Pantas bibirnya tersenyum bila melihat aku. Dia mengisyaratkan aku supaya tunggu sebentar. Kim dan Wong tak kelihatan pula. Aku duduk disofa tapi sebentar saja. Aku bangun dan melihat sekelilingku. Manalah tahu kot aku terjumpa dengan dia. Tiba-tiba aku terpandangkannya tatkala dia keluar dari kamar itu. Memang benar kata Liza. Dia memenuhi citarasaku. Dia memang sungguh menawan dan mempersonakan. Aku tak dapat melepaskan pandanganku terhadapnya. Aku ingin sekali menyentuhnya. Tak sabar rasanya. Memang dialah yang aku cari-cari selama ini. Bukan tak ada yang seiras tapi ada saja yang tak kena. Aduh aku tak sangka akan berjumpanya disini. Dengupan jantungku semakin pantas. Begitu juga langkah kakiku.
Aku mencapai lenganya dan membawanya kepipiku. Aduh lembutnya..... lantas aku mengusap bahunya.... dadanya...
Liza: kan liza dah kata... mesti kak tiff jatuh cinta punyer...
Terasa saperti aku berada di awang-awangan. Aku hanya mengangguk saja. Tiada kata-kata yang dapat aku lafazkan. Aku masih terpaku, terkaku dan apa juga yang "ter" dengannya. Tanpa segan silu, aku dekatkan dia didadaku. Aduh...
Wong: Yala... maser kitarang tengok saja ari tue... we all said... arh.. yang tue memang tiffany punyer...
Aku tersenyum saja dan tanpa menghiraukan mereka aku membawanya pergi. Sebentar kemudian, aku kembali bersamanya....
Aku (sambil mengusapnya lagi): It's perfect! This is what I've been looking for.... Thank you people..
Kim: Ok. Klau camtue we can close the deal.
Aku: Eh! Kim nanti dulu...
Kim: Alah Tiff..... kau tak payah pikirla. Close the deal first. Tang tue.. tak payah risau....
Aku: Tapi Kim...
Kim: Alah tak payahla tapi tapi aku tahula nak buat macam mana nanti. Dah pegi masuk dulu. nanti kita bincang...
Liza: Iyerla kak tiff. tak payah pikirla. terima saja. Susah tau nak jumpa lagi yang camnie...
Wong: yala very difficult to find. Klau you tak nak ada orang yang nak tau
Aku tersenyum. Mereka memang baik dan semakin bijak menilai citarasaku. Tanpa berlengah lagi aku membawanya pergi sekali lagi. Sebentar kemudian aku dan Kim memulakan perbincangan kami. Dia memang sungguh menawan dan aku tidak terdaya memilikinya. Tapi aku juga tak menyangka yang Kim sanggup bertolak ansur.... mungkin ini yang dinamakan takdir.... akhirya aku berjaya memilikinya.... My beautiful, soft, flowing evening gown......
Posted at 10:42 am by tiffydsickbear
Permalink
Saturday, September 04, 2004
Semalam aku menonton PGL. Aku akui ia adalah epik cinta yang hebat. Pada aku, PGL adalah sebuah filem yang telah digarap dengan baik selain dari menampilkan para pelakon yang hebat dengan lakonan mereka yang mantap, jalan cerita, dialog sehinggakan the smallest details saperti rumput yang ditanam untuk memberi pemandangan yang tepat ataupun pengerakan tarian jawanya cukup mempesonakan. Tapi aku tak mahu menyentuh itu semua. Sebaliknya, ketika aku menonton PGL ini yang aku temukan....
Sering kali kita ini terlalu takut untuk jatuh dan terluka sehingga adakalanya kita lebih cenderung untuk menunda langkah kita dan menutup diri kita. Itu wajar. Memang wajar. Itu adalah salah satu cara kita mempertahankan diri dari takut jatuh dan luka. Tapi jauh didalam hati, kita sebenarnya amat memerlukannya. Kita perlu membuka diri kita dan melangkah kehadapan. Adakalanya kita perlu jatuh dan terluka. Kita selalu bersembunyi didalam kepompong kita, bersembunyi di sebalik batu yang kita anggap kukuh, keras dan kuat yang kita anggap boleh membuatkan diri kita merasa sempurna. Padahal, sesungguhnya diri kita itu terlalu takut, terlalu lemah dan terlalu rapuh.
