|
Bukan mama dan baba tidak mengajar dan mendidik aku tapi dalam bab puasa ini mereka agak rilek denganku. Mungkin kerana jurang diantara aku dan kakak serta abang agak jauh (lebih dari 10 tahun) jadi kawalan mereka mengenai puasa terhadap aku tidak terlalu ketat. Ah aku rasa hanya kawalan itu saja yang tidak ketat sedangkan yang lain..... aduh bisa mati gue lebih ketat dari kedua-dua adik-adikku sehingga ramai yang menyangka aku ini anak bongsu didalam keluarga terutama dengan status single aku.... Mama dan baba mula mengajar aku berpuasa bertahap-tahap pada umur 5 tahun. Aku ingat lagi masa itu.... Aku hanya berpuasa 1/4 of the day.... pukul 10 lebih atau 11 pagi aku dah tak tahan untuk berbuka. Pada usia 6 hingga 8 tahun juga aku berpuasa hingga 11 pagi atau 12 tengahari. Agak lewatkan untuk anak-anak seusia ku... betul tak? Aku mula berpuasa 1/2 hari pada usia 9 hingga 10 tahun barulah aku berpuasa hingga 1 ataupun 2 petang. Pada umur 11-12 tahun kadang-kadang aku berpuasa penuh sehari tapi selalunya hingga 5 atau 6 petang. Sukar nak percaya kan? Aku mula berpuasa penuh sehari untuk sebulan pada usia 13 tahun. Itupun pada hari pertama berpuasa aku terlupa. AWaktu rehat aku ke kantin sekolah dan makan sepinggan nasi lemak hingga habis. Pada mulanya memanglah aku tertanya-tanya mengapa mereka memandang aku semacam saja. Tapi aku buat muka sardin sehingga eorang teman sekelas menghampiri dan bertanya mengapa aku makan sedangkan aku berpuasa. Baru aku teringat tapi nasi lemak dah habis sepinggan aku bedal he he. Tak pasti samada puasa aku dah batal ataupun tidak, kami berjumpa ustazah. "ermmm dah Allah nak beri awak rezeki Tiff, terima saja lah." kata ustazah sambil tersenyum. "puasa awak tak batal sebab awak tak sengaja. Tapi lain kali ingat... jangan buat lagi." Phew! Leganya aku pada waktu itu. Nasib baik ada temanku yang sorang tu "vouch" untuk aku bila murid-murid lain mengatakan aku tak puasa ataupun puasa aku dah batal. Dean, terimakasih kerana berdiri dibelakang aku pada waktu itu. |
| Leave a Comment: |