Entry: ASO Saturday, November 06, 2004



Ini adalah petikkan dari blog Krismann, seorang rakan siber yang ku kenali hanya melalu tulisan-tulisannya selain dari photo yang terdapat dialbum sibernya, yang telah memberi aku Anugerah Suhaimi Othman (ASO).  Terimahkasih, Mie.  Accepted it graciously (I don't take compliments well... and if you kat depan I sekarang nie.... muka merah padam tau... :-)) and THANK YOU for lending me your broad shoulders whenever I need it.  You, too, have a great soothing voice and I enjoyed talking to you.

Oops, btw Mie, the kids said "'hi"



Hello Tiffy
Thursday 11.04.04 [3:35 pm]

Aku menerima SMS lucu ini dari Tiffy semalam:
"Penyimpan mohor Besar Raja-raja telah mengisytiharkan bahawa mereka yang selalu ponteng puasa bolehlah berhari raya pada 11 Nov 04 bersamaan dengan Hari Deepavali!"
Lucu siot, kan?

Aku pun membalas: "Aduh! Tahun ini belum lagi, setakat ini masih bertahan."
Biarlah deepa raya dulu, aku bercadang nak raya dengan orang-orang berpuasa.

Kemudian aku forwardkan mesej itu kepada beberapa orang kawan yang mempunyai langganan tetap kepada apa sahaja maklumat dari aku, benar atau palsu, lawak atau serius. Baru jer hantar pada seorang, ada panggilan masuk dan nama
Tiffy terpampang di skrin telefon aku.

Alamak, aku telah mengguris perasaan seseorang ke? Mesej ini ada kod anti-forward-moward atau anti-spam ke? Ini mesti serius kerana ia panggilan jarak jauh, aku di pendalaman Kedahdah dan dia di Singapurapura! Sebelum memicit butang telefon itu aku merancang plan B: kalau apa-apa hal, pura-pura tak dengar dan tutup telefon. Lagi pun aku sedang berada di dalam bas yang bising.

Bismillah! *picit butang* Hello? Hello! Hellooo!
*bunyi bising dalam telefon*
Hel-LO!
*bising luar telefon*

Ada bunyi balasan dari Singapurapura tetapi tidak berapa jelas, jadi aku fikir tutup jer lah telefon ni. Tiba-tiba keluar suara yang lemak merdu:
Miee! Tiff sini. Did you call me just now?
Sedapnya suara dia! Accentnya pun menyenangkan.

Tiffy ini ialah salah seorang rakan siber aku, aku tak tengok batang hidung dia, aku tak pernah dengar suara dia, kami hanya berhubung menggunakan huruf-huruf elektronik. Aku terpegun sebentar sebelum dapat menjawab Tidak; dan aku hanya membalas SMSnya dan sedang mencuba untuk sebarkan kepada orang lain.

Suara lunak merdu itu menjawab:
Oh really? There's something funny going on with our connection then... (or something like det-lah)

Kemudian aku teringat yang ini adalah panggilan jarak jauh. Walaupun ia adalah tersalah sambung oleh kerana masalah teknikal, dan kami belum mengetahui panggilan itu dari siapa kepada siapa; seseorang akan terpaksa membayarnya. Jadi satu langkah drastik terpaksa dilakukan dan aku menjawab:
Yeah but it's OK. Selamat Berpuasa, Tiff!
*bunyi bising dalam telefon*
Tiff?
Ya!
Selamat Berpuasa!
Ya!
Bye!
Bye!
Dan suara lunak merdu dengan accent yang menyenangkan milik Tiffy itu pun lenyap digantikan bunyi enjin dan gegaran bas yang meneruskan perjalanan ke bandar.
We'll talk again sometime, Tiff.

posted by: krismann

   1 comments

krismann
November 7, 2004   11:20 AM PST
 
and I'm now speechless. ahaks!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments