Entry: Sabtu Di Akhir Ramadan Sunday, November 07, 2004



Semalam aku telah menghadiri Ball di Siloso Beach, Sentosa.  Tentu kalian tertanya-tanya mengapa aku menghadiri ball.... bukankah lebih elok jika aku menghadiri Qiyamulalil.. dapat pahala terutama di bulan yang mulia ini, bulan Ramadan terutama sekali kita sekarang berada di penghujungnya. 

Aduh, teman-temanku.... kamu benar.... tapi ball yang aku hadiri ini bukan ball saperti yang aku selalu hadiri. Ball ini aku dan rakan-rakan adakan untuk mengutip derma untuk kanak-kanak malang dan yang tak berkemampuan.  Yup, it is a charity ball.  Sesiapa yang ingin menghadirinya kami kenakan bayaran tiket sebanyak SGD240 seorang dan majlis itu dihadiri oleh seratus orang. 

Kami juga adakan auction untuk 15 tiket percutian untuk 2 orang.  Kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak SGD125,000 dari hasil auction itu. 

Tambahan pula, cuaca menyebelahi kami.  Cuaca sungguh baik sekali malam tadi.  Tidak hujan dan angin yang berhembus dari laut juga tidaklah terlalu panas ataupun dingin kerana aku tak tahan dengan cuaca yang dingin.  Kira-kira best lah cuaca semalam. 

Kami, yang perumpuan mengenakan ball gown dan lelaki dengan tuxedo dan black tie.  Ermmm itu lah juga salah satu sebab mengapa aku balik kl hari minggu yang lepas.... ambil ball gown aku... selain dari menghadiri iftar dan appointments bersama teman-teman.  Aku tak nak membazir wang membeli gown yang baru. Lagipun aku suka gown yang ku beli dari Kim yang pernah aku post diblog aku ini suatu ketika dulu.  Gown itu belum aku pakai lagi.  Jadi bila lagi aku nak tayangkannya.... betul tak.....  kerana designnya masih ada ciri-ciri ketimuran, pada mulanya aku bercadang untuk memakainya masa raya nanti tapi tak kesampaian.  Nah, sekarang aku ada alasan untuk beli baju raya he he he.... best juga kan... kan... lebih-lebih lagi aku akan bershopping sakan dengan kedua-dua anak-anak ku.  Tentu seronok.

Walaupun kepenatan, aku gembira sekali dengan pencapaian kami kali ini.  Sekurang-kurangya segala usaha dan penat lelah kami berbaloi dan mudah-mudahan tahun ini ramai kanak-kanak yang akan mendapat manfaatnya.  Insyaallah, tahun depan akan kami adakan lagi.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments