|
Aku tahu bukan mudah untuk menceritakan segalanya di sini. Bukan aku tak mahu tapi aku tak tahu bagaimana dan dari mana harus aku mulakan. Tapi hari ini akan aku luahkan rasa itu teman agar aku dapat memberikan mereka sedikit kegembiraan. Kurniakan pada mereka kesejahteraan yang berpanjangan. Kekalkan nikmat kasih sayang yang dikecapi mereka sekali pun adakalanya mungkin payah untuk mereka mendapatkannya. Semoga untuk tahun-tahun yang akan datang, ketabahan tetap mengiringi setiap langkah perjalanan kehidupan mereka. Anak-anakku, Muhammad Amirul Hayat dan Nur Haziqah.... engkaulah kekuatan ku.... umi sayang pada mu... Dia Biarkan dia tahu erti hidup Biarkan dia kecap nikmat hidup Berikan peluang dia terus menghirup Udara kegembiraan dan kasih sayang Meski tanpa pipi ibu dan ayah untuk terus dikucup Dia Biar dia tahu ertinya susah Kelak dia akan belajar makna tabah Tidak nanti dia mudah melatah Bila sesekali dirinya rebah Menyembah tanah Menelan sumpah seranah Dulu Dia masih belum tahu Dia masih cetek ilmu Nanti Moga suatu hari Akan ada yang bisa Memberinya kasih sayang Melimpahi dirinya kebahagiaan berpanjangan Menabur dirinya dengan cinta dan keikhlasan "hargailah kasih sayang ini kerana ikatan hati ini cuma kita yang mengerti..." |
| iansuryani September 23, 2004 10:57 AM PDT alhamdulilah...bertambah pahala ko sebab berbuat baik dengan anak yatim.. | ||
| tiff September 22, 2004 06:52 PM PDT i've adopted them. setahun aku tunggu approval and fnally they're legally mine pada rabiulakhir 1425 (may this year). salah satu sebab why my parents are mad with me... my parents lebih suka klau aku kawin dan punya anak sendiri tapi aku blum mahu pikul tanggung awab tue. entahlah mungkin fitrah aku sebagai isteri blum lagi kot tapi Allah anuegrahkan aku dulu sebagai ibu. tak salah rasernyer aku buat camtue. alhamdullilah rezeki aku melimpah ruah dengan kehadiran mereka. aku tak kisah aper orang nak cakap. walau aper pong aku syang sangat kat dierang. first time aku jumpa dierang aku jatuh cinta. dierang sebenarnyer anak yatim dan aku mahu beri dierang sedikit kebahagian dlm hidup mereka w/pong not a complete family. aku happy berkongsi aper yang aku ader ngan dierang. hubungan mereka ngan natural family masih baik dan aku tak leh putuskan itu. | ||
| iansuryani September 22, 2004 06:39 PM PDT ko dah anak ke tiff???? | ||
| Leave a Comment: |