Temanku, hidup ini tidak lebih dari membuat pilihan yang dihadapkan didepan mu. Didalam dunia yang sering kali membuat kita terkejar-kejar ini, kita selalu membuat pilihan berdasarkan beberapa faktor dan keadaan sekelilng kita selain dari ego. Selalunya bila kita sudah memilih barulah kita sedar yang ia bukanya sesuatu yang kita benar-benar inginkan. Kita sering memilih untuk ignore sesuatu yang datang dari dalam diri kita - suara hati. Walaupun suaranya kecil, ia sebenarnya adalah faktor yang sama penting diantara faktor-faktor lain dalam membuat pemilihan. Cubalah dengar suara hatimu bukan egomu. Kalau kau bimbang ataupun tidak tahu jalan mana yang harus kau ambil, cubalah duduk sebentar, cari ketenangan hatimu dan cubalah mendengar suara hatimu sekali lagi. Jika kau masih tidak boleh memilih dan memerlukan lebih banyak masa, janganlah terburu-buru membuat pilihan. Duduklah sekali lagi dengan tenang dan dengar suara hatimu.
Sahabatku, hidup ini hanya sebentar saja untuk kita hidupi. Oleh itu, tenanglah dan dengarlah suara hatimu. Pasti kau akan menemukan jawapannya. Ikutlah jalan yang dia pilih dan mulalah melangkah....
Posted at 12:34 pm by tiffydsickbear
Permalink
Monday, August 30, 2004
Hari ini aku makan tengahari bersama Hisham dan Ina, isterinya. Memang dah lama kami tak bersua muka. Kali terakhir kami berjumpa ketika mereka kawin dulu. Uiks dah bertahun juga lah kiranya... dan terjumpa di rumah Idah hari itu.
Banyak yang kami bual kan. Rasanya saperti tak cukup waktu bercerita tentang sekarang dan masa lalu. Terasa macam ketika di uni dulu. Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba Sham bertanya..
Sham: tiff, why is there a change in your language and the way you speak?
Aku (tercenggang): huh? wat do you mean? tak pahamla
Ina: yep. i noticed it, too, tiff. dulu you tak penah pon bahasakan diri you "aku" dan tak ber "saya" "awak" ... what happen?
Aku tergelak bila mendengar soalan mereka. Memang ada kebenaran kata-kata mereka. Dari kecil lagi aku sudah dididik oleh keluarga untuk membahasakan diri sebagai "tiff". Kadang-kadang aku menggunakan "orang" dikalangan keluarga. Sejak bersekolah aku gunakan "i" sebagai ganti diri dan hanya menggunakan "saya" dalam keadaan formal tapi tidak pernah "aku" . Perkataan "aku" hanya aku gunakan waktu berdoa saja.
Tetapi sejak kebelakangan ini aku sering menggunakan "aku" dan "saya" walaupun situasi tidak formal. Aku sendiri pun tak perasaan sejak bila aku menggunakan perkataan-perkataan ini. Aku juga sedar yang aku hanya menggunakan perkataan ini pada orang-orang yang tertentu saja. Walau bagaimana pun, salah kah aku menggunakan perkataan-perkataan tersebut?
Semasa bersantai bersama mama dan grandma siang tadi aku bertanyakan soalan ini. Mama hairan dengan pertanyaan aku seolah-olah aku ini seorang anak kecil yang baru nak belajar bercakap. Dia memberi aku penjelasan yang panjang lebar tapi biasa lah anak degil macam aku ini..... ada saja yang nak dibantah. Grandma meyampok sekali sekala dan menjeling kepada aku bila aku mengatakan yang perkataan "aku" ini tidak terhad untuk berdoa saja dan tidaklah terlalu kasar jika digunnakan pada bila-bila masa dan pada peringkat umur yang tertentu. Walaupun mereka setuju dengan kata-kata aku tadi tapi pada prinsipnya mereka tetap mengatakan tak elok untuk digunakan. Ia boleh menjadi satu kebiasaan dan keterlanjuran semasa bercakap dengan orang-orang yang lebih tua. Jika ia terjadi, mungkin orang itu akan dipandang sebagai kurang sopan. ermmmmm apa pandangan kalian?
Posted at 10:30 pm by tiffydsickbear
Permalink
|
|