Entry: Pengalaman Pertama Wednesday, March 22, 2006



Tanggal 10 March - satu lagi haribulan yang tidak dapat aku lupakan.  Ia telah menjadi salah satu hari yang bermakna untuk ku.  Buat pertama kali aku telah merasakan satu pengalaman yang tak bisa aku lupakan.  Ia sungguh berbeza dan aku lakukannya bersama Kri.  Kri sangat perihatin dan memastikan bahawa aku merasa selesa kerana ini adalah kali pertama ku.

Kri telah menemui ku pada pagi itu setelah tidak bertemu beberapa minggu.  Kami bersarapan bersama dan setelah itu dia menemani ku membeli sehelai tudung untuk ku pakai ke hari persandingan anak SM.  Setelah pulang ke rumah kami cuba membuat tempahan tiket bas ke Kuala Lumpur.  Yep, benar tu... kami akan ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.  Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki bas ke Kuala Lumpur.  Selalunya aku memandu ataupun menaiki pesawat tapi kali ini aku telah memilih untuk menaiki bas.  Kri juga hairan dengan tindakan aku ini.  Malangnya, tiket sudah kehabisan dan dalam keadaan panik, aku mengajak Kri ke Johor Bahru untuk membeli tiket di sana. 

Pusat perhentian bas Larkin sangat sibuk saperti yang selalu aku dengar.   Olehkerana ini adalah kali pertama ku, Kri mencadangkan kami menaiki bas konsortium.  Dia mahu akau merasa selesa disepanjang perjalanan nanti.  Mendengar cadangan Kri aku terus melulu ke kaunter tiket yang tak aku tahu namanya tetapi memaparkan nama konsortium.  Kri mengejarku dan menghalang aku dari membeli tiket disitu.  Bukan apa cuma dia nak membeli tiket dari kaunter konsortium.  Rupa-rupanya kaunter itu bukanlah milik konsortium tetapi salah satu penjual tiket konsortium.  Terhenti aku sebentar sambil memerhati keadaan sekeliling.  Baru aku tersedar.  Selama ini aku fikir membeli tiket bas itu mudah.  Ternyata aku silap perhitungan.  Terdapat berbagai bas dan tiket yang dijual.  Harga pun berlainan.  Aku serahkan segalanya untuk Kri menguruskannya dan bersetuju dengan apa juga candangannya.

Kami menaiki bas jam 12 tengah malam.  Bas yang kami naiki itu penuh dengan penumpang.  Kerusinya besar dan aku dapat merendahkan kerusi bas dengan mudah dan selesa.  Sepanjang perjalanan aku tak dapat melelapkan mata dan liar memerhatikan keadaan luar dan dalam bas walaupun yang aku lihat hanyalah kegelapan.

Akhirnya kami tiba di perhentian Pudu Raya pada jam 6pagi.  Setelah melonggarkan otot-otot yang tegang kerana duduk terlalu lama, kami terus ke hotel dan aku tertidur dengan sepuas-puasnya sebelum kami ke majlis perkawinan anak SM.

Ermmm itu baru perjalanan pergi... pulang pula... kami ke perhentian bas Pudu Raya sekali.  Aduh kali ini aku rasa keadaan lebih teruk dan lebih hiruk pikuk dari di perhentian bas Larkin.  Membeli tiket bas saja disitu aku sudah rasa sungguh stress.  Semuanya aku serahkan pada Kri untuk mengaturkanya.  Lebih stress lagi ketika hendak pulang ke Singapura.  Jalan raya sesak and kami terlewat.  Aku pula takut ketinggalan bas tetapi Kri tenang saja.   Apabila tiba di perhentian bas Pudu Raya pula, aku terpisah dari Kri didalam lautan orang.  Aku nekad ketika itu.  Jika aku tidak berjumpa Kri, aku akan menaiki pesawat pulang ke Singapura walaupun aku tahu semua penerbangan penuh. 

Didalam kelautan itu aku menemui kri semula.  Aku agak lega tapi masih gelisah kerana bas yang akan kami naiki tidak muncul.  Sedang kami menunggu, sekali lagi aku terpisah dengan Kri.  Rupa-rupanya Kri cuba mendapatkan tempat didalam bas yang lain untuk kami pulang ke Singapura.  Alhamdullillah akhirnya kami dapat menaiki bas yang Kri cuba dapatkan.  Bas dipandu dengan laju dan hanya membuat sekali perhentian di Yong Peng.  Aku terasa sangat lapar dan sempat menghabiskan 2 biji burger.  Kami sampai di Singapura jam 10 malam.  Sampai saja dirumah tanpa membuang masa aku terus tidur.  Terasa penat sangat.  memandu pong tak terasa sebegini penal.  Mungkin bus lag kot...

Kesimpulannya.... pengalaman pertama membeli tike bas - di Larkin... ermmm ok... di Pudu Raya... aduuuuh nasib baik ada Kri.. :-) pengalaman pertama dalam bas (pergi dan balik) - sangat selesa...  dan keseluruhan pengalaman ini..... ermmm 7 daripada 10 markah...

 

   2 comments

tiff
April 13, 2006   08:22 AM PDT
 
he he memang untung... :-)
qina
April 10, 2006   11:57 AM PDT
 
eheheh pertama kali ekk ... sepanjang 31 tahun ni .. mau cecah angka berpuluh kot naik bas kat pudu tu berhadapan situasi sesak begitu ... kira untung juga tu pertama kali naik bas yang cukup selesa berbanding 15 tahun dulu ...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments