|
Aku bercadang membawa anak ke Geylang Serai dulu. Kalau tak ada yang berkenan, barula aku membawa mereka ke JB. Perhentian pertama kami ialah Joo Chiat Komplex. Setelah memakir kereta, kami pun melangkah masuk ke bagunanan tu. Alhamdulillah, kedai pertama, Jihad Closet, ada warna yang kami inginkan. Rekaan pakaianya juga menarik. Tahun ini, anak-anak memilih warna putih dan jingga (oren). Aku memang bercadang nak membeli dua helai baju melayu untuk mereka setiap seorang untuk dipakai masa raya pertama dan kedua nanti. Maklumlah tahun ini kami akan beraya di kampong dan Singapura. Amirul mencuba baju kurung berwarna putih campuran silk dengan.... ermmm aku tak berapa pasti dengan apa... sementara Iqah pula mencuba baju kurung oren dari songket. Kedua-dua mereka nampak cantik cuma.... ermmm saizya ok cuma aku tak berapa puas hati. Rasanya mereka cuma akan dapat memakai baju ini untuk sekali dua saja. Tak ada room untuk growth. Sayang kalau itu yang terjadi. Lalu kami pun bercadang untuk melihat ke lain-lain kedai dan jika tak berjumpa apa yang kami ingin, kami akan datang semula ke Jihan Closet. Kami pun beredar dan mula menyelusuri kedai-kedai di Joo Chiat Komplex. Dapat juga Amirul sepasang baju kurung di salah sebuah kedai di situ (tak ingat pula nama kedai itu...). Setelah itu kami ke bazaar pula. Menyelusuri dari satu kedai ke satu kedai dan akhirnya dapat satu lagi baju kurung dan samping untuk Amirul. Alhamdullilah. Capal juga ada untuk Amirul. Aku dah tak perlu pening kepala untuk Amirul tapi sejauh ini tak ada satu pun yang aku dan Iqah berkenan. Kami menyelusuri pula Tanjong Katong Komplex. Juga tak ada yang berkenan. Lalu kami ke pakir kereta dan terus memandu ke... jeng jeng jeng JB. kah kah kah iya ke JB.... tempat yang aku tak nak masuk. Kami ke City Square dahulu... Aku ke bank untuk transfer dan keluarkan RM (he he aku tak ada RM la masa tu). Ermmm biasalah kalau ke CS aku mesti ke Somerset Bay, Nike, Adidas, Levi, Living Quarters dan yang paling aku gemari... MNG. Malangnya hanya barang-barang keperluan aku dan Amirul saja yang ada. Untuk Iqah belum lagi. Tapi aku belum berputus asa lagi. Tentu ada untuk Iqah cuma kami belum temukannya. Lalu aku terpandang kedai Padini. Kami masuk kedalamnya... melihat kasut.... dan viola..... ader kasut yang sesuai untuk Iqah... saiz juga ada dan tanpa berlengah lagi aku terus membayarnya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul lima petang. Aku mengajak anak-anak ke Plaza Angsana. Aku suka ke Plaza Angsana terutama sekali Lagenda. Aku memang sudah biasa dengan butik tu. Maklumlah pelanggan tetap butik tu.. he he. Ia menggantikan butik-butik yang selalu aku kunjungi diKL. Kerana persahabatan yang dah lama terjalin antara aku dengan Kim, pemilik butik tu, dia sedia membantu menjahitkan baju Iqah walaupun sudah kesuntukkan masa. Tapi dia hanya boleh siapkan baju tu pada petang raya. Perfect! Gembiranya aku. Petang raya pun Ok kerana kami memang pulang ke kampong dan boleh singgah sekejap untuk mengambil baju Iqah. Aku juga membeli sehelai lagi samping untuk Amirul dan klip rambut untuk Iqah dibutik Kim. Ermmm sempat Kim mengusikku.... Kim: emak tak beli baju raya ker.... Aku senyum dan mengusiknya kembali... Aku: kalau kau boleh siapkan... tentu saja aku mahu... tapi kalau tak.... ermmm aku pakailah semula baju yang Melinda designed untuk aku tu... Tergelak bila dia mendengar usikkan ku. Kim: Baju Melinda Looi yang hijau/coklat tu? kah kah kah kesian dia.... Aku juga turut tergelak. Terus terang dia katakan yang dia tak boleh nak siapkan tapi kerana persahabatan yang sudah lama terjalin antara kami, dia akan siapkan satu saja khas untuk ku. Bak kata pepatah... pucuk dicita ulam mendatang.... Aduuuuh apalagi aku terus saja ke kereta dan mengeluarkan kain yang ku beli dari Pucuk Rebung semasa aku balik KL minggu lepas dan terus memberinya pada Kim untuk dijahit. Aku juga memilih sehelai kain dibutiknya dan memberinya rekaanku. Jam menunjukkan pukul 6.10 petang. Kami ke Vivo untuk tempahan berbuka puasa. Setelah itu, kami berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai mencari sehelai lagi baju untuk Iqah. Tiba-tiba, aku terpandang manequin memakai baju kurung warna sedondon untuk sekeluarga seramai empat orang. Cantik rekaannya. Aku bertanya pemilik kedai itu samada aku boleh membeli baju kurung hanya untuk Iqah saja. Mereka kata boleh dan mencari saiz untuk dia. Alhamdullilah ada. Kami terus menyelusuri kedai-kedai disitu. Aku terpandang pula butang baju kurung kristal. Aduh cantiknya.... simple saja designnya... rasanya sama saperti yang dipakai oleh baba dan abang.... kerana kecantikannya aku terus saja membeli dua pasang - satu untuk Amirul dan satu lagi ermmm untuk siapa..... aku nak berikannya pada siapa ya.... kalau ada bf mungkin aku boleh berikan padanya tapi tak ada kah kah kah. Tak apala... mungkin aku boleh berikanya pada seseorang.... tengoklah nanti siapa yang bertuah kah kah kah Ermmm just in time untuk kami berbuka puasa. kami ke Vivo semula dan mengambil tempat kami. Sedang berbuka, kami ditegur oleh ibu dan kawan Iqah, Nita. Mereka juga berbelanja. Mereka menggunakan pengangkutan awam ke JB dan ayah Nita akan menjemput mereka di Woodlands checkpoint nanti. Aku menawarkan diri untuk menumpangkan mereka pulang tapi mereka hanya mahu menumpang hingga ke McD Woodlands saja. Setelah menurunkan Nita dan ibunya, aku memandang anak-anak yang sudah terlena. Walaupun jam baru menunjukkan jam 9.30 malam, seharian kami keluar berbelanja. Tentu mereka kepenatan sehingga tertidur. Aku tersenyum sendirian. Whooooa rasanya sudah lengkap untuk aku dan anak-anak. Aku rasa seronok sekali dan aku percaya anak-anak juga rasa seronok. Semoga raya kali ini lebih bermakna untuk kami. Insyaallah. |
| tiff November 18, 2004 02:58 PM PST oops.... mie, tks for posting tue.... aduuuuuh u made my face so red ler..... tak tau kat maner nak sorok... | ||
| tiff November 18, 2004 02:57 PM PST memangler best sopping sakan... nak ikut tawon depan buat date awal2 kah kah kah... sms tak trima ler... mungkin jam kot... my fon was badly bombarded with msgs n kols dr yg mengenali n juga yg tak... entah maner depa dpt my fon no sigh! till i had to off my fon juz to get it up again.... sigh again | ||
| krismann November 16, 2004 02:01 PM PST Syoknya! Sopping sakan ya? Nak ikut boleh? p/s: Dapat SMS dari kami sekeluarga? | ||
| Leave a Comment: |