|
1. WUJUDKAN KEINGINAN ANDA SETINGGI MUNGKIN Keinginan tersebut mestilah yang benar-nebar anda perlukan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua sebab mengapa anda mesti mencapai matlamat anda itu. Nyatakan juga faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai matlamat anda itu. Apabila senarai anda itu menjangkau 50 hingga 100, anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala! 2. TULISKAN MATLAMAT-MATLAMAT ANDA TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. ini penting kerana dengan berbuat demikian ia akan menjadi perkara yang lebih penting pada anda. Dengan berbuat demikian, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. 3. TETAPKAN BILA DAN DAD MASA PENCAPAIAN MATLAMAT ANDA TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanging dengan apa yang anda inginkan dan kira berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. 4. TANGANI HALANGAN a) Kenal pasti halangan-halangan yang perlu anda atasi b) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan-bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. 5. BUAT PERANCANGAN Anda mesti melihat kehadapan untuk bergerak maju! Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4 - RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda, optimumkannya, sempurnakannya. Ingatlah pesanan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: "The best way to predict the fture is to create it". Tidak ada siapa manusia yang akan mampu menghalang usaha anda untuk berjaya melainkan diri anda sendiri. 6. GAMBARKAN PADA MINDA ANDA Letakkan satu studio filem di minda anda! Bayangkan satu gambaran mental yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang, berkali-kali difikiran anda. "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" - Cecil B DeMille 7. BAKI 90% ADALAH USAHA DAN KEAZAMAN Sokong rancangan anda dengan keazaman (resolve) dan semangat tidak mengenal putus asa (persistence). Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Janan berangan-angan sahaja tetapi lakukanlah tindakan-tindakan saperti yang dijelaskan. Insyaallah, dengan keazaman dan disiplin yang tinggi anda akan lebih berjaya. Menyimpang seinci, rugi seribu batu - peribahasa Cina KESIMPULAN Anda adalah pengemudi kehidupan anda. Tiada siapa yan lebih bertanggung jawab terhadap diri anda kecuali diri anda sendiri. Andalah yahng mencorakkan nasib hidup anda. Anda telah diberi oleh Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha berkuasa satu alat yang tidak ternilai harganya iaity minda anda. Tidak ada siapa yang boleh menghalang keinginan anda untuk berjaya kecuali anda sendiri.
|