Entry: Bertambah Setahun Lagi Sunday, March 26, 2006



Hari ini bertambah setahun lagi umur ku. Tak ada majlis meraihkan aku. Tak kisah lah kerana aku juga tak berapa sihat. Mungkin terlalu penat bekerja dan menguruskan rumah. Kri masih di Kedah. Dia tak sempat pulang untuk bersamaku pada hari ini. Tepat jam 12 malam, talipon rumah ku berdering. Henfonku juga berbunyi menandakan aku menerima sms. Kedua-duanya dari Kri. Dia adalah insan yang pertama memberikan ucapan. Seronok juga ketika itu menerima ucapan darinya dan kami berbual hingga subuh sebelum aku menyambung tidur ku semula Smile

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments