|
Kata-kata ini pernah aku post di blog aku ini dulu dan aku ingin postkannya untuk kali kedua.... ermmmm sukar untuk aku menceritakan segalanya disini. Bukan aku tak mahu tapi aku malu sebenarnya. Malu pada mata-mata yang menatap. Malu pada hati-hati yang turut sama membaca isi yang diluahkan dari segumpual daging didalam diri ini. Malu pada teman-teman yang mengenali. Tapi.... hari ini... berikanlah aku kebebasan itu teman. Berikanlah aku peluang itu.... kesempatan ini... kerana hari ini, 27 Ramadan 1425H datang hanya sekali. Sekali saja. Dimalam yang tenang dan syahdu ini... diatas sejadah ku, aku tertidur dan bermimpi akan hari bahagianya. Apabila aku tersedar, aku rasa gembira. Aku percaya inilah petunjuk dariNya untuk ku. Kebahagiaan akan terus menjadi miliknya. Aku ingin sekali dia gembira. Kurniakan padanya kesejahteraan yang berpanjangan. Kekalkan nikmat kasih sayang yang dikecapinya. Hari ini juga hadir untuk sekali dalam hidupnya. Begitu juga aku. Biar aku yang menjadi bulan membakar diri disiang hari asalkan aku bisa menyinar dimalamnya demi kebahagiannya. Semoga kegembiraan, kebahagian, ketabahan dan keluasan rezeki akan tetap mengiringi setiap langkah perjalanan hidupnya. Akhir sekali, aku ingin menyatakan.... "Setiap orang mempunyai impian.... dan impian itu.... samada menjadi nyata ataupun tidak adalah hak kita sendiri yang bisa membuatkan kita meneruskan kehidupan...."
|