Entry: Anak-Anak Ku Friday, September 24, 2004



Dari posting aku yang lalu, ramai yang tertanya-tanya Tiff dah ada anak?  Yep, aku dah ada anak - 2 orang.  Aku telah mengambil anak angkat.  Mereka dua orang adik beradik dan yatim. Kehilangan ibubapa. 

Pertama kali berjumpa mereka, satu perasaan yang tak pernah aku rasakan melonjak-lonjak dalam diri.  Suka sekali dengan mereka dan ingin bersama mereka selalu.  Setiap kali aku ke Singapore,  aku mesti nak jumpa mereka.  Aku rasa senang sekali menghabiskan masa dengan dua beradik ini sehinggakan aku mengambil keputusan untuk adopt mereka.  Keluarga aku tak berapa setuju dengan tindakan aku.  Bukan kerana mereka tak suka pada budak-budak tapi mereka lebih bimbangkan aku - samada aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal sedangkan aku belum lagi berumahtangga.  Lagipun kerja aku memerlukan aku kesana sini berhari-hari dan kadang-kadang berminggu-minggu.  Mereka bimbangkan keadaan anak-anak aku nanti.  Mereka juga lebih suka kalau aku kawin saja dan punya anak sendiri.  Tapi aku belum mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan naluri aku lebih kuat untuk mengambil mereka sebagai anak-anak ku.  

Setahun aku berulang alik ke Singapore untuk menguruskan pengambilan anak angkat ini.  Berbagai-bagai persoalan timbul termasuklah keluarga dari pihak anak-anak ku tapi aku tetap yakin dan lebih berdegil dengan keputusan aku.  Akhirnya, aku berjaya mendapatkan hak keatas mereka.  Aku benar-benar bersyukur pada Ilahi keatas kurnianya.  Bukan itu saja, aku juga secara tak langsung mengeratkan silaturahim antara keluarga aku dan keluarga mereka.  Best kan?

   1 comments

iansuryani
September 25, 2004   01:30 PM PDT
 
sekarang budak budak tu dududk kat mana?singapore atau mesia?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments